Cerita done mengundi di Johor pada Jul 2026 | Assalamualaikum. Memandangkan saya tak ada idea, so here just a very short story di malam hari tentang kisah mengundi.
Mestilah dah banyak kali undi. Tp first time rasa up kat blog, dan grab promo air Zus Coffee selepas mengundi #ygpentingdahredeemZusCoffee 🤣
Kami 3 beradik, macam biasa pergi undi di pagi hari. Lebih kurang pukul 8.20am, dah selesai mengundi. Balik rumah, sarapan dengan family.

Then aku ajak adik pergi grab promo Zus Coffee sempena hari mengundi di Johor Jul 2026.
Di hari mengundi, banyak yang buat promotion. Tapi aku pilih Zus Coffee je.
Promo 2 cup hanya RM16 sahaja.
Harga asal 2 cup tadi, aku belikan abah punya sekali dalam RM20++. So adalah discount dalam RM4 lebih. Oklah. Rezeki.
Settle beli. Balik rumah. Lepas tu, tengah hari aku gerak pergi kerja.

Teruk comot dia tu.
Cerita dia - Bila petugas nampak yang aku ni macam takut je nak celup jari dalam bekas dakwat tu, so beliau pun berkata - “kak tak ckup dalam tu celup jari, sebab dakwat ni mcm cair. So celup jari tu dalam lagi”. Ha aku pun celup la lagi.
Nah…..
Sekali keluar amik comot. Balik rumah try la basuh, ah cannot hilang.
Sabar jela ek 😅.
Nampak mcm kau ni semangat sangat, sampai comot gitu.Begitulah keadaan jari getar masa kena celup kali kedua dalam bekas dakwat tu 🤭✌🏻.
But Alhamdulillah, kami bangsa Johor (rakyat Johor) dah selesai mengundi.

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.