Cara untuk move on dan positive dari sesuatu keadaan/peristiwa

January 23, 2020


Assalamualaikum 

Hai semua,

Cara untuk move on dan positive dari sesuatu keadaan/peristiwa | Tiba - tiba ianya terlintas dekat fikiran, lantas aku ambil phone dan type. Seperti type message dekat whatsapp, tapi nyata tidak puas. Sebab tak nak buka laptop, aku teruskan type dekat phone je sudah memadai buat masa ni.

Move on ni, bukan sekadar move on sebab kau putus cinta je. Boleh juga jadi korang kecewa sebab tak dapat nak capai impian korang, korang rasa macam tak best sebab this and that, korang rasa kecewa dengan kawan korang atas sebab - sebab tertentu, korang rasa stress sangat sebab something happened, dan kalau nak list banyak sangat ye.


Bila kita belajar untuk move on, kita juga belajar untuk be happy dan positive.

1. Bagi masa pada diri sendiri dan belajar terima keadaan.
Kalau kita boleh please everyone dalam hidup kita, kenapa kita tak bagi ruang, peluang dan masa dekat diri sendiri? Biarpun ambil masa yang agak lama untuk berfikir itu dan ini, tapi itu adalah yang terbaik.

Appreciate diri. Sayang diri. Maafkan diri.

Dan ajar juga diri kita untuk terima sesuatu keadaan. Memang sukar, tapi slowly. Bila kita mula accept, InsyaAllah kita akan mudah untuk kawal sesuatu.

2. Belajar untuk positive.
Kena belajar untuk positive, sebab bila kita dalam keadaan sedih sometimes kita pun terfikir how to be positive back.  Cadangan aku carilah dekat google, baca buku motivasi, follow Instagram, telegram atau apa jua laman social yang memberi kata - kata positive, atau tanya pendapat someone yang kita percaya. Then kita ajar diri kita untuk bersikap positive terhadap sesuatu perkara. Memang susah pada mulanya, tapi cuba. Bila dah cuba, InsyaAllah Allah tu akan tolong kita lebih lagi jika kita berusaha terhadap sesuatu.

Bila penat, diam.
Semakin kita merungut, semakin kita rasa negative. Kurangkan merungut dan cuba untuk accept sesuatu keadaan yang sukar. Be positive, cool dan tenangkan diri moga kita dapat handle sesuatu dengan baik.

3. Ignore apa orang cakap.
If rasa sesuatu tu negative, ignore. Part ni susah ye, kadang - kadang kita termakan gak kata - kata orang. Tapi cuba tapis apa yang orang cakap. Ignore. Kalau rasa lemas, keluar dari keadaan tu dan tak payah dengar. Simple. Kalau terdengar, buat tak tau dah.

Kita ada ruang untuk memilih yang terbaik buat diri kita, jadi pilih.
Jangan please everyone dan let everyone yang buat keputusan untuk diri kita.

4. Cerita kepada mereka yang korang percaya dan someone yang positive.
Bukan setakat percaya je, tapi carilah someone yang mampu beri korang motivasi dan secara tak langsung, dia boleh naikkan semangat korang. Contoh terdekat, keluarga atau kawan baik.

Aku pernah berbual dengan beberapa orang rakan. Diorang cakap, even kita ni sendiri kena cari kawan yang positive, dan bukan kawan yang negative.

Bila kita cari orang yang positive, kita pun akan jadi positive.

Cari mereka yang tak judge orang. Tengok dan kenal dulu someone sebelum mula meluahkan sesuatu.

5. Jangan lupa cari Allah dan doa.
Cari Allah tu sangat penting dari apa jua. Apa yang aku listkan tu adalah beberapa usaha, even banyak lagi usaha yang korang boleh cuba. Allah pun minta kita usaha dan doa. Kalau sekadar doa, tak usaha macam tak ngam. Sama juga if kita nak berjaya, kena sinonim usaha dan doa tu, lepas tu barulah boleh tawakal dan serah pada Allah.



Kalau kita rasa negative sangat, sedih, untuk jadi positive even dalam keadaan apa pun, kita memang kena cari Allah. Korang try bagi masa kat diri korang untuk baca Yassin/ Al - Quran atau apa jua surah - surah favourite korang. InsyaAllah kat situ kita akan tenang sikit. Keep it routine, InsyaAllah lama - lama kita akan ok.

Malah, semakin kita dekatkan diri pada Allah, Allah akan tunjuk kita jalan dan cara terbaik.

6. Bercuti
Ambil lah cuti dan enjoy. Bercuti pun salah satu perkara yang boleh membantu kita rasa fresh dan tenang. Sebab dengan bercuti, kita akan lapangkan minda dan lupakan seketika apa yang pernah berlaku. Bila kita dah rasa tenang, kita senang dan mudah untuk handle sesuatu masalah.



Kalau takde ruang untuk bercuti, korang buat je apa yang korang suka. Yang penting, apa yang korang buat tu tak langgar syariat Islam. Masih lagi dilandasan yang betul. Have fun dan ajaklah kawan korang bergembira. Dengan cara ni kita pun boleh tenang dan dapat fikir dengan rasional, secara tak langsung dapat move on dan bersikap positive terhadap sesuatu perkara.

p/s : Huda suka share benda macam ni sebenarnya untuk ingatkan diri sendiri and future boleh refer balik.

Ok, huda rasa 6 tu adalah perkara basic untuk move on dan positive. Mungkin korang ada tips. Kalau korang ada tips, boleh juga share dekat ruangan comment ni, hehe thank you.

46 comments:

  1. so true, BV dah amalkan benda2 macam nie tahun 2019. so harap tahun 2020 nie pun dapat buat macam nie. love myself more and do good things :D

    happy new year!

    ReplyDelete
  2. Thank you for this. I really need this even I sendiri pun pernah blog about this, but bila kena diri sendiri, I sendiri cpouldn't even help myself with it.

    ReplyDelete
  3. thank you thank you thank you. this is a good post.

    ReplyDelete
  4. Bagus blog post ni. Ada yang payah nak move on setelah jatuh berkali kali tapi kita kena juga bangkit dari kejatuhan tu. Berapa lama nak meratapi kesedihan itu....tapi tu lah cakap memang senang tapi diri sendiri yang nak kena kuatkan diri. Yakin diri....pasti boleh!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, anyway kita yang kena strong sebab no want yang dapat strongkan kita more then diri kita. Mereka hanya membantu beri motivasi dan semangat sedaya mereka, selebihnya kita.

      Delete
  5. Nak move on kena positif, tajuk Farah tu dah tau dah apa yang mesti kena buat, so positif dan move on. Kalau negetif selalu, memang tak kemananya..khennnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu sis, macam sis pernah cakap dulu dengan huda. I still remember

      Delete
  6. Betul. Move On is the best revenge hahaha. Paling penting kena ingat Allah swt sentiasa ada dan ujianNya adalah tanda kasih sayangNya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul. Allah uji kita sebab Allah sayang kat kita.

      Delete
  7. Betul tu... Be positive.. Nanti segalanya juga akan menjadi lebih baik dari hari ini. Tak perlu memikirkan perkara negatif lama-lama. Ubah persepsi diri dengan sentiasa memikirkan perkara positif. Salah satunya yang dah sis Farah bagi.. Memang terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul juga, kita kena huda persepsi kita sendiri dan kena selalu be positive.

      Delete
  8. betul sangat, tips ni berguna bukan untuk move on dari pasangan je tapi move on dari friendship yang toxic or maybe family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul. kat mana je, dengan sapa je kita kena positive

      Delete
  9. Good post. These are the things I do too to keep my mind positive. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  10. setuju sangat dengan semua point kat atas ni. terima kasih atas perkongsian. semoga kita lebih kuat dan sentiasa jadi positif untuk masa depan kita yang lebih baik.

    ReplyDelete
  11. terima kasih. alhamdulillah ada beberapa cara yang memang saya guna untuk move on dari perkara2 yang sebegitu.

    ReplyDelete
  12. Info yang sangat bagus. Betul tu..apa2 pun kita kena move on jika hadapi dugaan. Mmg mula2 bukan senang tapi InsaAllah lama2 kita akan terima kenyataan. 1 sampai 4 tu mmg terbaik

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, bukan senang at first tp bila kita cuba InsyaAllah

      Delete
  13. True indeed! Kena positif dan move on! Bukan tak boleh down cuma jgn down terlalu lama. Amik masa utk diri sendiri dan bangkit lah

    ReplyDelete
  14. Thanks for the tips. I bet you have your own experience kan nak move on. Kalau tak, tak share macam ni. I hope semua mampu untuk move on dari pengalaman yang bad dan terus maju dalam hidup

    ReplyDelete
  15. Kadang sebagai manusia biasa kita memang tak boleh move on kan. Bagus berkongsi tips ni untuk move on dalam hidup

    ReplyDelete
  16. Betui.. Setuju dengan tips move on ni... Memang penting utk kita bg ruang utk diri kita sdri.. And xsalah kita please diri kita dlu dr please org lain kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, kita perlukan ruang utk diri sendiri

      Delete
  17. Thank you share. Marina memang suka stay positif. Kalau tak stay positif, hidup makin stress je

    ReplyDelete
  18. Ya semua betul.. Hidup ni kene move on.. Jangan difikir.. Banyak lagi bnde happy kita boleh buat.. Sangt rugi kalau tak move on..

    ReplyDelete
  19. Kita suka perkongsian gini. Sangat memberi motivasi sesama kita. Walau positif mana seseorang itu, sesekali dia akan rasa down juga. Huhuu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. walaupun down kena juga make ourself positive

      Delete
  20. Bagus semua ini tips berguna untuk move on yang last tu kita paling suka pergi bercuti hehehe menarik ni kena juga sebab sekarang stress juga ni hehehe...

    ReplyDelete
  21. thanks info ni bagus untuk kita terus move on, kalau lama2 sangat merenung benda tak best memang tak best jadinya

    ReplyDelete
  22. Nak move on ni kena kental.. Hati tu kena pikirkan masa depan.. Jangan terlampau memikirkan benda yg xpasti.. Contoh paling senang putus dgn boyfriend or putus tunang. Selagi xmove on selagi tu la benda tu melekat kt kepala kita nnti hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu. bila fikir sgt pening kepala. so kena move on

      Delete
  23. yang penting, be positive dan ingat Allah selalu ada...kannn

    ReplyDelete

Powered by Blogger.