Review Buku Bersyukur Saat Diuji

 Assalamualaikum =D

Hai semua. Back to review book series with huda. Rindunya dah lama tak review buku. Kali ni, huda nak review buku motivasi - Bersyukur Saat diuji. Buku ni berkenaan motivasi (Agama). Dalam buku ni, ada beberapa kisah yang boleh diambil iktibar dan pedoman. Penulis, tak lain dan tak bukan Prof Muhd Kamil Ibrahim. 

Buku Bersyukur Saat Diuji, menceritakan beberapa kisah penulis (Prof Muhd Kamil, dan keluarga), yang boleh dijadikan pedoman, dan pengajaran buat para pembaca. Ianya mengisahkan beberapa ujian yang besar mahupun kecil, yang dihadapi oleh Prof sekeluarga. Bila baca buku ni, mengingatkan kita pada ujian yang kita sendiri pernah hadapi. Sebagai manusia, akan ada ujian yang Allah berikan kepada hambaNya. Kadang kita kuat, ada masanya kita rasa macam tak berdaya. Tapi hidup perlu diteruskan. 

Review Buku Bersyukur Saat Diuji

Pada huda buku ni, best dan bagus untuk dibaca. Tak rugi kalau beli buku ni, huda recommend. 

Review Buku Bersyukur Saat Diuji

“Saya fikir sabar yang sebenar adalah bagasi mana manusi bertindak balas apabila mereka menghadapi ujian,” - Prof Muhd Kamil Ibrahim (bab 5 - Masjid, page 28).

Satu cerita yang huda ingat, saat 30 Januari 2011, masa tu Prof kamil sekeluarga, dilanda ujian bencana alam, iaitu banjir. Mereka sekeluarga tinggal di Segamat ketika itu. Prof merupakan salah seorang pensyarah di salah sebuah universiti yang terletak di Segamat. Rata - rata keluarga yang berada di Segamat turut menghadapi dugaan bencana alam yang sama. Prof Kamil menceritakan bahawa, banyak juga yang beliau rugi bila banjir melanda. Masa banjir tu kebetulan Prof sekeluarga berada di Kuala Lumpur, atas urusan lain.

4 Februari 2011, selesai sahaja kerja beliau sekeluarga pulang ke Segamat, dan melawat rumah mereka yang dinaiki air beberapa hari lalu. Luluh hati mereka sekeluarga. Sedih. Huda yang baca saat tu pun, sedih. Beliau sedar itu salah sebuah ujian Allah buat mereka sekeluarga. Mereka menerima dengan hati terbuka. Sampai je rumah, mereka melakukan solat sunat, lalu memohon ampun dan peprtolongan dari Allah. Mereka bersihkan dulu rumah, dan bersihkan kawasan yang mereka nak solat. 

Dalam segala hal, walaupun diberi ujian yang besar. Prof cuba positive. 

Ya Allah, masa tu aku terkedu baca. Aku fikir, kalau aku face, apa aku buat? Sedih. Lagi sedih, mereka yang menghadapi ujian bencana alam tersebut, dan kebanyakan banyak barangan yang musnah, terutama barangan elektrik.

Personally, huda recommend you guys yang baca entry ni, beli buku ni. Sangat bagus. Recommended.


Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.