Pengalaman pergi Legoland dengan bestfriends I,Yana



Assalamualaikum =D

Hai semua. Hari ni huda nak cerita kisah throwback lagi. Bukan blog byfarahh kot, if tak ada cerita throwback gini. Dijadikan cerita, hari tu huda ajak Yana teman huda pergi Legoland (since dah lama tak hangout berdua walaupun dua dua, stay Johor). Alhamdulillah, we have so much fun! Thanks Yana luangkan masa dengan huda. Best sangat kalau diingat. 

Nak tahu tak apa je huda main kat Legoland tu? Tak banyaklah tapi, but still we have so much fun.

Nota dari orang Johor - (Word tapi, no meaning. Ianya sama macam word “ek” dihujung ayat yang selalu kami gunakan). Johor pula means Johor Bahru, bagi kami yang stay dekat JB. Gitu.

Back to the main topic, jom huda cerita pengalaman huda dengan Yana pergi Legoland, dan aktiviti yang kami buat disana.

Pengalaman pergi Legoland
Kebetulan hari tu, adalah hari sambutan ulang tahun ke 10, Legoland. Happy birthday legoland (again).


P/s: tips jimat pergi Legoland kena pergi time ada promotion.Macam mana nak tahu ada promotion? Layari laman web rasmi Legoland.

Pengalaman pergi Legoland
Lepas je sambut ulang tahun Legoland ke10, kami pun pergi makan.So yummy ye guys, sedap. Korang kena try makan dekat dalam Theme Park Legoland ni, tidak mengecewakan makanan dia.


Note : Untuk bab makanan, dekat dalam Legoland ada beberapa cafe. Cuma agak pricy sikit harga dia.

Pengalaman pergi Legoland
Sislin, kak sunah, me and yana 

Then terjumpa sis lin, dan kak sunah sakura, apa lagi huda ajak ambil gambar, secebis kenangan di Legoland gitu.

Pengalaman pergi Legoland
Lepas tu naik train, round - round legoland.

Pengalaman pergi Legoland
Dalam lalu tu, ternampak ada satu theme park baru - Miniland, dalam renovation lagi.

Kita pula yang tak sabar, haha.

Pengalaman pergi Legoland
Main boat ni pula. Kemahen macam budak - budak, kan walaupun dah 30 tahun.

Pengalaman pergi Legoland

Pengalaman pergi Legoland lego technic. 
Kalau main lego technic ni, kena pegang kuat -kuat tau, sebab dia laju. But serious have fun, walaupun benda tu kejap. Pertama kali main.

Main ni, baju you tak basah pun. Just terkena percikan air jela sikit tapi. Tak perlu beli baju hujan hehe.

Pengalaman pergi Legoland
Tower at Legoland.

Kalau dekat Melaka, ianya di panggil Taming Sari. Tapi ni dekat Legoland panggil Tower Legoland. Kekdah dia sama juga, boleh nampak keadaan, suasana sekitar Legoland. 

Pengalaman pergi Legoland
Antara suasana sekitar dari atas pandangan tower.

Pengalaman pergi Legoland
Ni pun sama

Note - Untuk solat pun mudah,  ada 2 surau (lelaki dan perempuan. Asing). Dalam sibuk dekat sana, boleh singgah solat . Surau pun selesa. Cumanya kena bawa telekung sendiri.

Pengalaman pergi Legoland
Ninja Go ni best. Main tembak - tembak.
Kalau ada rezeki pergi sini, huda suka main this Ninja Go.

Pengalaman pergi Legoland
Dino Island.

Pertama kali, main kat Dino Island.

Nak main Dino Island ni, sangat dinasihatkan beli baju hujan, kalau tak gerenti you punya baju basah lencun. Percikan air dia banyak ye. Dia bukan je percikan air, saat “boat” you turun dari tempat tinggi, dia seolah - olah you disiram sekali 😂. “Boom”, percikan air terkena satu badan. That is why dinasihatkan beli baju hujan.

Walaupun pakai baju hujan,tapi sandal huda basah habis, tudung terkena sikit, lain - lain dikira selamat.

Note : Nak main Dino Island, kalau tak bawa baju spare (dan tiba - tiba terasa nak main). Beli baju hujan. Kasut pula, sediakan sandal. Kalau pakai stokin buka. 

Selepas main Dino Island, you boleh keringkan badan you, bersama kasut sekali. Dia ada tempatnya (cuma tak amik gambar). Sekali masuk RM10. Boleh masuk dalam 3 orang sekali).

Pengalaman pergi Legoland
Beli baju hujan kat legoland. Quick tebal RM21++, tak silap.

Pengalaman pergi Legoland
Ini paling tak sabar nak main!
Antara tempat menjerit paling best
(P/s: Bila menjerit tu, rasa lupa kejap benda yang difikirkan)

You know what, bila naik roller coaster ni, rasa syok. Tapi jangan la bagi tinggi sangat kat huda. Maunya, huda trauma. Setakat dua roller coaster kat Legoland ok kot untuk huda. Kalau roller coaster dekat Universal Studio tinggi ya amat tu, macam nak hilang jantung huda, tekak pun rasa boleh tercabut sebab jerit kuat sangat.Cukup la pengalaman beberapa tahun lepas, masa main roller coaster dekat Universal Studio hehe.

Pengalaman pergi Legoland
Last but not least, before balik tu kami singgah Sealife Malaysia.

Pengalaman pergi Legoland
Actually tak banyak gambar yang huda amik. 

Oh ye, untuk pengetahuan semua dekat sini terdapat lebih 13 000 hidupan laut dari 120 spesis yang berasal dari 11 habitat yang berbeza. 

Pengalaman pergi Legoland
Andai berkesempatan pergi Sealife Malaysia, dekat Legoland personally huda suka tengok obor - obor, starfish, dan seahorse.

More info tentang Sealife - click sini

p/s : huda tak pergi Water Park Legoland. Just pergi Theme Park dengan Sealife je hari tu dengan Yana.


Pengalaman pergi Legoland
Sekian kisah saya.
Have lot fun with Yana hari tu.

Yana, nanti kita plan hang out lagi tau.

Pengalaman pergi Legoland
For more story legoland - click here.





1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.