Mungkin hidup ini pilihan kita

July 01, 2021

Assalamualaikum, =D



Melihat simpang ini,
kita dah boleh decide ke mana arah tuju kita,
Kat mana jalan yang mungkin ada short cut, 
dan kita boleh sampai cepat.
Pilihan.

Sama macam life,
Setiap orang ada pilihan masing - masing.
Orang bagi kita guideline, tapi kita yang decide,
tentu - tentu kita rasa, kita dah cukup matang untuk fikir jalan terbaik,
untuk pilih jalan terbaik ke arah tu,
Yang penting berlandaskan ajaran Islam. 
Pilihan.

Setiap benda, kita boleh usaha dan cari.
Tapi kadang, kita cuba untuk capai sesuatu,
Tapi malangnya kita menemui jalan buntu,
tak tahu mana nak tuju,
puas cari,
puas usaha,
kita stop kejap, ambil 'nafas', sebelum mulakan 'carian'.
Pilihan.

Sama juga soal rezeki,
Kita plan nak cari kerja A, tapi kita dapat nuuuuu kerja C,
Kerja C, yang sangat struggle dan kita tak pernah aspect pun, kita akan kerja kat situ.
Tapi dekat kerja C nilah, kau belajar macam - macam,
kau belajar handle this and that,
Kau belajar itu dan ini,
Maka kau decide, sementara waktu kau stay,
Stay sementara masih ada rezeki di situ,
Stay sampai kau dapat 'manfaat', dan ilmu, target yang kau cari,
Mungkin, kau akan dapat peluang 'A' yang kau nak dulu di masa hadapan.
Pilihan.

Semua tu pilihan. Sama juga dengan soal rezeki, dan jodoh.

Setiap dari pilihan kita dalam buat sesuatu, mesti ada up and down.
Ada suka dan duka,
Ada onak dan duri,
Pilihan kita tak semestinya betul, dan tak semestinya salah.
Doa.
Doa minta Allah permudahkan segala apa yang telah kita pilih.
Allah Maha Mengetahui.
Allah Maha Penyanyang.
Allah Maha Mengatur.

Kalau nampak dia rasa nak 'pilih - pilih', itu nama dia pilihan juga hheehehe.
Bukan ke setiap dari kita berhak memilih dan buat keputusan?
Cuma kalau dia ada buat benda tak perlu, dan dilarang. Tegur.
Mungkin dia tersalah pilih.
Teguran kawan - kawan juga bagus, sebab kita pun hidup dalam komuniti.
Selain keluarga, ada ramai kawan - kawan sekeliling yang baik,
So just tegur kalau huda buat silap, dan tersalah pilih.

Don't worry. I ok je.

You Might Also Like

1 Comments

  1. Assalamualaikum, pilihan yang berlandaskan islam, lebih afdal kan, inshaAllah ada hikmahnya.

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.