Review Drama : Red Velvet

July 17, 2021

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Hari tu aku throwback tengok Red Velvet, lakonan Aliff Satar dan Neelofa. Tertengok sebab dok main - main dekat wall youtube aku. So aku ter-klik.

Tengok dari episode 1 sampai lerrr episode 20.

For me, drama Red Velvet ni, bebiasa je. Adaptasi Novel. Oklah. Aku tengok sebab ada Aliff Satar. Kena faham ler, Aliff Satar one of pelakon yang aku minat.

Minat tengok dia berlakon, hihi.

Review Red Velvet Drama, Lakonan Aliff Satar dan Neelofa

Sinopsis Red Velvet
Halena hangat bercinta dengan Fareeq. Tapi ditentang keras oleh keluarga dan rakan karibnya. Fareeq tu staff kesayangan ayah dia, entah macam mana eh tersuka. 

Parents tu, penat laaa halang korang bercinta. Tapi korang super duper degil nak bercinta juga! Hisyh, degil. Sampai kena fired pun, still tak insaf si Fareeq tu tau. 

Masih mencari Haleena. 

Entah lepas patah hati, Haleena bawa diri ke satu tempat. Tempat tu pula, tempat Izzat suka lepak. Si Izzat ingat, Haleena nak bunuh diri. So si Izzat pun, nak selamatkan Haleena. Dia bawalah Haleena pergi rumah dia, konon nak stay 1 malam je. Sekali bermalam - malam, sampai mak Izzat dengan adik dia pun, suka Haleena ada kat situ.

Ada benda yang si Izzat ni tak berkenan dengan Haleena, tapi mak Izzat selalu backup Haleena. Tu lah yang dia annoying sangat dengan Haleena tu. 

Izzat ni dia minat baking. Paling dia minat Red Velvet. Satu hari tu, dia dapat tempahan cup cake yang sangat banyak, kebetulan ada Haleena. Itu yang Mak kepada Izzat, minta amik Haleena bekerja dengan dia. At least boleh bantu apa yang patut.

Bermulalah cerita Izzat dan Haleena rapat.
Tapi bila dah rapat, masing - masing dah buka hati for each other. Ada pula isteri Fareeq datang, cakap dengan Haleena jangan kacau suami dia. Masalahnya Haleena kan dah lari dari rumah dia, dah lari dari masalah yang dia sendiri create. Si Fareeq tu yang kejar - kejar Haleena. 

Itu yang Izzat tersalah faham. Si Faleeq ni, tak dapat lupakan Haleena. 

So apa kesudahan kisah mereka? Macam cinta 3 segi la pula.

You Might Also Like

1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.