Resepi Sambal Ikan Bilis dan Telur semudah ABC

September 01, 2019


Assalamualaikum, =D

Hye guys, 

Hari ni huda nak share dengan you guys Resepi Sambal Ikan Bilis dan Telur semudah ABC. Senang je. Bahan - bahan pun senang nak disediakan. 

Selalu buat sambal telur rebus, tiba - tiba hari ni macam nak pekena sambal telur pecah/hancur. 


Bahan - bahan yang diperlukan:-

Bahan - bahan untuk dikisar
Bawang besar (2 biji setengah)
Lada kering (seganggam)
Ikan bilis (ikut cita rasa korang, huda letak sikit je as perencah)
Belacan (sikit je)

Bahan untuk menumis
Segenggam ikan bilis (untuk menumis)
Asam keping (1)
Minyak masak (untuk menumis)

Telur (5 - 6 biji)
Telur tu ikutlah, nak goreng, rebus atau just pecahkan je dalam kuali tu.

Cara - cara penyediaan:-
1. Panaskan minyak dalam kuali, then bila dah panas tumiskan bahan - bahan yang telah dikisar dan bahan - bahan untuk menumis. Then tumis hingga pecah minyak dan garing. 

2. Masukkan sedikit air. Tunggu hingga mendidih. 

3. Pecahkan satu persatu telur ke dalam sambal. Masak hingga telur empuk dan biarkan mendidih hingga sambal sedikit kering.

4. Dah siap then hidangkan. Simple bukan?

Selamat mencuba =D


10 comments:

  1. haah.. simple je caranya dan nampak sedap..nak try buatlah. thank you for the recipe.

    ReplyDelete
  2. Perghhh nengok gambo ko terus terliur di buatnyaaa Huda oiii....sedapnyaaaaa

    ReplyDelete
  3. ooo ikan bilis tu yang segenggam tadi, goreng dulu lepas tu baru masukkan bahan kisar atau masuk aje bahan kisar dulu, tumis sampai pecah minyak, baru masukkan ikan bilis tu ekkk?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Campur dua bahan sekali then tumis sampai pecah minyak

      Delete
  4. Makan panas2 dgn nasik panas ada pulak ikan masin uishhhh sedapp

    ReplyDelete
  5. Lauk ini membuatkan selera bertambah tambah...sedapnyerr

    ReplyDelete
  6. teringat pulak adik bongsu lelaki penah masak lauk ni. selera tau makan

    ReplyDelete
  7. Sha selalu buat sambal telur hancur ini buat makan dengan roti.. sedap..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.