" Random story ala - ala diari - FARAH

Random story ala - ala diari

by - November 22, 2020

Assalamualaikum, =D

Random story ala ala diari | Jarang kan korang nampak huda tulis diari. Ok hari ni huda nak share random story. Hai maklumlah, last week rasa macam so lazy nak buka laptop. Balik kerja dah rasa penat, dan nak rehat. Dalam rehat tu, tangan dok scroll juga instagram dan facebook kau! Rehat apanya, penat juga mata aku dok tengok screen tu.

Baca buku dan novel
Aku akan luangkan masa untuk baca buku motivasi, atau novel di masa lapang. Itu memang hobi aku since dulu, membaca. Dari membacalah, aku tetiba rasa nak menulis sampai sekarang. Biasalah, huda kan suka acah - acah menulis haha. 

Yes, aku dah habis baca sebuah novel yang aku beli awal November ni. Mai ai, sampai dekat sebulan kot aku ambil masa. Kalau dulu masa zaman gila baca novel, dalam seminggu tu aku boleh baca sampai 3 novel sekali. Tapi since belajar kat Pahang beberapa tahun lepas, aku dah tak sempat nak baca. Mana hilang mood baca novel ni, tak tahu. Walaupun begitu aku masih juga curi masa, dan paksa membaca supaya momentum tu tak hilang.

Novel ni pada aku, just for fun je. 

Selain novel, aku kekadang baca buku motivasi juga. Buku motivasi ni, aku akan push juga untuk take note something important, walaupun sebenarnya aku liat nak buat macam tu. Tak selalulah aku akan take note bila membaca. Cuma kalau ada isi penting je, baru aku berbuat demikian.

Aku suka juga baca buku yang memberi motivasi, sebab ianyan boleh buat kita rasa lebih confidence dan positive.

Yelah apa lagi aku nak layan selain dari buku. 
At least ada juga rasa positive kan, haha.

Siapa yang nak buat kita confidence, kalau bukan diri kita?
Kadang - kadang, kita memang kena paksa diri kita untuk stay positive. Sebab kalau kita tak positive, ha siapa lagi? Kalau kita tak buat diri kita rasa confidence, siapa lagi?

Buat Q&A dekat IG berkenaan dengan confidence. 
Actually aku ada berbual dengan kawan aku, before aku buat Q&A ni. Maybe, sebulan lepas. 

Bila teringat perbualan tersebut, aku terus buat satu Q&A. Actually saja nak attrack followers kat IG aku. 

Soalan aku macam ni - Apa yang korang akan buat untuk kelihatan yakin dan bergaya? 

Jujurlah, tak ramai pun yang reply. Tapi aku tetap berterima kasih kat kawan - kawan baik aku, yang share pendapat dan cara diorang. Siap ada dm aku, dan explain panjang - panjang. 

Aku suka ayat seorang kawan baik aku ni, "kalau kita makeup or pakai baju lawa, tapi diri rasa tak confidence pun susah juga" - ayat ni kan dia nampak simple, tapi meaningful. (CC to one of my bestfriends Ms NBEL).

Betul juga kan, kau pakailah cantik macam mana pun tapi kalau tak rasa confidence, atau acah - acah rasa confidence pun, tak boleh juga.

Ok nanti aku nak buat satu entry, dan share dengan korang Q&A tu dengan korang tau.

Bila mouse rosak, mood nak update blog pun tergendala.
Wireless mouse aku ni, malam nilah dia nak buat hal. Malam ni lah, dia nak rosak. Aku baru nak feeling - feeling menulis article advertorial, sambil tengok Gegar Vaganza. Tergendala terus, hurm. Untuk mengubati kerinduan menulis blog, terus aku buat diari ni tau.  Ok dah lepas rindu nak menulis. 

You May Also Like

11 Comments

  1. Your Q&A idea is interesting! Memang betul kata kata tu. Lenne always kena rasa confident dulu baru boleh step out of my house. Kalau rasa macam awkward bila kat luar tu sanggup balik rumah, tukar baju or tukar style makeup :D

    lenne | www.lennezulkiflly.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. huda pernah sekali gak, rasa macam tak kena. padahal dah siap, cepat cari yang boleh kena dengan tema huda pakai hari tu hahahaha

      Delete
  2. Story ringkas macam ni kadang-kadang bila baca balik buat kita teringat je. Haha sometimes seronok jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes betul, kekadang tulis macam ni seronok sebab boleh jadi diri kita hehhee

      Delete
  3. hahhaahah ..mouse rosak ehkk.. huda ... be confident... huda boleh.. huda just perlu buat something yanh huda rasa malu nak buat ... tapi jgnlah bogel pulak 🤣🤣🤣 wish you be more and more confident... Last.. Proud to be Yourself 😍

    ReplyDelete
  4. salam. dah lama x BW here. btw, cantikla blog awak. jemput ziarah blog saya :) https://nikiyhsa.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks awk hehe. nanti kita balas kunjungan =D

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D