Kenangan 2022 - benda yang dipelajari pada tahun tersebut

 Assalamualaikum, =D


Kenangan 2022 - benda yang dipelajari pada tahun tersebut


Alhamdulillah banyak benda yang huda belajar tahun 2022.
Kalau nak recap banyak.
Tahun ni ada kat atas, dan bawah juga.
Sebenarnya aku banyak sedih juga tahun ni,tapi itu yang bagi aku kuat.
Kadang bila recap, aku kuat sebenarnya. Move on huda.
Berubah. Dan move forward.
Keluarlah dari comfort zone kau, huda. Good Luck dearself.

Cuma boleh cakap, semakin kita dewasa semakin kita sedar, betapa petingnya orang sayang kita.
Orang yang takkan pernah tinggalkan Kita, 
Orang yang tak pernah lupa tolong kita,
Orang yang perlu kita appreciate sangat - sangat, adalah Family!
Family is more more important.

Kenangan 2022 - benda yang dipelajari pada tahun tersebut
Family, friends,and meet new people.

Self love juga important.
Jadi carilah sumber dalam diri kita, untuk kita jadi terbaik.
Tapi jangan lupa, family is one of sumber kekuatan kita.

Friends?
Be friends dengan orang yang nak berkawan dengan kita,
Yang ikhlas berkawan dengan kita.

Kalau dah tak rasa keikhlasan, pada seseorang yang dah mengkhianati kita, just langkah pergi.
Kalau rasa kawan mengkhianati you, langkah pergi .
You ada value. Tapi dalam masa yang sama, fikir kenapa benda tu terjadi. 
Reflect dekat diri situasi tersebut, then move on.
Jangan pegang kesalahan mereka. Jangan cerita benda tak best pasal mereka. Stop!
Percayalah, you akan tenang. Tenang.
Belajar untuk jadi professional, walaupun sukar sebenarnya dengan orang macam tu. 
Accept them. Be professional with them.

Kena ingat, kita pun ada perangai yang orang tak suka.
Yang orang annoying, yang orang benci.
Jadi be natural.Jangan benci orang sangat.
Kalau you dah rasa diri you dibenci, step back.Move on.

Seorang benci you, ada ramai lagi yang you belum kenal boleh accept diri you.

Sebab kalau kita pegang kesalahan mereka, asyik cerita pasal mereka. Kita penat. Orang pun penat. So stop. Nanti kita akan tenang.
(Nasihat pada diri sendiri juga).

Trust me, situasi yang seseorang alami tu, sama. Cuma, pada waktu yang berbeza.

Terpaling penting, ingat Allah tu selalu ada dengan kita.
Jaga solat 5 waktu.

Keep yourself motivation.
Be the best version of yourself.

Kenangan 2022
Cari kawan baru, berkawan dengan kawan baru.
Dari situ, kita akan belajar benda baru juga.
Pengalaman baru.

Percaya cakap I, memang best jumpa orang baru. Vibe baru. Sebab ada suasana ‘fresh’, di situ. Sukar untuk digambarkan,tapi kita sendiri boleh rasa keadaan tu, jika kita alami.

Sebenarnya dalam banyak keadaan, ujian baik atau tidak yang Allah berikan,
Kita kena berterima kasih.
Sebab tanpa ujian, kita tak belajar.

Anyway suka kata - kata azfar heri,dalam video terbarunya, dekat laman youtube.
Tekan link,atau boleh klik gambar screenshot kat bawah ni (terus ke lama youtube beliau).

Azfar Heri share motivation

To be honest, bila dengar rasa sedih. Sebab ada beberapa yang perkara yang Azfar cakap, kena dengan diri sendiri.

Be the best version of yourself.
Semoga kita terus kuat dan Tabah.
Take care semua.

Happy New Year.



2 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Happy New Year Farah! Yup, semakin bertambah umur semakin banyak kita belajar dari orang di sekeliling kita. sampai satu tahap kita sedar apa sebenarnya yang penting dan apa yang sia-sia

    ReplyDelete
  2. Love word - Be the best version of you. Happy new year farah!

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.