Assalamualaikum, =D
Terasa lama nak buat entry macam ni, sebab aku suka main dengan warna pallet, since aku suka edit blog dulu (end 2011 - 2016, ni paling active edit blog sendiri).

Aku memang akan gunakan colour pallet dari computerhopehtml, setiap kali nak edit warna - warna dekat blog aku. Even now, kalau ada warna pallet takde dalam Canva (since guna free Canva), aku akan guna juga code colour pallet dekat sini.
P/s: aku edit suka - suka jer, aku bukan designer ke apa. Tapi minat kot. Kalau buat banner simple pun untuk blog je. Kadang, bila suka - suka main colour pallet ni, rasa mood aku “hidup”, hahaha.
So back to the topic, apa kaitan dia dengan pemilihan warna baju dan tudung (daily use). Ada, benda tu related sangat, sebab warna bukan sahaja pilihan visual. Warna juga boleh mempengaruhi mood,gaya dan personality seseorang. Acehhcehhhh, pandai je aku bebual ek. Tapi secara personalnya, aku memang jenis suka main warna pakaian dalam kehidupan harian aku, terutama bila pergi office & keluar rumah.
Dan aku memang percaya, yang setiap orang ada warna kegemaran masing - masing. So apa warna kegemaran korang?
Trust me, warna ni sangat memainkan peranan in daily use. Contoh,pagi tu korang nak pergi kerja mesti korang fikir, ok hari ni nak pakai baju apa? Tapi mesti korang akan terus pilih, ha warna apa yang sesuai aku pakai hari ni, betul tak?
Sebab warna ni, dia boleh mempengaruhi mood, dan boost keyakinan diri kita. Dan secara tak langsung, automatic kita akan rasa confident.
Contoh, warna cerah boleh buatkan kita rasa lebih bersemangat hari tu. Warna lembut pula, boleh buat kita rasa tenang.

Contoh pemilihan warna :
Pink - nampak lembut, tapi kadang boleh jadi bold juga
Hijau - Warna tenang, segar, warna pokok (bila tengok rasa tenang)
Biru - Tenang, warna laut
Maroon - Nampak matang dan Elegan
Contoh padanan warna dari segi daily use
Baju pink - boleh match dengan tudung pink (soft, nude), nude colour, beige, chocolate
Baju maroon - boleh match dengan tudung warna soft nude, soft beige,soft chocolate,soft grey
Baju Biru - Tudung warna Soft Grey, putih,navy,soft blue
Baju Hijau - match dengan tudung warna earth tone - contoh, chocolate, nude.
Putih - Nude colour, putih,
Apa pun, tengok baju tu bercorak ke plain. Kalau bercorak senang, match je dengan warna corak baju tersebut. Kalau baju plain, match dengan tudung bercorak pun ok. Tapi kalau baju plain, biasa tengok nak match dengan warna apa. Contoh, warna baju dah cerah jadi tudung better warna lembut sikit. Supaya tak nampa bold sangat.
Sebab tu perempuan banyak beli baju dan tudung kan? Hahaha. Sama la kita wak, tudung kita banyak. Tapi recently kita suka kumpul tudung warna earth tone, dan nude (daily use). Ni warna terpaling senang match sekarang tau (pada pendapat saya).
Kesimpulannya, warna ni boleh effect mood kita, dan cara kita bawa diri pada hari tu. Aku suka, sebab Ada some colour yang aku pilih, boleh effect mood aku hari tu. Korang macam mana? Apa warna favorite korang?

nice sharing.
ReplyDeletedalam pemakaian pun kita kena pandai match warna takdelah orang panggil traffic light lah 😒 . Memang ada orang suka hentam fashion orang lain kadang kadang .
ReplyDeleteWarna dalam hidup Eza, paling penting baju kaler apa nak dipakai hari Isnin. Isnin kena guna warna bold, sebab Isnin selalu busy yang amatttttt. So, warna yang bold akan buat Eza strong. Ini just pendapat Eza je la. Hihi.
ReplyDelete