Short Story Hari Sabtu & Makan dekat Mr Dakgalbi

FARAH
0
Assalamualaikum, 

Short story Sabtu lepas, dan sambil buat diri heal sikit. Cerita dia, adik nak tengok Movie Anime, aku offer diri nak ikut tapi tengok movie lain. 

Mula - mula aku plan nak tengok Tarung, tapi end up tengok Movie Libang - Libung.

Wayang aku habis around 1 jam awal, daripada adik. Lepas tengok wayang rasa lapar, so masa tu aku fikir - antara 2 jer.  Sama ada 4 fingers atau Mr Dagalbi.

Short Story Hari Sabtu & Makan dekat Mr Dakgalbi
End up aku pilih Mr Dakgalbi.
Baru kali ke 3 makan sini 🤣. I jenis counting bila I nak treat myself, meaning ok ni kali ke berapa? Actually aku dah lama gila terbayang nak makan Mr Dakgalbi ni tau, tapi dok menahan - nahan.

Dah alang - alang, why not ✌🏻.


Short Story Hari Sabtu & Makan dekat Mr Dakgalbi

Short Story Hari Sabtu & Makan dekat Mr Dakgalbi
Alhamdulillah, puas hati.
Aku order Mr Dakgalbi yang utk 1 pax (tapi portion dia banyak), add on rice. 

Makan sikit je, pastu bungkus since dah kenyang 😅. 
Craving satisfied katanya ✌🏻.

Sementara tunggu adik aku, aku sempat ek singgah Daiso cuci mata, singgah Padini tengok ada sales lagi ke idok (after 1 week plus yang viral sales murah gila tu), iman aku melonjak - lonjak tau setiap kali tengok benda viral. Lagi ada PROMO wakkkk. Tapi kita ni selalu dok menahan, sambil terbayang duit poket sendiri 😅.

Memandangkan bag duit aku yang warna putih tu dah “sampai hayat kena tukar”, so aku pun beli satu bag duit Padini yang promo dia jadi RM19. Harga asal RM50++.

Ok la kan 🤣. Lepas tu, pergi Watson dok cari barang keperluan nenek. Takde kat situ, aku decide pergi Village Grocer pula. Dari pintu masuk, dah nampak ramai orang, agak pack suasana dalam tu. Nak kata ada sales, sama je aku rasa. Tambahan pula, aku nampak susunan barang dekat situ agak padat, dengan tambahan dia letak few item kat tengah - tengah laluan tu. Dengan orang ramai beli barang, itulah yang nampak Village Grocer lagi pack. Tapi maybe, bagi orang selalu pergi situ, situasi tu biasa. Cuma yela, aku ni jaranglah sangat masuk Village Grocer. Selalu pergi Lotus je sebab murah sikit haha.

Tapi kalau pergi Village Grocer, aku suka tengok barisan Pastry. Pernah few times beli Pastry dekat Village Grocer, sedap. Cuma hari tu nak repeat beli, tak sempat since adik dah habis tengok wayang. 

Setel beli barang, terus balik.

Gitu jela, cerita kalau keluar pergi shopping mall. Paling best, cuci mata dan window shopping sesekali. 

Cuma aku nak pergi vacay je. Tapi bila entah ek 😅.
I just need a long drive sambil menikmati lagu di corong radio. Lahhhhh….tiberrrrr 🤣.

Kesimpulannya, dewasa ni masing - masing ada ujian, dan tanggungjawab sendiri. Sesekali kena juga recharge diri, sama ada sendiri, dengan keluarga atau kawan. Recharge diri ni, ada pelbagai aktiviti yang boleh dipilih, dan decide. Asal kita happy kejap, rasa fresh, dan Isnin nanti dapat mulakan hari dan minggu yang baru.

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !