Just talk : Kepentingan warna (part 1) pendapat huda

Assalamualaikum, =D

Dah lama tak buat "Just Talk Series" ni. So hari ni, Just Talk nak share kepentingan warna (part 1). Kenapa ada part by part? Untuk kali ni, aku just share pendapat aku pada warna. 


Orang kata, warna kegemaran ni juga menunjukkan personaliti bagi seseorang. Aku suka warna pink, so personaliti aku seorang yang lembut? Hahaa, tidak ye. Nampak je lembut, friendly? Friendly, yes. Lembut tu, kekadang kena, kekadang tak. haha. Tengok timinglah. Perempuan, keras macam mana pun ada lembutnya. 

Sebenarnya kan, benda ni orang kata jangan percaya sangat. 
Tapi aku just nak share, for me kekadang ada betulnya. 

Pendapat aku tentang warna
Secara jujur, aku suka 'main code warna'. Warna pada aku dapat membantu 'boost'kan mood kita pada hari tersebut. Warna juga, akan buat kita rasa lebih interested dan consistent untuk buat sesuatu

Contoh paling mudah:-

Pilihan warna dalam fashion.
Pada aku, warna ni boleh merangsang phycology seseorang tu. Kadang - kadang warna dalam fashion juga, memainkan peranan pada seseorang untuk tampak elegen, simple, atau biasa - biasa sahaja. Lihat sahaja dalam pandangan kita pada fashion. Apakah perkara pertama yang kita akan terfikir pada hari tersebut? Kita akan focus pada tema bukan? Walaupun seharian bekerja, kita tetap nak pilih tema warna apa pada hari tersebut

Bila kita ada tema, secara automatik kita akan terfikir nak pakai baju jenis material macam mana? Secara autmatik, kita tahu padanan warna apakah yang sesuai untuk di padankan dengan warna baju yang kita dah pilih untuk hari tersebut. 

That is why lah, penting untuk kita ada warna kegemaran ni. Dan penting juga, untuk kita tahu padanan warna apa yang sesuai dengan warna kegemaran kita. 

Contoh, baju kurung warna pink pekat (tanahnya warna pink, bunganya warna coklat pekat). Dekat sini, kita boleh match dengan tudung bawal atau shawl plain warna coklat pekat, atau aneka ton coklat yang sepadan. Coklat lembut pun sepadan juga untuk match dengan baju kurung warna pink pekat. 

Warna dalam design
Warna adalah satu component yang sangat penting dalam design. Aku bukanlah seorang designer, malah bukan juga seorang fashion designer, web designer apatah lagi. Jap, apa aku melalut ni? 

Secara jujur, aku minat main dengan code colour ni bila nak start design header or wallpaper, yang simple - simple. Dan warna yang pertama aku pilih adalah, warna pink sebagai latar background. Haha. Kau jangan tanya aku, warna apa aku akan pilih. Mestilah warna pink. Lepas tu barulah aku match-kan dengan warna - warna yang sesuai. 

Bab tulisan pula, aku suka warna hitam atau gelap. Ianya tampak lebih professional pada sesuatu design. Walaupun aku hanya pandai design header blog sahaja. Itu pun design header blog aku jelah.

Ni contoh huda design (zaman dulu - dululah masa di awal active blogging). Huda suka gunakan photoscape, dan photoshop untuk design. Tapi kali ni, huda bagi contoh edit kat photoscape je. Design yang huda buat pun, simple ya amat je ye. Entah apa - apa je si huda menggodek edit - edit dulu hehe.

Ini adalah sebahagian sahaja contoh pentingnya warna dalam kehidupan kita. Sebenarnya ada banyak lagi element,dan perspektif warna ini pada setiap individu.

Apa pendapat korang tentang kepentingan warna dalam kehidupan korang?

3 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. dalam pemakaian pun kita kena pandai match warna takdelah orang panggil traffic light lah 😒 . Memang ada orang suka hentam fashion orang lain kadang kadang .

    ReplyDelete
  2. Warna dalam hidup Eza, paling penting baju kaler apa nak dipakai hari Isnin. Isnin kena guna warna bold, sebab Isnin selalu busy yang amatttttt. So, warna yang bold akan buat Eza strong. Ini just pendapat Eza je la. Hihi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.