Isu curang ni abnormal juga untuk pasangan belum berkahwin, tapi ada je kes macam ni berlaku

Assalamualaikum,

Curang ni perkara abnormal dalam hubungan. Tapi kerap kali/normal kita nampak orang update dekat media social, dan mungkin berlaku dekat kenalan. Curang ni, takkan berlaku kalau “ dua tangan tak bertepuk,” = kalau salah seorang tak melayan perasaan orang lain, selain pasangan sendiri. Jawapan kenapa mereka curang, ni kena tanya kepada individu tersebut.

Isu curang sebelum kahwin pun normal berlaku dan suka bagi harapan palsu
Betul. Sebab pernah rasa, dan ada pengalaman terima harapan palsu.

Isu curang sebelum kahwin pun normal berlaku dan suka bagi harapan palsu
Curang lepas kahwin ni, aku tak nak comment sebab aku sendiri pun belum kahwin.

Kenapa mereka memilih curang sebelum kahwin?

Kalau baca article - article dekat google pun, mereka akan memberi segala kemungkinan.Tapi yang pasti hanya mereka yang berlaku curang je tahu apa sebabnya. Kalau salah seorang tidak memulakan langkah, perkara curang ni tak berlaku. Betullah apa yang En Faisal Rahim cakap dekat twitter beliau, kalau dah tak suka dan tak berkenan tu, terus terang. Tak payah ada isu jaga hati. Aku paling menyampah kalau isu jaga hati ni. Last - last bagi harapan palsu. 

Dia macam ni, kalau kita dah nampak pasangan kita curang (bagi yang belum berkahwin), then what are you waiting for? Ye, first memang kita kena tanya dan discuss. Tapi kalau dah acap kali berlaku, you nak tahankan diri juga? 

Bercinta ni, nama lain dia taaruf. Taaruf, bermaksud perkenalan sebelum berkahwin

Sebelum kahwin ni, biasanya ianya lebih sesuai di panggil sesi taaruf. Taaruf ni, bermaksud kita sedang berkenalan antara lelaki dan perempuan, untuk ke stage seterusnya (melangkah ke dunia perkahwinan).

Setiap orang ada createria sendiri. Jadi pada huda, kalau dah berkenalan lama dan dapati girlfriends, atau boyfriends you guys akhirnya tidak menepati cita rasa korang, then just jujur and move on. Jangan bagi harapan palsu. 

Sebenarnya, kalau kita bercinta ni kita je tahu siapa boyfriends, atau girlfriends kita masa dalam relationship. Yup, memang tak kenal perangai betul, sebab tak serumah. So, masa bercinta tu kita dah boleh agak pasangan kita ni jenis setia, atau sebaliknya. Lebih lagi kalau dah terang - terang curang, kalau sekali dua, boleh lagi kot. Kalau dah acap kali berlaku, then takkan kita nak stay lagi? Thing is, kalau dia rasa kita ni special dekat hati dia, dia takkan curang.

Nak tahu lelaki tu serious ke tidak, tengok cara dia layan kita. Tengok, apa dia cakap, dia buat. Terutama bab nak halalkan kita. Itu penting. Sebab kita bercinta, pengakhiran hubungan mesti kita nak berkahwin kan? Takkan nak bercinta lama sangat, pun not nice. 

Conclusionnya, kita bercinta ni jangan bagi 100% hati pada pasangan kita. Andainya kita bagi 50%, lagi 50% kita simpan untuk diri kita. Sebab diri kita pun valueable. Takkan kita nak bagi hati kita semua pada dia. Kalau kita bagi 100%, kita akan stuck dalam nak buat apa - apa keputusan. Ibarat, kita terlalu harapkan dia, walhal kita ada banyak perkara lain (soal keluarga, peribadi, kerja, kawan kawan, etc etc) untuk difikirkan. Jadi choose your best. You deserve better.



1 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.