Beli Ipad sebab nak blogging senang - Review Ipad 9th gent


Assalamualaikum =D

Hai semua. Alhamdulillah dah 4,5 bulan juga huda guna Ipad 9th generation ni untuk blogging. Iye, tujuan utama huda beli Ipad, semata - mata untuk blogging guys. So far, so good.

Rreview ipad

IPad 9th (2021), 64gb (Colour Space Grey), Wifi.

Mesti korang tertanya - tanya, menulis kan perlukan masa yang agak lama, puas ke nak menulis dengan keyboard yang kecil? 

Jawapannya - Puas je. Yang penting ada keyboard untuk menulis. Baru syok.

Ipad ni ada limitation dia, banyak dan ada juga benefitnya.
Pada huda, terpulang kepada penggunaan, dan keperluan seseorang.

Dengan adanya Ipad. Senang nak bawa pergi mana - mana. Update blog boleh every where.


IPad 9th (2021), 64gb
Antara tujuan lain, sebab laptop huda ni, dah lambat dan jammed. So nak load tu lambat. Jadi, kalau ada benda penting je huda buka laptop. Kalau tak ada benda penting, I on je Ipad I.

Stress sebenarnya kalau laptop dah lambat. Lepas tu battery dah kong. Battery huda, jenis build in. Kena buka cover, and tukar baru. Paling geram, itulah performance laptop dah slow. Maklum je, laptop dah lebih 8 tahun.

Plan untuk beli laptop baru, tapi since sekarang banyak guna “on web”, nak blogging. Itulah yang huda decide beli Ipad je.

IPad 9th (2021), 64gb
Dan of coure, kita beli sekali cover , keyboard, dan mouse warna pink. Loveee sangat.

Dengan adanya keyboard, lagi senanglah nak menulis. Nak edit blog pun boleh.

Tips beli iPad - tengok pada keperluan, nak guna for what, dan budget you. Itu yang terpenting ✌️

Semua beli online :-
iPad - Apple Authorities Seller (Shopee) - Shopee Mall
Cover + Keyboard + Mouse - Shopee (from China). 
Pen iPad (brand Gojoodog) - Shopee (china) 

Semua beli sikit - sikit dulu. Memula beli Pen IPad tu. Pastu baru beli IPad dan keyboard ✌️.

Nak beli online - beli yang authorised/recommend seller, tengok pada comment dan feedback. Kalau rasa tak yakin nak beli kat Shopee, boleh beli dekat laman web apple store. Atau beli secara fizikal, dekat apple store, atau switch, UR dan mana mana kedai yang jual iPad.

Pengalaman Beli iphone dan iPad online
Its my first Iphone 7, and my very first iPad 😍.
Dua - dua ni beli online.
Iphone 7 tu, last 5 years back. iPad just buy ✌️.

Kerja, baru mampu pakai iphone. Best, sebabnya bila amik gambar lawa la sikit. Nampak sangat suka selfie, eh, hahaha ✌️.

Oh, I memang like and love pink colour, since I budak mentah. Sebab tu, mana yang I boleh beli pink. I beli. If tak, I beli cover/casing pink. Why not? Haha ✌️.

2 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Wow... Niceeee... Pink colour pulak tuuhh... Fuhhhhh... I likeeee

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.