Nak Blog Tentang Apa? Ini 6 Tips Untuk Blogger Yang Tengah Pening Fikir Idea

Farah
12
Entry throwback 2016, tajuk asal “Nak Blog Pasal Apa?”. Tujuan Huda update semula entry ni, sebab Huda tengok masih ada pembaca yang view. Mungkin entry ni yang korang perlukan bila korang ada rasa stuck dan pening nak tulis entry blog tentang apa. Nak Blog Tentang Apa? Ini 6 Tips Untuk Blogger Yang Tengah Pening Fikir Idea. 

Tips Idea untuk Blogger - Nak tulis tentang apa di blog korang. 


1. Genre/Niche blog 

Penting untuk ada niche/genre - ini pemilihan tema blog korang. Bila ada tema, bermaksud korang ada objective tepat nak blog tentang apa di blog sendiri. 

Ada ramai blogger dekat serata dunia ni, dan diorang datang dengan cara tersendiri untuk nak branding-kan blog, set theme apa, genre apa di blog mereka. Ada yang focus tentang fashion, food, kecantikan, travel, tips dan tutorial blogging, gossip maybe, and etc etc.

Dengan adanya genre blog ni, automatic korang akan cari idea - idea untuk memudahkan korang update entry nanti.

Bila korang create blog, blog adalah “ruang” korang untuk share idea, story, pendapat, dan sebagainya. Bebas. Tak ada benda salah, atau betul cuma kita kena tahu untuk olah bagi entry tu lebih menarik. 

2. Perhatikan keadaan sekeliling

Kadang kita tak perasan, tapi tahukah korang bahawa banyak benda boleh update di sekeliling kita. Contoh - apa yang korang buat, apa yang berlaku di sekeliling korang, rasa nak bagi nasihat, atau tips ke, apa yang korang rasa best nak share, korang pergi mana hari ni, korang makan apa hari ni, korang baca apa hari ni, dan banyak lagi.

Jangan tak tau, semua tu korang boleh jadikan as content blog, tinggal korang olah entry untuk jadi lebih menarik sahaja. Mungkin dalam setiap cerita, korang boleh selitkan tulis dengan gaya santai, ada element lawak sikit ke, ada element nasihat, dan macam - macam lagi supaya one day pembaca blog, rasa nak datang singgah blog korang. 

Dekat blog Huda, ada beberapa tema dan ini ruangan tema personal/perbadi, untuk huda share apa yang huda nak share >>> Personal Story <<<< Boleh click entry ni.

Nak blog pasal apa?
Tak semestinya kena tulis terus. Kadang kita boleh gunakan buku nota, atau notes dalam phone untuk tulis idea dahulu. Dari idea - idea nilah, boleh jadi satu entry blog. 

3. Wordless Wednesday

Wordless Wednesday ni merupakan life hack bagi blogger. Wordless Wednesday akan di update setiap hari Rabu. Idea untuk Wordless Wednesday, just letak satu picture dan description. Tapi kalau nak lebih menarik, letak sikit element SEO supaya dia up di google. 

4. Resepi, atau Tips Harian

Walaupun dah banyak Resepi, dan Tips Harian di Google, tapi jangan rasa benda tu basi. Itulah salah satu idea evergreen untuk entry blog, dan masih ramai yng cari. Secara tak langsung, ianya juga bantu untuk blog kita kekal releven dalam carian. Kalau korang ada petua atau resepi yang best, jangan segan nak share.

Caranya mudah - ambil gambar setiap bahan, atau paling simple ambil gambar masakan yang dah siap. Bubuh gambar dalam entry blog, dan tulis resepi. Jangan lupa masukkan element SEO, supaya kekal dalam mood carian Google. 

Nak blog pasal apa?
Contoh macam ni - letak gambar, then tulis resepi.

5. Hobi / business

Selain dari 4 tips di atas, korang juga boleh gunakan point Hobi dan Business untuk jadikan idea update blog. Contoh kalau korang minat photograpgy, korang boleh je upload di blog. Jadikan blog as mini gallery korang. Cari layout/tempate blog yang sesuai untuk jadikan mini gallery. Mana tahu rezeki, bila orang tengok hasil korang, orang boleh contact dan bagi korang satu job. 

Walaupun 2025 ni orang pentingkan tiktok, instagram dan Facebook, tapi jangan tak tahu ada juga yang masih buat carian di google. Kita blogger, kena tahu untuk update entry yang ada element SEO, supaya entry blog tu nampak evergreen dan kekal releven di carian. 

Contoh lain, kalau korang suka membaca. Boleh tulis review tentang buku di blog ni. Mungkin boleh rujuk contoh review buku ini >>>> Review Novel <<<< dekat sini Huda update tentang buku/novel pilihan yang Huda suka baca.

6. Tulis tentang personal review/preference

Tips ni juga bantu korang, untuk penuhkan blog. Cari benda atau bahan nak review tu yang masih dalam lingkungan niche juga.  Huda antara blogger, yang suka buat personal review dari awal active blogging semula, 2012,2013 (boleh click : entry entry ni). Contoh nak update, beli shawl yang kain dia sedap dipakai walaupun murah. Cara dia mudah - ambil gambar shawl tersebut, tulis personal review, then post.

Secara tak langsung, kita tolong promote juga. Kalau dalam dunia marketing, dipanggil "word of mouth". Bila kita share pengalaman sendiri, orang lagi percaya that brand. Masukkan juga element SEO di setiap entry korang update.

Tips - bila kita rajin buat personal review, mana tahu ada brand yang nak collabs dengan kita? Yup, dengan blogging pun kita boleh ada collaboration dengan few brand >>> Advertorial <<<< boleh click, untuk baca review beberapa brand/business di blog. 

Extra tips - Update previous post
Antara salah satu tips nak naikkan pageview blog, update previous post. Cari entry lama, yang evergreen, atau ada pembaca masih view entry tersebut. Blogger, boleh trace dekat HomePage atau Google Console, kat situ tengok entry apa yang asyik naik dekat blog, pada minggu, atau bulan tersebut. Contoh macam entry ni, 2016 dan huda update semula. Cantikkan ayat, dan masukkan element SEO, supaya entry ni kekal releven. Githuuuu. 

Kenapa kena update entry yang ada element SEO?
Yang huda faham tentang niche dan SEO Google. 
Bila blog kita ada niche yang jelas, contohnya travel, makanan, atau skincare, Google akan lebih senang ‘faham’ blog kita ni pasal apa. Bila kita konsisten tulis pasal satu topik yang berkaitan niche kita pilih, blog kita akan jadi ‘pakar’ dalam topik tu, dan ini bagi signal positif kat Google.

Dari situ, bila orang search keyword berkaitan niche kita, Google lebih yakin nak recommend blog kita kat search result. Itu yang orang panggil Search Engine Optimization (SEO) , yang Google boleh trace cara kita tulis, guna keyword yang betul, dan susun entry supaya senang naik ranking dalam carian.

Berikut adalah 6 Tips Untuk Blogger Yang Tengah Pening Fikir Idea, yang sempat Huda kongsikan. Tapi kalau korang ada nak share, boleh share di ruangan comment di bawah.

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. menarik idea-idea ni Farah, tang buku nota tu tak try lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, boleh cuba...mana tahu dapat membantu =)

      Delete
  2. Thanks for sharing, at least dapat tips

    ReplyDelete
  3. fae dah kurang aktif nak berblogging setiap hari like old times. yet i try my best untuk update blog at least twice a week. so far manageable lah sikit. pasal idea nak up entri tu fae mostly come up with something random je huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Huda pun kadang dah banyak sangat nak cerita, buat random entry je, hihi

      Delete
  4. tq 4 the tips. timm pun suka review2 tmpt mkn, n produk..hoho..

    ReplyDelete
  5. Sekarang dah susah nak update entry selalu, Azwar buat auto publish sekarang ini. Siapa-siapa nak start blogging tips ni memang berguna. Thanks for sharing huda!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, itu pun salah satu tips yang huda rasa berkesan. Welcome Azwar, and thanks for sharing the tips too ;)

      Delete
  6. bab tulis kat buku nota tu tak sempat rasenya...kikiki...
    linda selalu up je gambar dlama draft, bebila rajen..kita belek draft...kikiki...
    bab niche @ SEO, memang tak reti lagi...
    tulis blog pun sesaja suka hati...

    ReplyDelete
  7. sy baca sampai habis.. setuju dgn semua tips tu... thanks for sharing ya

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !