Tengok Air Force The Movie 4dx dekat southkey mall JB

Farah
0
Assalamualaikum =D

Hi korang. Alhamdulillah, congrats to Air Force The Movie dah mencecah 13 juta tontonan, meaning dah pecah panggung wow. Personally secara  keseluruhan aku bagi 8/10 untuk movie Air Force The Movie Malaysia ni. Alhamdulillah pengalaman tengok Air Force The Movie,  dalam 4dx cinema, best. Serious memang dapat rasa setiap aksi  yang mereka buat. Air Force The Movie, merupakan movie pertama yang ditayang secara 4dX. Hanya ada 4 cinema di Malaysia yang tayangkan Air Force Malaysia secara 4dx.

Air Force The Movie Review

Cinema 4dx menyediakan kerusi yang berteknologi tinggi. Di mana, saat movie ditayangkan kerusi tu akan bergerak ikut “rentak” movie tersebut. Kita sebagai penonton dapat merasai experience pengalaman sebenar bila tengok movie tu. Malahan, kerusi yang berteknologi tinggi itu juga mempunyai beberapa effect lain seperti, water splash, tiupan angin, rain drop, thinderstorm dan bermacam lagi effect.

Masa tengah fight, atau berlawan, tiba tiba terasa tumbukan manja di belakang badan. Terkezut sis 😂. Dia mcm kena urut. Masa jet pejuang naik membelah langit pun, kerusi tu dia mcm dok gerak ke atas, kanan kiri. Mujur sis tak beli popcorn, air. Kalau tak boleh jadi berterabur sis punya popcorn kot. 

Review Air Force Malaysia
Air Force The Movie merupakan salah sebuah filem aksi Malaysia yang menceritakan perjalanan sepasukan anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU), yang terkandas di Namburi setelah Kapal terbang yang mereka naiki di serang musuh. Keberadaan mereka di sana bertujuan untuk menjalankan tugas mereka dalam misi kemanusian pergolakan yang berlaku di Namburi. Misi ini diketuai oleh Kapten Adib, dan mentornya Mejar Adnan.

Apa bila dapat sahaja panggilan dari salah seorang Anggota PASKAU, yang menyatakan mereka diserang musuh, Tentera Udara Di Raja Malaysi (TUDM), mengarahkan pasukan mereka yang berada di Malaysia bagi membantu misi menyelamat. Misi ini diketuai oleh Zafran, adik ipar kepada Kapten Adib. 

Air Force The Movie Review

Para pelakon Air Force The Movie

Nas T - Kapten Adib
Adi Putra - Mejar Adnan
Zafran - Aiman Hakim Redza


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !