Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health



Assalamualaikum, =D

Hi semua, 

Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Anjur Kembali Kempen ABC for Health | Hari demi hari peningkatan Influenza semakin meningkat, baru - baru ini terdapat laporan seorang pelajar di Johor Bahru meninggal dunia akibat wabak Influenza ini. Oleh itu, pihak Antabax dan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital bekerjasama dengan menganjurkan Kempen ABC for Health. 

Apa itu Kempen ABC For Health? ABC means "Always Be Clean". Dengan adanya kempen ini, ianya dapat memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia betapa pentingnya kebersihan tangan.

(far left) Mandy Lee, Senior Product Manager of Antabax, Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax together with Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, taking the participants of Always Be Clean (ABC) for Health on the correct hand wash steps. 

"Kementerian Kesihatan menasihatkan agar orang ramai mengamalkan sikap kebersihan diri yang tinggi, dengan sentiasa membasuh tangan atau menggunakan pembersih tangan (hand sanitizer), mengikuti etika yang betul ketika bersin dan batuk, serta jalani gaya hidup yang sihat" - link pautan untuk rujukan.

Menurut Pengurus Kanan Anatabax, Vivian Lee, memastikan kebersihan tangan merupakan salah satu langkah penting untuk mengelakkan diri kita daripada jatuh sakit, sekaligus dapat mengurangkan risiko penyebaran penyakit berjangkit seperti Influenza kepada orang lain. 

“Antabax mengambil langkah proaktif sebaik sahaja mendapat tahu jumlah kes influenza kian meningkat. Kami telah bekerjasama dengan pihak berkuasa berkaitan untuk menggalakkan tabiat kebersihan selama lebih satu dekad. Kami berbesar hati kerana dapat berkolaborasi dengan KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital untuk mendidik orang ramai mengenai langkah mengurangkan risiko dijangkiti dan menyebarkan penyakit berjangkit seperti influenza," tambah beliau. 

Vivian Lee, Senior Brand Manager of Antabax presenting a token of appreciation to Dr Muhamad Yazli Yuhana, Consultant Internal Medicine & Infectious Diseases of KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign. 

Data daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit menunjukkan bahawa amalan tidak membasuh tangan mengundang bahaya kepada kanak-kanak di seluruh dunia. Membasuh tangan dengan sabun boleh melindungi 1 daripada 5 kanak-kanak yang mengalami jangkitan pernafasan seperti pneumoniaWalaupun orang ramai di seluruh dunia membersihkan tangan dengan air, sangat sedikit yang menggunakan sabun untuk membasuh tangan mereka. Membasuh tangan menggunakan sabun boleh menghilangkan kuman dengan lebih efektif - link pautan untuk rujukan.

Nurses from KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital Infectious Diseases Control teaching the patient at the ward on hand wash steps at Antabax Always Be Clean (ABC) for Health campaign. 


Apa itu Influenza?
Influenza adalah jangkitan virus yang kerap menyebabkan jangkitan pada hidung, tekak dan paru- paru. Gejalanya termasuk demam, selesema dan batuk - link pautan untuk rujukan. 

Perbezaan antara Influenza dan Selsema.


Bagaimana Influenza boleh berjangkit?
Influenza biasanya dipindahkan menerusi titisan air yang keluar daripada batuk dan bersin, apabila mulut tidak ditutup. Jangkitan virus influenza yang dibawa oleh udara dalam jarak pendek mungkin boleh berlaku, terutamanya di kawasan yang sesak. Pencemaran pada tangan juga menjadi satu lagi sumber jangkitan tersebut - link pautan untuk rujukan. 

Simptom Influenza?
- Demam melebihi 38 darjah celcius. 
- Rasa penat yang lama sehingga 2 atau 3 minggu.
- Sakit sendi dan otot. 
- Batuk kering.
- Sentiasa bersin.
- Sakit tekak dan kepala. 
* link pautan untuk rujukan.

Langkah - langkah pencehagan Influenza.
Menurut Perunding Dalaman Perubatan dan Penyakit Berjangkit KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital, Dr Muhamad Yazli Yuhana, hospital telah merawat lebih 50 kes influenza pada minggu ini. Jadi, adalah penting untuk meningkatkan kesedaran dan mengurangkan jangkitan.

Hospital merekodkan lebih banyak kes berbanding tahun-tahun sebelum ini. Kami harap dengan inisiatif bersama seperti kempen Antabax ABC for Health, orang ramai akan belajar untuk mengambil langkah-langkah pencegahan demi melindungi diri dan keluarga mereka. Kita perlu lebih proaktif dalam mengambil vaksin, memastikan kebersihan tangan dan mendapatkan rawatan segera untuk mengurangkan penyebaran influenza,” kata Dr. Yazli yang menyampaikan ceramah bertajuk “Wabak Infleunza: Kurangkan Penyebarannya!”


23 comments:

  1. musim influenza ni memang akak make sure sentiasa bawak hand sanitizer antabax dalam bag...

    ok, resepi sandwich telur dah up..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ok2 nanti kita tgok resepi tu hehe.

      Tulah, kita pun bawa juga hand sanitiser tu ke mana mana

      Delete
  2. Bagus kempen ABC health nie. Patut diadakan selalu. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Its good untuk kesedaran kepada kita semua

      Delete
  3. Bagus betul antabax ni. CSR dia sangat bagus, blh la support produk Antabax masa shopping nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh. Lagi pun sabun antabax best juga tu

      Delete
  4. Memang kena jaga2 sekarang ni..memang kena elakkan dr org ramai atau bersentuhan dgn org sb kita tak tahu diorg pembawa atau tak. Sis dh fobia bila terkena hari tu..memang seksa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu sis.

      Moga kita dijauhkan. Semoga urusan sis dan keluarga dipermudahkan

      Delete
  5. tu la kan..kene sediakan pembersih tangan, sanitizer untuk anak..bgus apa yang dilakukan antabx dan kpj ampang ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, kita kena berjaga - jaga terutamanya untuk anak - anak

      Delete
  6. Pentingnya penjagaan kebersihan diri. Basuh tangan dengan betul. Pakai sabun/cecair yang sesuai. Musim demam influenza ni lagi kena beringat kan, pakai mask sekali.

    yanmie
    http://www.yanmieonline.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. kena more beringat dalam musim influenza. Moga kita dijauhkan dari wabak tersebut.

      Delete
  7. Thanks so much for this sharing - especially dalam keadaan sekarang ketika wabak nie semakin berleluasa. And yes, Rawlins sentiasa bawa hand sanitiser ke mana-mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Betul tu kena bawa hand sanitiser ke mana mana

      Delete
  8. scarynya sekarang banyak pulak influenza2 ni. saya mmg a big fan of antabax! sebab mampu milik dan sgt hygenic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Scary.

      Kita kenalah prevent dari apa pun supaya kita dijauhkan dari wabak ni, Amin

      Delete
  9. takut nak keluar sgt bila tengah ada kes influenza ni sebab ank akk dah kena tahun lepas. Balik sekolah mesti mandikan dulu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu. skrg kena kurangkan berjalan ke luar

      Delete
  10. Penting kena amik tahu ttg wimpton influenza ni kan...tapi precaution tu penting terutama dalam menjaga kebersihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sbb nowadays kena really careful dan elakkan dari kesesakan yg ramai

      Delete
  11. Kempen yg sangat sesuai dengan masa dan keadaan. Ya lah, sebab kes influenza yg makin lama makin banyak ni, kesedaran terhadap bahayanya virus ni perlu dilakukan.

    ReplyDelete
  12. memang merisaukan la virus berjangkit sekarang. flu pun sebenarnya sepanjang tahun. jadi memang kena precaution lebih

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.