Dah lama dah blog, tapi baru serious | Cerita bekerjasama dengan Editor

June 30, 2021

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Alhamdulillah bulan June sebenarnya "birthday blog" Farahh. Huda buat blog since June 2009, masa zaman SPM. Lepas tu continue study, sampai sekarang (dah bekerja) masih blogging. 

Blog ni kena maintain.
2021 blog farah dah capai lagi satu target, which is blog dah “tak kosong”. Maksud “tak kosong”, dah ada ads google haha. Alhamdulillah. Ada lagi target yg belum capai. Slowly...

Walaupun dulu sibuk study, tapi still blogging. Apply sikit - sikit ilmu blog, dengan tengok tutorial dan tips, yang blogger lain share dekat blog diorang. Dan masa zaman study dulu, huda focus pada 'blog cantik'. Dulu huda rajin sangat tukar template, this and that. Rindunya zaman - zaman tu.

Lepas habis belajar, baru berkesempatan nak serious dengan blog. Bermaksud, belajar SEO blog semua tulah. 
Awak ingat dalam relationship je boleh serious? Dalam blogging pun kena ada serious nya tu, barulah seronok. 

Iyelah, nak blogging ni. Bukan sekadar blogging je tau. Ilmu - ilmu blog, pun kena belajar juga. 
Thanks dekat kawan - kawan blog, yang banyak share ilmu blogging dengan huda =D (love).

Ni kawan huda edit kot dulu, 2016 punya header. 
RM5 kot satu header ni. 


Actually Huda plan nak buat giveaway, bulan June. Tapi korang tahu jelah kan, PKP tak habis - habis. Lepas tu ada pula beberapa tempat PKPD. So huda masih berfikir lagi. Hadiah tu, huda masih simpan rapi untuk korang. 

Kalau ada kesempatan nanti, huda buat. I dah prepare 'hadiah' untuk korang. Adik huda pun ada nak 'invest' hadiah, hehe.

Cerita Bekerjasama dengan Editor

Bekerjasama dengan editor ni, one of rezeki juga. 

Huda thanks sangat dekat one big company (Online Shopping Website), yang "nampak" blog huda, tahun 2014. Alhamdulillah. Huda rasa blog huda naik, since huda collabs dengan company tersebut. Walaupun tak adalah naik mendadak. Blog huda naik step by step kot. Bertahun juga nak dapat 1juta viewer tu.

Masa study dulu, huda ada dapat job beberapa job online. Nak buat job offline, busy dengan schedule kelas semua. Habis study, tu terus berdezupppp buat kerja blog secara "offline" (review).

Huda nak sebut tapi huda segan. Huda memang thankful sangat dekat Editor Zalora Malaysia (and team), sebab merekalah blog huda ni, ada juga orang singgah. Walaupun tak adalah banyak article huda buat. 5 je pun article dalam blog huda ni

Sampai sekarang pun dengan Zalora Malaysia, cuma bukan dekat dalam blog huda ni lah.

Cita - cita nak bekerjasama dengan editor tercapai, Alhamdulillah =D

For me setiap blogger, dia ada impian dalam dunia blog =D. Tapi nak blogging ni, kena ada passion tau.

p/s: Apa pun, semoga huda keep writing. Dan happy blogging to all bloggers! =D

You Might Also Like

2 Comments

  1. Wahhh! Saya dulu pun pernah jugak buat review dengan zalora tapi blog lama lah. And now blog baru, masih tak ada. Tapi apa apa pun, semoga huda terus semangat blogging! Fighting! :)

    ReplyDelete
  2. Tahniahhhh ye... Keep writing!
    Moga dipermudahkan urusan berblogging.. dan terus majuuuu...

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.