Perbezaan dan tips menulis blog atau article

September 07, 2019


Assalamualaikum, =D

Hye guys, 

Huda just nak share dengan korang perbezaan dan tips menulis blog atau article. Tips huda ni simple dan ringkas je. 

p/s: suggestion for newbies

1) Perbezaan menulis blog dan article

Blog :
Kita boleh menulis dengan santai . Even kalau ada job untuk tulis article (dalam blog sendiri), so far kebanyakannya akan bagitahu huda untuk tulis dengan cara dan gaya bahasa sendiri. Tapi syarat, kenalah follow apa yang diorang minta. 

Penulisan blog ni bila kita tulis, tulis dengan santai, gaya bahasa yang mudah difahami dan straight forward.

Related image


Article
Bila tulis article, ayat atau gaya bahasa kenalah lebih professional, formal, mudah difahami, menarik dan straight forward.

Tips menulis blog dan article

Both ni sama je tips menulisnya. Tips menulis yang huda nak share ni, sangat simple. Semudah ABC. 

1. Mood dan masa yang sesuai

Nak menulis ni memang kena ada mood dan masa yang sesuai. Sebab bila kita tulis dalam mood yang tak berapa nak baik, maka penulisan pun akan jadi tak best.

Jadi carilah masa yang sesuai dan pastikan mood dalam keadaan yang baik dan stabil.

Mood ni boleh datang dalam macam - macam cara, dan datang tanpa dijangka. 

Atau kalau tak ada mood langsung, kena cipta mood tersebut. 


Macam mana nak cipta mood? Ok dalam dok buat kerja lain (maksud kerja lain dekat sini, macam kerja rumah atau apa - apa perkara yang tak buat kita stress), time tu kita kena buat - buat fikir apa nak tulis dekat dalam blog atau article. 

Cara huda nak cipta mood, huda akan buka laptop, dengar lagu atau tengok drama. Nanti tiba - tiba mood menulis tu datang. Maka bermulalah episode huda cari idea untuk article/blog yang sesuai. 

2. Cari idea
Nak cari idea ni, kena dalam keadaan tenang tanpa gangguan, dan mood kita dalam keadaan stabil. Kalau mood tak stabil, nak cari idea pun payah.

Image result for writing tumblr

Idea ni kadang - kala datang tanpa kita duga, time tu cepat - cepat cari buku dan pen , atau buka notes kat phone korang, kemudian terus tulis idea korang. Nanti nak olah ayat senang. 

Actually, apa - apa kat sekeliling kita boleh jadikan sebuah cerita. Atau dari apa yang korang baca, korang boleh ringkaskan menjadi sebuah cerita. 

Those yang menulis article, korang mesti akan ada sumber/idea yang disediakan oleh editor. Dari sumber tersebut, korang kena cari point dan seterusnya korang olah menjadi satu article.

Kalau payah sangat nak cari idea tulis blog/article, google kan ada. Google je.  

Macam mana nak olah ayat?

3. Olah ayat
Bila dah ada idea, kena olah ayat ikut cara korang, tatabahasa dan gaya korang sendiri. 

Tips yang senang nak olah ayat, kita kena banyak membaca. Bila banyak membaca secara tak langsung kita mudah nak olah sesuatu ayat dalam blog atau article. 

4. Gambar menarik
Blogger pro dan editor bagi tips, kalau nak orang rasa terpikat dengan entry korang, korang kena selitkan satu atau dua gambar menarik. 


Ok bagi contoh kat diri sendirilah, jujur huda cakap, kalau entry/article yang panjang tapi macam takde gambar langsung, pada aku macam kurang menarik. Contoh ada je entry blog huda yang lama tak ada gambar, atau kadang - kadang gambar tu dah terdelete ke apa, mood turn off nak baca entry tersebut.

Sama juga macam menulis article. Pernah je terlepas article yang takde gambar, then editor minta huda cari gambar yang bersesuaian dengan article tersebut. 

So point dekat sini, blog atau article kena ada gambar, untuk manarik daya para pembaca.

5. Double, triple baca dan edit sebelum publish
Sebelum kita publish article/blog kena banyak kali check dan baca. 

Lagi - lagi untuk article, kena lebih teliti sebelum hantar dekat editor. 

Bila dah yakin, publish.

Ok itu je simple tips huda. Kalau korang ada tips lain, boleh share dekat ruangan comment ni. 

Pernah tak turn off mood tu masa menulis?
Pernah. Lagi - lagi bila tengah tulis article dan secara tak langsung ada gangguan tanpa kita duga, bila dah ada gangguan tu terus mood aku turn off. 

Bila dah turn off, aku akan sambung balik menulis pada keesokan harinya atau bila mood nak menulis tu datang.

Kalau blog dengan article, mana huda pilih?
Huda lebih prefer blog. 

Ok guys, sampai sini je yang sempat huda share dengan korang. Thanks singgah dan baca entry blog huda. Sampai jumpa di next extry ok =)

4 comments:

  1. Sama lah. Prefer blog lagi sebb lebih santai dan boleh merepek. Hahaha kadang2 bukak balik entry lama2 baca mcm wahh best jugak gaya penulisan aku ni. Ceh puji diri sndiri

    Tapi terpulang pada diri memasing pilih yg mnaa, selesa nya mcm mna. kann

    Nice sharing huda.

    ReplyDelete
  2. Thank you for the tips. Sangat membantu.

    ReplyDelete
  3. Blog lagi santai tapi blog dah carca marba.
    Kejap jadi diri sendiri, kejap fefeeling influencer.
    Hahaha. Haru betul.

    ReplyDelete

Powered by Blogger.