Maksud FYP atau Final Year Project

Farah
2
Assalamualaikum =D

Hai semua. Ini maksud FYP - FYP adalah Final Year Project bagi pelajar semester akhir degree. FYP ni kira you buat research berkenaan dengan topic yang you pilih (dalam course u ambil). FYP/research terpakai untuk master & PHD juga. Setiap level nak buat research, sangat berbeza. 

Untuk entry berkaitan FYP, huda hanya cover degree level sahaja. Tapi maybe concept basic tu sama.

Final Year Project (FYP), wajib di ambil oleh semua pelajar. FYP merupakan antara requirement untuk dapat degree. Makna kata, if you tak settle FYP, you tak boleh graduate.

Tak semua course, universiti yang ada requirement ni. Setiap course, universiti berbeza requirement. 

FYP ni, boleh buat seorang (individual), atau buat dalam team (berkumpulan). Ini pun, tengok requirement yang di set up oleh pihak fakulti masing - masing.

FYP biasanya kena buat dalam masa setahun (dalam tahun final year). Dalam setahun ada 2 semester (1 semester untuk proposal, atau FYP1. Satu lagi semester, untuk FYP2).

Maksud FYP atau Final Year Project

Sedikit guideline FYP.
1. Untuk buat FYP, kena cari supervisor.
Meaning, cari supervisor dalam fakulti dan course yang you ambil.

Contoh - dulu huda study Human Resources (HR), so huda kena cari lecturer dalam fakulti dan mengajar HR.

Cadangan huda, cari lecturer yang korang boleh ngam. Dan korang rasa, lecturer korang tu faham dan boleh guide you dengan baik sepanjang FYP.

2. Kena ada masalah, dan how you nak settle your problem
Sebelum cari supervisor, you dah kena tahu apa masalah yang you ada untuk FYP you. Dari masalah tu, you boleh cari tajuk, problem statement, objective, framework, etc etc.

Bila you dah ada problem untuk FYP. Kena cari how to settle? Semua permasalahan yang you face, kena discuss dan minta pandangan supervisor. Wajib.

Dekat sini la, you boleh tahu dan perbaiki FYP you.

3. Nak buat FYP, individual ke grouping?
Kena identify. Cari member (if group). Kalau individual, you buat seorang.

4. Kena pandai baca dan cari journal
Ok ni part penting. Bila buat research (fyp), benda yang paling penting is buat rujukan based on journal. Jangan ada plagarisme (tiru bulat - bulat) dalam FYP. Concept FYP ni, you kena pandai adapt and adopt. 

Cara nak cari rujukan. Please cari berkaitan your topic. Research 5 tahun paling latest, valid for your reference. 


Nasihat untuk buat FYP.
Kena betul - betul bahagi masa.
Cari masa bila nak buat, bila nak consult dengan lecturer. Bila time you study, bila time exam, etc etc.

Kena tahu, FYP ni bukan assignment. Dia special project. Assignment is assignment. FYP is FYP.
Seperate things.

Masa buat FYP, dalam final year. You kena sangat strong dan kuat. Sebab its tough. Dengan subject final year tough, dengan FYP pun sama tough. 

Kena pandai balance kan masa.

Pengalaman buat FYP
Huda ada cerita pengalaman buat proposal dan FYP. Link dekat atas. 

Mujur, untuk fakulti huda. Kena buat dalam group. Jadi kami pilih team, yang boleh buat kerja bukan sleeping partner. Nak kata, setiap malam kiteorang buat meeting, discuss.

Most of the time, bila dah siap discuss akan jumpa supervisor. Kami akan pilih dan set appointment dengan team mate, dan supervisor kami.

Huda sendiri, ada perasaan takut, dan tak yakin nak buat fyp. Tapi Alhamdulillah, semua baik - baik sahaja =D

Masa buat FYP, please sokong dan faham each other dalam team you.

Selamat buat FYP.
Dont give up.

Post a Comment

2Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Teringat zaman bersengkang mata settle kan fyp. Kenangannnnn

    ReplyDelete
  2. ingatkan fyp tiktok ehkk.. ghisauu ghisauu.. hahahahaa..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !