Kalau pernah repeat paper, nak buat apa | Universiti Life



Tips bangkit lepas repeat paper kat Kolej atau universiti

Kalau pernah repeat paper, nak buat apa? | Universiti Life . Menjadi salah seorang budak repeaters, bukanlah title yang seronok, dan best untuk diceritakan. Tapi bila kau dah jadi repeaters tu, baru kau tahu betapa sedihnya bila pointer kau drop tahap paling rendah. Masa tu, nak nangis air mata darah pun, dah tak guna. 

Aku pernah kantoi paper Micro Ekonomi, dan Management Accounting (MA). Peh, pada aku sadis weh. Dah lah gagal, sedih. Balik rumah kena marah, kena lecture dengan parents. Tapi bila fikir balik, padan muka kau sapa suruh tak nak study, sapa suruh main - main. 

Dah lah repeat paper, kena extend semester pula tu. Sedih. 

Next semester kemudiannya, barulah nak insaf. So ni tips nak ada semangat belajar semula

1. Tanam azam nak belajar sungguh - sungguh. 
Dah repeat, jangan kau tak insaf pula. Focus dalam kelas. Buatlah latihan banyak - banyak/rajin membaca (kalau subject theory). Anggap apa yang berlaku tu, ada hikmah dikemudian hari. 

2. Study sendiri
Bila dah masuk collage/universiti ni, semua kena buat sendiri. Lecturer mengajar, lecturer guide, selebihnya kita kena study sendiri. Buat revision apa yang lecturer ajar tu. 

3. Cari suasana study
Kalau kat bilik korang tak boleh study, korang pergi library. Kalau tak boleh study seorang, study dalam group.


4. Cari masa study sendiri
Setiap dari kita ni, ada masa study masing - masing. Means, ada yang boleh belajar waktu siang, ada yang boleh belajar waktu malam. Setiap orang berbeza masa study diorang. Jadi belajar ikut time, if korang nak masa alone. 

Aku selalu sangat nak masa alone, lagi - lagi time degree. Yelah time degree, kebanyakan subject theory, tak sama macam time diploma. 

5. Masa study, study. Masa enjoy, enjoy
Dalam kata lain, focus. Kalau time study, kau focus study je. Tak payah nak fikir nak buat itu, dan nak buat ni. Masa kau enjoy, kau enjoy jelah. Tapi dalam enjoy, jangan lupa study ye. 

6. Tengok kejayaan orang sekeliling. 
Bila kita tengok orang berjaya, kita pun tak nak kalah. 

Takpe, persaingan tu bagus. Kau ingat masa aku degree takde perasaan macam tu kat kawan sendiri? Serious ada. Kawan baik pula tu, haha. I jeles dengan dia sebab dia pandai jelah. Lepas tu, I pun macam nak sama - sama berjaya. Studylah sama - sama. 

7. Buat Nota
Kalau kira - kira tu, hafal formula dan buat latihan. Kalau theory tu, aku buat nota ringkas. Aku akan practice cara ni masa quiz, dan final. Study awal, jangan study last minute. 

Tips bangkit lepas repeat paper kat Kolej atau universiti
Contoh macam kat bawah ni. 
Tapi gambar ni, masa zaman degree lah ye.

Sekian simple tips study dengan you guys. 

Tips bangkit lepas repeat paper kat Kolej atau universiti
Parents aku yang buat aku insaf tau korang. Haha. 
So masa degree Alhamdulillah tak pernah repeat. Pernah nangis tepi bucu katil, sebab pointer I drop. 

Kan aku pernah repeat Management Accounting (MA), masa diploma kan? So masa degree tu, aku beria tau kalau boleh nak buang semua subject kira - kira. Tapi tak boleh korang! Sebab subject Management Account tu dekat semester 3. So nak tak nak, aku amik juga time degree. Kira 3 kali aku belajar Management Accounting. Wah, deabak! Aku score paling tinggi lah selama aku amik MA! Haha. 

Dah 3 kali belajar MA, kalau tak lepas nak kena pelangkong je si huda ni. 

Sekian kisah huda, so huda harap korang yang repeat tu. Jangan mudah putus asa. Please say no, to putus asa. Chaiyok!

Oh, masa study. Ingat ni - jangan fikir gagal, sebelum korang cuba.

Korang yang tengah study tu, good luck tau. Jangan putus asa nak study, if korang 'ter-repeat'. 




Kalau pernah repeat paper, nak buat apa | Universiti Life Kalau pernah repeat paper, nak buat apa | Universiti Life Reviewed by Farah on August 15, 2020 Rating: 5

15 comments:

  1. Moga terus beristiqamah dalam mengejar cita-cita.

    ReplyDelete
  2. akak pun pernah repeat satu paper sebab terlepas pandang nkooo..tak cukup kehadiran..adeiii, terpaksa repeat..tapi alhamdulillah tu subjek elektif universiti je..jadi tak berapa tension kalo kene repeat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kalau subject elektif tak berapa nak stress. subject core ni stress juga kak, haha.

      Delete
  3. Pernahhhh, subjek kira-kiraaaaaa jugak...Menyampahhhh rasa.hahahah~ Tapi aku leh short sem, tak extend sem la... Time orang cuti, kita kena amek class dan exam.... Nasib lah lulus lepastu, kalau tak...lambatlah pakai topi diploma tuuuuu................

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaahaha, itulah kalau ada short sem boleh cover. Dulu masa aku diploma dekat KPM takde nak ber short sem, bila kat Uniten baru lah jumpa short sem tu, ahahaha.

      Mujurlah extend satu sem je weh aku dulu. Alhamdulillah but still graduate dengan kwn kwn satu kelas haha

      Delete
  4. Nice Info
    Singgah
    Salam kenal
    Saya baru belajar blog
    ini blog baru saya : https://www.templateppt.eu.org/

    ReplyDelete
    Replies
    1. hye salam kenal, thanks come and read my entry =D

      Delete
  5. Jujurnya kann, anak-anak Sis mana yang kena repeat paper, Sis tak pernah marah..tak tau kenapa.. sebab mybe fikir, dia dah cuba yang terbaek, so tak apa, janji jangan putus asa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak ayah huda marah, sebab huda degil dulu haha. Entah apa berangan kan sampai repeat dua paper sekaligus. Nasib tak blacklist as student masa tu. Alhamdulillah diberi peluang sambung study till end hehe.

      Delete
  6. nice tips! teringin nak sambung belajar.

    may Allah ease everything for you! ❤

    ReplyDelete
    Replies
    1. InsyaAllah, thanks BV.

      Semoga urusan BV juga dipermudahkan. InsyAllah one day ada peluang untuk BV =D

      Delete
  7. kadang kita perlukan kejatuhan untuk bangkit lebih kuatkan , macam kawan saya .

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.