Bila terdengar lagu Kumpulan Wali teringat PLKN dan Pengalaman PLKN

Farah
6
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Actually huda tengah dengar lagu Kumpulan Spider. Tiba - tiba ternampak lagu - lagu Kumpulan Wali dekat waiting list youtube tu. Huda tekan and dengar. Tengah dengar tu, teringat pula kenangan - kenangan kat PLKN. Well kita kan kalau ada lagu - lagu memori tu, mesti teringatkan. Kenangan kat PLKN yang sangat tak boleh dilupakan ok, walaupun dah 10 tahun berlalu. 




Wali Band. Time ni pergi balik dari kem ke tempat latihan menembak kemahen la diorang nanyi lagu ni dalam bas. Siap request kat pakcik yang bawa bas tu hahaha. 

Oh ye, lagi satu lagu yang sangat lekat dan huda suka sampai sekarang. Lagu Hijau, yang dipopularkan Zainal Abidin. Setiap kali kelas CB, mesti huda rasa nak nyanyi. Tapi control la diri, dari dorm nak pergi kelas CB tu kena kawat. Kawat kena serious. Main main nak kena denda ke? haha.

Kenangan PLKN - Kem kat Pekan Pahang
Bila tengah tulis entry ni, tiba - tiba teringat hari tu ada terbaca article tentang PLKN hari tu. Tapi time COVID ni aku tak suggest la hehe. Sebab tengah COVID kan, but after COVID, and ekonomi dah ok sikit, aku sokong! Serious aku sokong. 

Ada yang cakap PLKN ni membazir. Nampak memang membazir, tapi sebenarnya pada aku kerajaan membantu untuk anak - anak ni develop skill, develop diri, develop keyakinan diri, dan banyak lagi. 3 bulan tu pada aku tak cukup, tapi yelah dah tempoh macam tu kan, so kita follow. Banyak sangat benda yang kita belajar masa kat PLKN. Cikgu kat PLKN semua baik - baik, cuma garang. Kau janganlah buat pasal, sampai kena denda, memang kenalah korang satu team. 

Paling kena jaga, jaga bendera kumpulan korang. Berani lah hilangkan, atau letak merata. Jaga. Kekadang nak letak kejap pun, cikgu nampak dan rasa korang letak bersepah cikgu ambil, lepas tu denda. 

"Si Huda konon sedih dapat PLKN kat Pahang, tapi bila balik ha dia antara yang sedih nak tinggalkan kem, haha drama kau..."

Sekali dapat PLKN terus nuhhhhh kat Pahang sana. Masa dapat suratkan, rasa macam "why me why me?" "Kenapa dapat kat Pahang? Kenapa jauh sangat nama aku tercampak? Jauhlah nak jumpa parents aku", bla bla blaaa seorang huda bermonolog sendiri. Tapi nama dah naik, memang kena pergilah. 

Pengalaman sepanjang PLKN pada aku best sangat. 3 bulan tak cukup, haha. Aku rindu gila nak belajar kawat, nak buat TTS, nak main flying fox, apa yang permainan gayut monyet (haha lupalah, tapi memang nama latihan tu monyet apa entah), latihan menembak, dan macam macam lagi. Yang kena denda tu tak rindu, tapi benda tu yang mengajar aku dan team. Belum cerita kena jadi "jaga/guard", hahaha. 

Kiteorang ada schedule, rotate setiap dorm. Aku paling seram kena berjaga and tengok kawasan tengah malam (pukul 12-1), atau group ke3, nak dekat subuh. Lepas tu, kena masuk kira bebudak. So setiap kumpulan akan rotate la. Lepas tu siap kirim kat cikgu, beli jajan/cikedis la dulu masa dok PLKN. Kat kelas CB pun have fun gak tau.

Kelas CB ni adalah kelas character building. Hurm sapa lah cakap PLKN ni membazir. Nampak macam membazir, tapi for me la ek as someone yang dah pergi PLKN. PLKN ni tak membazir pun, dia develop skill, develop rasa semangat bersukan, and banyak benda dia develop kat diri pelajar. Kalau dengar anak - anak kena denda kat PLKN tu biasalah. 

Ada beberapa cerita kena denda. Kena denda ni bersebab lah, mana ada orang nak denda kau tanpa sebab. Paling tak best, janganlah kau letak bendera group kau bersepah confirmlah kau and team kena denda. Aku and team bravo (nama group), kena denda. Denda tak adalah teruk, tapi masa tu nak nangis jugalah dalam hati cakap, "bila nak habis PLKN ni". Paling ingat time bendera hilang, kena denda tukar baju PLKN yang ada 4 helai banyaknya + baju kurung (baju nak pergi surau). Setiap kali tukar baju tak sampai 5 minit. Cuba bayangkan kalau pakai baju kawat yang warna biru tu, dengan boot dengan apa, mana sempat kurang dari 5 minit. Lepas tu dalam masa 1 minit dah siap lapor diri kat cikgu! ni semua salah budak lelaki, bendera letak sepah - sepah. Kan dah kena curi dengan cikgu, lepas tu cikgu denda. haiyahhh. Kena denda tulis 1000 perkataan bendera hilang ok lagi tau. 

More info kelas CB - http://izzatzaid.blogspot.com/2011/03/plkn-modul-cb.html

Bebudak PLKN ni memula tak nak pergi, bila dah sampai sana enjoy! Lepas tu nak balik nangis - nangis. Apo? hahahhaaaa. Aku la tu one of it. Rindunyaaaaa. 

Kalau dapat PLKN tapi dapat sambung study macam mana?
Awok kena contact dulu orang PLKN kot, tanya how. Call them. But mostly kawan - kawan PLKN masuk kem PLKN dulu. Then dapat call, ada je diorang pergi dan stop PLKN. Dengar cerita macam kena buat surat juga, sebelum keluar kem. Tunjuk surat dari Universiti. Tak silap I macam nilah. Macam huda, dari bulan 3 tu sampai bulan 6 kot huda stay. Bulan 10 ek, terus masuk collage. Awak bayangkan lah ek muka saya hitam gilaaa masa tu, then terus masuk collage. Muka huda kalau sunburn memang teruk tahap tak boleh bawa bincang haha. 

Perception Panggilan 1,2, dan 3 tu lain - lain.
Dulu kan before pergi PLKN, selalu terdengar pasal perception yang kalau panggilan ke2 dan ke3 ni budak yang tak ok. For me, tak kot! Huda dapat panggilan ke-2, huda tengok ramai je ok. Adalah buat hal, tapi ala biasalah tu. Budak kot, baru 18tahun. Berani lah buat hal lebih - lebih, nak kena denda apa dengan cikgu? hahaha. Relax lah perception panggilan 1, panggilan 2, panggilan 3 tu sekadar perception. Sudahnya sama je semua. Yang penting enjoy je kat PLKN. 

tukar - tukar biodata dan sign kawan - kawan. 
Peh ini kenangan tahap paling seronok. Yelah, kat PLKN jangan haraplah dapat pegang phone. Dapat pegang phone setiap weekeed. Sabtu dan Ahad. Ahad tu dah kena pulang phone. Ingat lagi, dulu nak ambil phone pun kena kawat, tunggu kat padang kawat tu. Nanti cikgu bawa la phone korang. time tu nak call parents ke, kawan silakan. 

So disebabkan tak ada telefon, inilah masanya. Korang kena ada satu buku khas untuk bertukar - tukar biodata dengan kawan hahaha, pehhh seronok eh masa ni. Baik lelaki dan perempuan. Sign pun sama. Habis je PLKN, sampai ke baju lah kot orang minta sign. Aku pun korbankan satu baju kelas CB aku tu, minta sign kat kawan - kawan satu CB4. Yes dulu aku kelas CB4, team Bravo. Fuh, ingat lagi haha. Time ni memang enjoy gila ok.

Ok tu je kisah throwback hahaha. Ni semua kes terdengar lagu Wali. Huda boleh teringat pulaaaa nanyi sesama dengan bebudak ni PLKN tu. 

Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Sis banyak lagu yang mengamit kenangan tapi kadang taknak dengar, nanti nangis dan mood terus ke-laut kang...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis. kadang ada beberapa lagu menggamit pun huda sedih gak

      Delete
  2. Rindu PLKN! Kalau diberi peluang lagi nak masuk ke tak, yes nak sangat sangat haha!

    lenne | lennezulkiflly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan. best, macam nak repeat juga tapi boleh ke? hahhaa

      Delete
  3. Haha lagu Hijau tu wajib ye hampir setiap pagi akan dengar lagu tu. Alaa rindunya PLKN :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes, setiap pagi masa kelas CB. memang wajib ada hahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !