Kalau korang mencari Buffet Hotel yang ada menu Kambing Golek, Kuzi Kambing, Seafood, entry ni sesuai untuk korang.

Santapan Rasa Paragon – Buffet Ramadan Grand Paragon 2026 berbaloi atau tidak? Kalau itu soalan yang bermain di fikiran korang, Grand Paragon kembali tahun ni dengan bertemakan “Santapan Rasa Paragon” yang menawarkan lebih 100 hidangan setiap hari kepada para pelanggan.
Dengan lebih 100 pilihan menu (menu akan di rotate setiap hari), korang boleh nikmati hidangan berinspirasikan citarasa kampung, seafood, dan fusion moden. Yang bestnya setiap hidangan disediakan panas - panas, dan siap ada beberapa live station tau!
Antara hidangan istimewa yang korang kena cuba:

Kari Kepala Ikan ni sedap.
Rasa dia macam kari mamak. Nice one, korang kena try tau.

Sambal Kerang


Ketam Masak Cili & Udang Bakar Garlic Cheese bersama Creamy Pineapple Sauce.
Ni antara menu yang laku keras.


Kambing Panggang Kuzi bersama Nasi Kabsha & Telur Rebus Saffron
Berbaloi ke tidak?
Personally kalau korang decide untuk berbuka di Paragon Hotel, yes Huda sangat suggest. Sebab pada Huda, harga mereka affordable, dan mostly makanan dia tasted. Berasa. Sedap. Honest review.
Ada goreng - gorengan gak. Ada sate.
Pastu kat sini banyak ye live station, makanan panas.
Ruangan Solat


Ada ruang solat yang besar dan selesa
Tingkat M, naik escalator (bersebelahan dengan dewan)
Ruang solat dekat dgn toilet juga, jadi senang. Parking pun banyak. Pastu ruang makan dia, besar dan selesa. Hidangan Buffet dia tak sempit. Susunan dia semua strategik, and I think its good la kalau untuk pelanggan yang bawa anak semua. Ada baby chair juga.
Pilihan Huda
- Nasi Kabsah & Kambing Golek
- Kari Ikan
- Ketam Masak Cili & Udang Bakar Garlic Cheese

Sate dia berasa. Kuah kacang dia sedap.

Tidak dilupakan sup utara dia nice do’ohhh kata orang.
Boleh pilih, nak bahagian daging, babat, urat or lain lain.
I choose urat dan babat 🤭.

Durian Goreng pun ada
Ni pun antara yang laku keras ye.


Pelbagai ulam - ulaman

Pelbagai jenis kuih oh,cake & dessert

Dan ada serawa durian juga
Early Bird price - RM130
(Beli pada atau sebelum 16/2/2026)
Normal Price
RM160/adult
RM115/Senior Citizen
RM80/child
Exclusive Offer - RM115/adult (buka puasa pada hari pertama Ramadan. Terhad kepada 50 kerusi per day).
For booking, contact 0167337363 / 072685225

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.