Pengalaman Beli Baju Ala Korea dekat Shopee | Tips beli baju ala korea dekat Shopee

Assalamuaikum =D


Hi korang. Korang risau nak beli baju online? Anda tidak berkeseorangan, sebab huda pun the one yang tak yakin nak beli online, sebelum ni. But since Huda dah lama 'berangan' nak ada baju ala - ala korea, tu la I decide terus beli kat Shopee. 

Lama tau huda fikir, huda asyik dok scroll shopee. Orang cakap, jangan terlalu lama kau pendam perasaan nanti kau stress. Eh, tu macam lain hehe. Disebabkan dah terlalu lama fikir, lepas beberapa hari dok scroll scroll “window shopping” dekat Shopee tu. Last - last huda beli juga.

So huda pun, decide terus beli 3 helai terus. Dah 3 colour tu je ada pun. Huda beli plus size. 2size bigger then me. Sebab bila baca comment, mereka cadangkan untuk pilih saiz besar sikit, supaya kelak kita tak kecewa.

Pengalaman Beli Baju Ala Korea dekat Shopee
Alamak, mask tersenget kenapa sis tak perasan ek? malu saya. 

Ok back to the topic,
See, harga murah sangat kan?
Kain dia jenis nipis, kalau peluh nampak. Korang kena pakai inner. 

Inner tu beli jangan ler tebal sangat, nanti korang pula tak selesa. Beli normal inner jer, sekarang RM10 - RM15 dah boleh dapat inner. 

Huda jenis 'lasak' juga, kerja luar. Jalan berapa step 1 hari, ke hulu - ke hilir siapkan kerja. 
So far memang memang tak nampak peluh, bila pakai inner sekali. 

Tips beli baju ala korea dekat Shopee
Huda beli 4xl tau. Sebab macam huda cakap, huda nak baju nampak 'loose' macam korea
Sebenarnya huda ok kalau amik 2xl, tapi aii tak jadi style korea lah haha. 

Pada huda 2xl = xl (Normal size kat Malaysia). 

Sebab huda XL enough, kalau normal size tu. 


Tips nak beli baju style korea kat Shopee, 
1. Tengok size, dan agak - agak ukuran tu ok dengan korang.

Tips beli baju ala korea dekat Shopee
Ini ukuran yang diberikan. 


2. Baca comment. Ni paling penting ye **, sebab ramai sangat pengguna yang share pengalaman diorang. 

Tips beli baju ala korea dekat Shopee
contoh comment pembeli. 
Huda tak comment, bagi 5 star jer hahaha. 



p/s: sebelum beli, huda memang baca comment dulu. Lepas yakin, baru lerrr huda click item dan beli. Gitu. 

3. Tengok berapa orang dah beli. Kalau ramai gilaaa beli, then korang boleh cepat - cepat click item dan beli. 

Tips beli baju ala korea dekat Shopee
900 sold, oklah. 
Means ramai juga yang beli. 
Tambahan pula, comment comment memang ramai sangat yang cakap ok. 

p/s: jangan lerr beli baju murah macam ni compare dengan baju mahal, haha. 
Tapi oklah. Aku beli untuk pergi kerja je pun. 


4. Kalau nak cepat, pantas service penghantarannya. Beli dengan local supplier. 
Huda beli baju ni dengan supplier kat KL. 

Tips beli baju ala korea dekat Shopee
Kalau ada discount tu, korang tebus je. Hehehe. 

Tekan Link untuk beli - octofuture

Pengalaman Beli Baju Ala Korea dekat Shopee
Conclusionnya memang best. Senang nak gosok satu hal, tak adalah renyuk sangat kalau duduk. 

Kalau korang berminat boleh beli. 

Selamat Membeli guys.

22 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. peminat korea sungguh ni. ok sangat tu huda..

    ReplyDelete
  2. nampak kemas pakai baju ni.. cantik!

    ReplyDelete
  3. Memang cantik la baju gini. Rawlins pula sejenis takut silap saiz kalau beli online hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tulah, pernah juga huda tersilap beli. Size Salah. Tp huda jenis skrg malas nak shopping fizikal kadang. Tu kadang online je, try and error sampai berjaya dapat size tepat

      Delete
  4. Suka tunic yang panjang macam ni. Boleh menutup bon bon. Hehe. Suka baju yang material yang menyerap peluh. Cuaca kat Malaysia ni memang panas so baju pun kena la yang serap peluh. Baru la selesa pakai kan dengan cuaca kat sini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan betul. Huda pun suka tunic ni. Maklum umur dah masuk 3 series, so minat pun dah berubah hahaha. Baju ni a bit nipis, selesa even pakai dengan inner

      Delete
  5. Cantik baju ni. Betul tu kalau nak beli kene baca komen dari pembeli lain jugak. Iena akan klik jugak komen yg star sikit tu nak tau knp dia bg star sikit then tgk gambar yg pembeli upload. Dari gambar pon blh dpt ta u baju canfik ke yak. Sama ke tak mcm dlm gambar seller letak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kkan. Huda pun belajar cari baju online dari comment diorg.

      Delete
  6. Setuju semua tips Huda. Memang kena rajin baca komen dulu. Nina start baca dari star 1. Kalau alasan bukan dari masalah seller takde Hal nak order. Anyway cantik baju yang Huda pakai tuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye, huda pun. Even ada 1,2 comment yang getting problem with the brand, product. Huda terus beralih ke kedai lain hehe. Sebab kita nak dapatkan material yg ok kan. But Alhamdulillah nasib huda punya ok.

      Delete
  7. thanks sharing. nak beli juga lah nampak cantik dan sopan jer.. labuh pun just nice. sekejap lagi add to cart and check out terus.. hehe..

    ReplyDelete
  8. tulah takut nak beli baju korea ni..size dia tak sama dengan kita kan.Sebab tu kena refer komen..Jadi tau size yg sesuai dengan kita

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe betul kak. Dari comment kita boleh buat judgment kita sebelum beli kan.

      Delete
  9. Thanks for sharing this, nanti kita pun nak cari baju ala ala korea kat situ.

    ReplyDelete
  10. Wow... Nak try la nanti.. ala ala Korea... tapi nak tunggu kurus. Lol.. Hahahhaa... Cantik ur baju Hudaaa.. Pinkkk colour.. Yang pentinggg, keselesaanmuuuu 💜

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahha mestilah pink beb, kan colour fav aku 😂😜.

      Delete
  11. wow thank you so much for these really helpful tips! i always buy clothes from shopee tp selalu salah size adui. now i can shop for the right ones!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Welcome. Kena slowly cari untuk match dengan apa kita nak

      Delete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.