Cerita sibuk bekerja

Assalamualaikum, =D

Kerja.
Kerja mana yang tak sibuk. Setiap kerja, dia ada kesibukan yang tersendiri. Terkejar sana, terkejar sini. Sampai kadang - kadang, tak tahu mana yang perlu kejar. Stuck. 

Last last take a breath, buat dulu mana yang orang 'kejar' kita, dan mana yang kita patut meet the dateline. 

Kalaulah bekerja ni, boleh "cancel", macam lecturer "Cancel" class, aku seronok. 
Kadang - kadang, kalau kita terlalu focus pada kerja, kita akan jadi letih. Balik tu rasa nak rehat. Nak hadap phone, even nak tengok TV pun rasa tak bermaya. Last - last ambil keputusan, join jela family tengok TV. 

Aku pula belum kahwin. 

Belum kahwin tak semestinya, tak ada commitment. Cuma less. 
Tanggungjawab free. Tapi still, aku rasa kekadang tak menang tangan juga. 

Apa pun, hidup ni kena enjoy. 

Nak merungut sangat pun tak boleh, sebab tak rasa best. 

Busy Kerja



Kekadang ada je, aku rasa macam lack of motivation. Ada buku motivation satu pun, dah memadai. Baca. fikir. Dan rasa dah ok sikit. Itu pun, kalau isu tak beratkan kepala. Kalau isu beratkan kepala, memang nak ada orang dengar masalah kita. 

Biasalah, bila bekerja ni macam - macam peristiwa yang kita kena belajar, kena adapt. Ambil positive dari segenap situasi. Sekarang, aku fikir macam tu je. 
Walaupun, ada je masa stress. Ada je, masa aku nak diam. 

Kalau aku penat sangat, memang aku ambil keputusan tidur awal. Esok pagi bangun, rasa fresh dan pergi kerja macam biasa. 

Itulah life. 

Biasalah tu, kalau dah kerja sibuk kerja.

Apa pun, bersyukur dengan apa kita ada. Huda doakan urusan korang (yang baca entry huda ni), dipermudahkan. 

Walaupun sibuk kerja, tapi jaga SOP. Jaga kesihatan. Jaga kebersihan kendiri. Jaga social distancing. Apa pun, kita mesti menang. 

Apa yang korang paling rindu saat pendamik ni? Of course banyak benda kan yang korang rindu? Yes, huda pun rasa benda yang sama. Antaranya, huda rindu sangat nak travel

Huda harap lah pendamik ni cepat settle, sebab banyak benda sangat limited nak buat. Kewangan pun sangat terhad buat masa ni. 

Waktu pendamik ni, huda tahu ramai terkesan. Korang jangan stress sangat. Kalau korang rasa stress, rasa perlukan someone yang korang nak cerita, korang carilah family terdekat yang korang percaya. Atau kawan terdekat, pun boleh. Korang story. Atau kalau korang nak khidmat someone yang mendengar. For free, korang boleh call Khidmat "Be Friender". 

"Be Friender" ni, satu khidmat kaunseling. Dan banyak je khidmat kaunseling yang korang boleh gunakan secara percuma. 

Apa pun, take care semua! =D

Cerita sibuk bekerja Cerita sibuk bekerja Reviewed by Farah on July 07, 2021 Rating: 5

3 comments:

  1. betul tu
    waktu pandemik nih rasa macam lack of motivation
    semua benda suka buat rasa tak ada hati nak buat

    ReplyDelete
  2. Samalah, rindu nak travel. Rindu nak jumpa anak-anak buah. Semoga urusan awak pun dipermudahkn

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.