Pernah kena tegur bila guna ‘bahasa Johor’ dekat Negeri lain

Assalamualaikum,

Ye, personally memang pernah kena tegur beberapa kali juga dengan kawan bila guna beberapa ‘Bahasa Johor’, atau loghat Johor dekat negeri lain. Dekat Johor, dah terbiasa. Bila study dekat tempat lain (luar dari Johor), rasa macam ‘terbelit lidah’ nak elakkan guna perkataan tersebut. Mesti korang dah boleh agakkan perkataan apa yang mempunyai double meaning bila orang luar Johor dengar. Ye, betul,

Antara bahasa yang selalu guna, dan ada double meaning - sangap dan anu.  Basically, maksud sangap tu, adalah menguap. Contoh ayat - “sorry korang, asyik sangap - sangap je. Dah ngantok. Oklah, kita sambung next time,” - kejadian kalau dah pukul 11.30pm, sebelum tamatkan perbualan dengan kawan.

Lain is, ‘anu’ - anu pula merupakan kata ganti kepada sesuatu, dan menunjukkan sesuatu barang, peristiwa, dan apa je yang orang tu nak sampaikan dalam perbualan mereka. Contoh ayat - “Huda aku nak keluar, kau tolong anu - kan kereta,” (means, tolong alihkan kereta) . Dan ada banyak lagi perkara, yang kami selalu gunakan perkataan “anu”. Ni kira macam bahasa pasar orang Johor.

Bila guna dua perkataan ni dekat Negeri lain, memang kena tegur. Serious, sampai berbelit lidah sis supaya orang lain tak salah faham dengan apa kita cuba sampaikan. Mujur juga, ada kawan yang faham so dia tahu la kita memang cakap gitu.

‘Bahasa Johor’ lain yang ada je kadang orang guna, tapi disalah tafsir bila mereka jarang dengar. Atau dalam kata lain, ni semua “bahasa pasar” orang Johor. 

1. Saing - saing ni maksudnya nak pergi sama - sama. Bukan bersaing, macam dalam pertandingan.

Contoh ayat - “nanti pergi saing ek, aku follow belakang kau,” 

2. Belanja - ada 2 maksud. Satu belanja barang basah,  atau barang dapur, dan maksud lain belanja, menunjukkan belanja makan. 

Contoh ayat - jom teman pergi pasar, mak nak belanja sikit. 

Atau, “jom teman aku makan dekat restoran seafood, aku belanja kau,”

3. ‘Tapi’ - penggunaan ‘tapi’ belakang ayat tidak mempunyai maksud, dan ianya bukan perbandingan antara perkara A dengan perkara B. Senang kata, ‘tapi’ belakang ayat, sama macam penggunaan ‘ek’.

Contoh - situasi baru balik dari pasar - “alamak, huda lupa la nak beli barang mak kirim tadi. Tadi dah ingat, entah fikir apa boleh lupa pula tapi,”

4. Lepak - lepak ni pun ada 2 maksud (loghat Johor). Maksud lepak, lepak dengan kawan - kawan (hangout), atau lepak boleh juga diertikan sebagai penat, atau keadaan nak tunjukkan seseorang penat.

Contoh ayat - “lepak betullah, tadi layan jammed tak gerak - gerak. Ada accident depan tu,”

Contoh ayat lain - “jom lepak mamak”.

5. Kopek - kopek maksudnya buka.

Contoh ayat - “tolong kopekkan buah ni. Susah pula”.

6. Menonong - laju, tak perasan

Contoh ayat - kau ni jalan menonong je. Tak perasan ke tadi intan.

“Bahasa Johor”, atau “longgat Johor”, apa lagi yang buat korang confuse? 

Credit - the rohani

Ni antara loghat Johor. Tapi kan, dia tengok orang juga. 
Contoh - semejit , I guna masjid 😂 . Semangka, I cakap tembikai.

Ada juga yang orang Johor tak guna sangat semua loghat. Tengok la apa family u selalu guna, macam tu kot I rasa.

Dulu pernah la pelik, masa kecik - kecik. 
When atok cakap - “dah nak balik Johor ke tu?” And kampung I area Pontian. Bila lama - lama, baru faham yang dimaksudkan Johor means Johor Bahru 😂. 

1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. family mentua banyak guna bahasa jawa...hahaha... tapi tak susah sangat slang johor ni nak compare dgn trengganu, kelantan, kedah

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.