Pengalaman dan tips nak dapat job atau collaboration secara online dengan blog

Assalamualaikum, =D

Hye korang, so hari ni aku nak share sikit dengan korang macam mana aku dapat job secara online. Job ni kekadang bukan dengan wang ringgit, kekadang dapat voucher (shopping free), kekadang dapat product, atau tengoklah macam mana orang nak offer. So far aku ada dapat job berkaitan fashion, beauty, and now makanan hahhaa. 

Aim blogging, berangan nak jadi penulis.
Aim blogging, sebab aku nak jadi penulis. Hahahaha nampak tak, acah - acah mak jenin seorang huda ni kan? Bila nak jadi seorang penulis, mestilah nak cari readers. Konon blog ni,  platform aku lah cari readers. Jap, aku nak gelak kalau tulis macam ni. Tapi Allah dah tulis, and set untuk aku jadi blogger part time.

Alhamdulillah dari zaman belajar sampai ke kerja ni, aku still part time blogger.

Comel takkkk saya punya header dulu - dulu masa active blogging?
Dulu tiap tahun semangat tukar template dan header baru. Dah tua ni MasyaAllah, tak tahu mana hilangnya kerajinan itu?

Doodle comel tu I tempah RM5 je. Lain memang buat sendirian berhad ye. Edit sendiri, buat header sendiri. 

Pengalaman dapat Job Blogging secara online
Aku pun tak tahu macam mana blog aku ni, boleh buat orang tertarik. Maybe dengan header comel I kot?haha. Atau maybe juga ada gambar Jang Guen Suk? tak tak, aku gurau je. Serious sapa kenal aku dari dulu, memang gambar Jang Guen Suk acap kali bertukar dekat bio aku ye. Kawaiii blog I dulu ehhehehee. 

Sejujurnya, aku pun tak tahu macam mana diorang boleh nampak, yang blog aku ni boleh buat ads. Serious. Since dapat first dapat job, time tulah baru aku rasa blog ni boleh go. Dan lagi semangat aku nak blogging.

Pengalaman pertama dapat collaboration masa tu, tak silap tahun 2013 kot. Dia PM kat FB, minta review ice watch. Lepas tu, Zalora offer 2014 (second collaboration/job blog I dengan company). Masa ni Zalora memang offer blogger - blogger untuk buat review, lepas tu dapat lah reward shopping dengan voucher. Dari situlah first time shopping kat Zalora Malaysia. Lepas tu 'berjodoh' sampai sekarang dengan Zalora Malaysia. Alhamdulillah.


Page Collaboration/Advertisement byfarahh (tapi tak update pula hehe).

Basic tips active blogging/Tips nak dapat job online.

1. Aim nak buat blog sebab apa?
Blog ni adalah laman social sama je macam Facebook, Instagram, Twitter. Cuma for me cabang dia lagi meluas sebab ianya macam laman web.

Nak menulis suka - suka? Nak meniaga? Nak cari duit online? Boleh je dengan blog. 

Blog pun ada banyak platform. Ada WordPress, Squarespace, Medium, Blogger, Wix, dan ada lagi beberapa platform yang korang boleh pilih. 

Huda guna platform blogger.

2. Minat blogging, minat menulis.
Untuk consistent dalam bidang blogging, memang kena ada minat. Minat yang sangat mendalam dengan bidang penulisan.

Bila ada minat, baru jatuh cinta, and akan minat pada namanya 'blog'.

Blog ni kena consistent ye. Bila orang nampak kita consistent, barulah orang yakin nak bagi kita job.

3. SEO - Search Engine Optimize.
Korang kena belajar SEO ni. Penting. SEO inilah yang membantu kita untuk kekal dekat Google guys. Bila mesra SEO, korang guna keyword yang bagus, jadi orang senang nak singgah blog korang.

Yang SEO ni, kena google. Banyak sangat laman web/blog yang share. Kalau in Malay, aku suka Hasrul Hassan. Since awal blogging aku memang follow tips dari Hasrul Hassan, dan beberapa blogger lain yang share. Ramai je yang share pasal SEO ni. 

SEO kena apply dekat blog. Sampai sekarang huda masih belajar pasal SEO. 

4. Tips dan tutorial blogging.
Ini pun penting ye, in order korang nak active blogging. Korang google je apa yang korang nak ada dalam blog korang, InsyaAllah ramai blogger yang share tips dan tutorial blog.

Kenapa korang perlu tahu? Yelah at least bila blogging tu, 'tak kosong'. Ada juga ilmu pasal blogging walaupun basic. Bila ada sedikit pengetahuan blog, lagi semangat nak blogging sebab faham how to?

5. Active blogging, rajin update blog
Sebenarnya ni terms paling penting. Sekarang kalau nak jadi insta famous pun kena active, kena selalu update. Sama macam blog, kena selalu tulis entry/update. Biarlah orang cakap kau nak syok sendiri, at least awak tahu apa awak buat?

Dalam active berblogging ni, banyak sangat step kena follow sebenarnya. Itu yang korang kena explore tips dan tutorial blog. Barulah syokkkk nak blogging.

6. Join Community Blogger
Community Blogger ni banyak kat Facebook. Korang cari jelah group blog, mesti jumpa. Aku start blog dan rajin blog, sebab aku join community blogger. Walaupun secara online je guys. 

Tu yang simpan hasrat, kan best kalau dapat jumpa blogger aku minat depan - depan. Ramai ye blogger yang saya minat masa saya active blogger, even until now. Alhamdulillah aku dah jumpa beberapa orang blogger yg aku minat tengok blog dia.

Dengan community blog dekat Facebook ni, korang boleh share korang punya link blog. Korang boleh 'promote' entry korang, walaupun korang tulis entry peribadi tentang diri korang, atau tentang apa korang suka. Share je. 

Sekarang lagi banyak medium yang korang boleh promote blog korang. Instagram, Twitter. Name it? Semua boleh, share aje. 

So far ni jela benda basic yang aku buat. 

7. Ping Blog
Dulu aku rajin ping blog. Aku lupa lah laman web apa tu. Kat situ memang boleh ping blog. Ping blog means, share entry blog kat situ. Ianya sama macam kalau kita share entry dalam Facebook. 

8. Investment masa dan duit.
Nak blogging, nak active? Korang memang kena luangkan masa korang bersocial secara online. Memang penat. Tapi bila ada minat yang mendalam pada blog, passion korang more kepada menulis, penat tu akan hilang. Sebab bila dah minat, korang sanggup invest masa dengan blogging.

Investment duit? Yes, ada juga. Kalau korang nak ada domain sendiri (dot com), kena invest lah certain amount. Kalau nak ada storage sendiri pun kena invest. Storage ni kegunaannya untuk simpan semua data dalam blog korang. Protected lah kiranya. 

p/s: aku ada domain after aku kerja. Sepanjang belajar memang guna domain blogspot tu jelah. And rajin update blog.

Aku banyak active kat Facebook dulu. Nak cakap hari - hari kot aku ping entry kat FB. Ala nama kata syok sendiri, haha. Maybe orang interested dengan blog aku pun dari FB kot. Aku rasalah. Sebab banyak tetiba aku dapat email. 

Sekian pengalaman dan tips secara ringkas nak dapat job online. 

Baca juga : Pengalaman jadi blogger part time since 10 tahun lepas.

8 comments:

  1. nice tips..tq huda sharing..boelh la akk cedok sikit2 tips yg huda berikan...skg pn tengah belajar nak karang ayat pnjang2 mcm huda..hihihihih =)

    ReplyDelete
  2. wah bestnya pengalaman sis...nice2

    jom join giveaway saya https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2020/12/digital-arts-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. Wah banyak tips kat entry ni. Eza baru mengorak langkah. Harap konsisten type entry selalu.

    ReplyDelete
  4. Nasib baik tak pencen awal. Blogger sekarang tengah laku n relevan digunakan ntk promosi produk.

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.