Kembali kita ke segment entry throwback byfarahh. Kali ni, Huda nak throwback kisah bermalam di Grand Paragon Hotel, JB , untuk 1 malam.
Assalamualaikum and hai. So settle makan dekat Toppen hari tu, kami terus menuju ke Grand Paragon Hotel, JB untuk bermalam di sana. Walaupun jarak dari Toppen dengan Grand Paragon Hotel, 11km tapi its ok since Raya jalan tak jammed, dan traffic smooth je. Sampai hotel masa tu dalam 4.50pm, dan terus check in.

Dan kami pilih bilik Twin Room,
Bilik kami bermalam tu, di tingkat 18.
So I dengan adik I jer semalam. Dan dapat breakfast untuk 2 orang.
Bilik ni dilengkapi dengan 2 katil super single,
1 meja study/meja solek (ada juga cermin),
1sofa single,
Television,


Dan cabinet kecil ni, dilengkapi juga peti ais kecil

View toilet, siap ada bathtub,
Besar juga bilik air dia

1 almari baju, dilengkapi dengan peti keselamatan, iron board, seterika, dan hanger.
Overall selesa, bermalam dekat sini. Bilik pun bersih, ruang yang selesa. Makanan kat sini ok, not bad, berasa dan sedap.

Before balik, kiteorang sarapan dulu.

Ruang makan yang luas dan selesa.
Baca juga : Throwback Buka Puasa Di Grand Paragon Hotel, JB
Alamat Hotel Grand Paragon JB
Bagi korang, yang plan untuk datang ke JB dan plan nak stay hotel dekat area Bandar JB, korang boleh je bermalam di sini.
Shopping Mall terdekat :
Shopping Mall jarak 4km dari hotel :
CIQ JB - lebih kurang 4km
Memandangkan Zoo Johor, dah buka dan dah panjangkan waktu operasi, hingga ke malam - Night Zoo, so korang boleh lah singgah. Kalau dari Grand Paragon Hotel ni, 5-6km jer. Tak jauh mana.
Bazar Karat pun near by jer. Kota Jail (yang sekarang, dah jadi tempat beriadah,sometimes ada few event dekat sana), pun tak jauh juga.
Info : Bazar Karat JB dah pindah lokasi untuk sementara waktu, di Jalan Duke. More info, boleh baca article dari Malaysia Aktif.
Baca juga : Hari tu ada event buku dekat Kota Jail - entry blog Farah. Event - event ni, ikut program yang di jalankan oleh Kota Jail. For info, boleh follow Instagram, atau media social Kota Jail yang lain.
Tempat makan
Area Taman Abad situ pun, ada juga jual makanan Seafood, kalau dekat area Stulang Laut pun ada.
Jalan Wong Ah Fook - ada few restoran.
Dan banyak lagi sebenarnya tempat makan near area Bandar JB ni.
Kesimpulannya, dekat area Hotel Grand Paragon ni, terdapat few tempat yang korang boleh singgah. Kira tak boson, kalau stay sini. Kalau korang plan jalan - jalan area Bandar, Tebrau JB, jauh mana. Cuma some part, ada waktu peak hours yang dia akan jammed sikit. Ok, sampai sini sahaja entry kali ni. Thank you singgah blog kita.

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.