Review Drama : Mr Bibik

Assalamualaikum,=D

Hai korang. So kali ni, aku nak review drama bersiri yang bertajuk Mr Bibik. Mr Bibik ni best ke? Biasa je. Drama Mr Bibik ni, berkonsepkan komedi, percintaan, dan kekeluargaan. 

Watak utama drama Mr Bibik - Aulia (Zara Zya), Firas (Shaharul Ridzwan).

Review Drama : Mr Bibik


Review:
Mr Bibik, mengisahkan perjalanan cerita antara Aulia dan Firas. Aulia merupakan seorang usahawan. Aulia ni sporting je sebenarnya, tapi bila dah nama businesswoman kan, mana-nya nak sempat kemas rumah. Sana sini busy. Tambahan pula, Aulia merupakan anak tunggal kepada Puan Ameena dan Tuan Halim. Disebabkan kesibukan dan perangai manja dia tu, jadi dia telah ambil keputusan untuk minta tolong rakannya bersihkan rumah. Kebetulan rakannya, Siti ada sebuah syarikat yang menyediakan service mencuci rumah dan pejabat. 

Aulia juga seringkali larikan diri dari Mukhriz, tunangnya. Dia terpaksa bertunang dengan Mukriz pun sebab kononnya nak balas budi keluarga Mukhriz, yang dah banyak tolong bapanya. Bila Mukriz ajak keluar je, Aulia juga seringkali mengelakkan diri. Iyelah, siapa nak, lepas tu dengan tak kerja. Even bapa Aulia pun, terpaksa tunangkan Aulia. Sebab Mukhriz sendiri yang paksa dan ugut Tuan Halim tu. Rakan karibnya Tan Sri Makruf , tak ada apa - apa pun. Anak dia pula melebih.

Firas pula, dahulunya merupakan seorang tukang masak disebuah restoran yang tak jauh dari rumahnya. Mulanya dia dan tunangnya, plan untuk buat business sama - sama. Firas bukan main bersemangat nak usahakan business yang dirancang, saat akhir tunangnya minta putus tunang, dengan alasan tidak sehaluan. Padahal Firas ni seorang graduan Universiti, dan dah kumpul modal untuk mulakan business. 

Disebabkan kecewa dengan bekas tunangnya, dan atas nasihat ibunya, Firas mengambil keputusan untuk berhijrah dan bekerja di Kuala Lumpur. Dia terus call kawan karibnya, Hudd (yang juga merupakan sepupu kepada Siti). Memandangkan dah beberapa hari duduk di KL dan masih tak jumpa lagi dengan kerja yang sesuai, dia pun plan untuk bekerja dengan Siti, sebagai salah seorang cleaner. 

Satu hari dia ditugaskan untuk bersihkan rumah Aulia. Aulia malu juga pada mulanya, sebab ada cleaner lelaki kemas rumahnya. Iyelah, dia bukan 'rajin' sangat nak kemas. Tapi apakan daya, dia tak mampu tolak, memandangkan mungkin hari tersebut Firas mendapat tugasan dari ketuanya, Siti.

Satu hari, Aulia dan Firas ditangkap berdua - duaan di dalam rumah Aulia. Berdua. Ditangkap pun oleh Mukhriz, Tuan Halim, dan yang lain. Jadi nak tak nak, Firas terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Aulia. Tanpa pengetahuan Firas, rupanya itu semua rancangan Tuan Halim dan Aulia kerana nak batalkan perkahwinanan antara Aulia dan Mukhriz.

Bila Firas setuju nak kahwin dengan Aulia, automatic rancangan Mukhriz gagal. Gagal untuk berkahwin dengan Aulia. Tapi Mukhriz tak mengalah, walaupun Aulia dan Firas dah berkahwin, dia tetap juga nakkan si Aulia tu.

Macam - macam rancangan yang dia buat, supaya Firas lepaskan Aulia, tetapi tak berjaya. Tapi Mukhriz tak mengalah, dia tetap dengan plan dia nak dapatkan Aulia. Berjaya ke dia?

Saksikan kisah itu di Iqiy.


Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.