Ketahuilah COVID19 is real, ianya satu ujian dari Allah

Farah
2
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Sekarang dah wujud macam - macam varian. Kes pun, makin hari makin naik. Turun pun sikit. Tapi naik, yang banyak. Kes kematian, pun semakin merisaukan. Baik yang tua, muda, budak kecil, mahupun bayi, ada yang meninggal akibat COVID19. Ketahuilah bahawa COVID19, is a real guys. Dan COVID19 ini juga, merupakan ujian dari Allah.

Seperti semua sedia maklum, COVID19 ni adalah penyakit yang mudah merebak. Nowadays, COVID19, varian Delta boleh merebak hanya melalui udara. Jadi kita dinasihatkan oleh KKM, untuk pakai double mask di tempat orang ramai, di tempat yang menjadi tumpuan ramai.

Ketahuilah COVID19 is real, ianya satu ujian dari Allah
My favourite candle yang selalu buat I rasa tenang.

Huda tahu, kalau boleh tak siapa nak dijangkiti COVID19. Tak siapa yang minta. Kadang, kita tak tahu kita dijangkiti dari mana, oleh siapa. Tiba - tiba je, kita dijangkiti. Atau maybe, kita adalah pembawa penyakit tersebut. Who knows. 

Huda tahu, ramai yang 'sakit', ramai yang 'stress', akibat COVID19. Ye, masing - masing struggle. Even yang bekerja pun struggle. Bila mana kekurangan pekerja, pekerja diminta buat 2,3 job. Banyak je tempat macam tu, yang huda dengar. Semua orang sama. Tapi those yang bekerja, bersyukurlah korang masih ada kerja, dan boleh menjana income. Do the best. Aku pun selalu nasihatkan diri aku.

Risau juga, akulah antara orang yang keluar masuk rumah, sebab pergi kerja. Tak boleh tolak. Sebab aku duduk atau bekerja dalam industri, yang dikategorikan as 'essential service'. Aku sendiri pernah, kena swab test. Pernah kuarantin kat dalam bilik. 

Sekarang pun, huda tengok ada yang buat dua tiga job. Walaupun mereka dah ada kerja hakiki, tapi mereka bekerja as part time, atau buat business sampingan untuk cover keperluan harian.

Alhamdulillah, kerajaan masih bagi bantuan. Korang boleh keluarkan duit KWSP melalui program i-Citra. Dan macam - macam lagi bantuan berkaitan.

Walaupun COVID19, is a real. Tapi masih ada yang tak percaya dengan COVID19. Ada yang masih salah menyalah, antara satu sama lain. Yes, itu terpulang pada korang. Tapi pada huda, satu je. Follow apa KKM cakap. 

Duduk rumah. Keluar untuk bekerja, atau beli barang keperluan je. Kalau keluar, pakai mask. Jaga jarak 1 meter. Kalau kat tempat ramai orang, atau shopping mall/pasar raya pakai double mask.

Objective, nak kurangkan jangkitan.

Tapi dengar, ada yang duduk rumah still kena COVID19. Kes macam ni, pada huda mesti ada 'pembawa' kes COVID19, tanpa sedar. Tanpa sedar bermaksud, dia pun tak tahu yang dia pembawa. Tapi relax, dalam context sekarang ni. Jangan salah menyalahkan antara satu sama lain. End up, kita hidup dalam komuniti, dan perlukan bantuan masing - masing.

Ada aku tengok kat instagram. Jiran dia, siap hantarkan makanan. Bagi air kelapa, vitamin. Aku yang tengok, terharu. Terharu sangat.

Please ok. Jangan ada context, salah menyalah antara satu sama lain.

Actually Huda risau, tak dapat vaksin lagi. Alhamdulillah, mak abah dan abang dah dapat. Hope huda, dan adik - adik lain dapat cepat. Risau. Family aku, risaukan aku juga. Yelah, aku yang the only one 'tak reti duduk rumah', sebab kena keluar bekerja. 

Its ok guys. Sama - sama kita doa, moga kita dijauhkan dari COVID19. Moga kita diberi kesembuhan, kesihatan yang baik. Take care semua.

#kitajagakita #wecare

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !