Bersungguh edit video dan buat content untuk Youtube

Assalamualaikum, =D

Hye korang. Aku tak adalah pandai sangat edit video, masih lagi dalam proses pembelajaran. Sebenarnya, aku agak gentar untuk cakap depan umum dan camera. Tapi kekadang aku saja cabar diri untuk berbuat demikian, kalau tak buat then sampai bila kan? 

Aku belajar buat video ni since masa aku kat collage. Tapi video aku, semua simple - simple jela. Doakan aku dapat improve buat video ye. Sebenarnya kalau bab buat video, editing dan writing ni, memang kena selalu practice. Orang kata, practice make perfect. Kan?

Bersungguh edit video dan buat content untuk Yotube

Dijadikan cerita, disebabkan handphone aku dah 'super duper berat', dan tak mampu nak tampung video dan gambar yang banyak, jadi aku ambil keputusan untuk just edit video. Dalam masa yang sama, aku memang dah plan since last week untuk buat video unboxing. 

Semalam update, sampai berapa kali bateri aku merah terus. Beria seorang huda buat content hehe. 

Edit 2 video ni, ambil masa around 2 hours. Ye nampak simple, tapi nak cut sana, nak cut sini, nak bagi nampak jalan cerita supaya orang faham. 

 Content personal dan advertorial is done published dekat Youtube Channel byfarahh. Jemput singgah semua. Thanks.

Masa edit video, aku terfikir how Youtubers dia spent time untuk buat content dia? Sebab aku buat weekend je, memang rasa macam kena stay and focus untuk edit video. Hahaha. Huda jenis content all for my blog story. 

Sebabkan, for me nak record, nak edit itu ambil masa. 
Sama juga dalam writing, ambil masa. 

But we still enjoy what we doing now =D

Baca juga entry : Pengalaman Pakai Braces 

Aku tengah belajar nak buat video tiktok.
Video tiktok yang berdurasi pendek tu, memang senang nak buat. Ala record then buat jelakan. Tapi banyak lagi kena belajar. Actually kawan aku yang ada business, nama dia Farah juga yang suggest untuk aku buat tiktok, dan tengok trend dekat sana. 

Dia gigih buat tiktok aku tengok, hihi. 

Hari tu aku buat video unboxing yang paling ringkas dalam short video. Nak plan buat video tu pun rasa macam adehhh, 30 minit juga aku take time untuk siapkan video, berserta idea dan jalan cerita yang aku plan secara langsung.

For me dalam produce video or any content, memang idea tu akan direct datang. Sama macam kalau aku edit video dekat Youtube Channel aku. 

Gigih seorang huda buat content, once ada idea. 

Kekadang kegigihan tu bukan apa, nak orang percaya pada blog kita. Betul tak? 

Kita owner, kita penulis pada blog tersebut, mestilah kita akan buat yang terbaik bukan? Aku masih cuba dan masih belajar. Semoga seorang Huda, rajin lah untuk keep updating blog dia satu ni haha. 

5 comments:

  1. Replies
    1. hehehe tak adalah rajin sangat. Bila ada idea je huda update youtube

      Delete
  2. saya pun buat video juga untuk Youtube tapi khas untuk game. Kali ni nak buat video untuk journal pula. Wish me luck.

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.