"Mai Makan - Makan" dekat Renaissance Hotel dan dapatkan tawaran hebat bulan Ramadhan

March 30, 2019


Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Kalau korang dapat singgah dekat Renaissance Hotel ni, korang akan rambang mata dengan juadah yang diorang sajikan. Apa yang bestnya, mereka bukan saja sajikan masakan kampung yang popular dekat Malaysia je tau, tapi diorang juga bawa korang terbang ke Japan.

Ha, nak tahu apa yang best tu? Jadi korang kenalah stay tune dan baca blog huda ni sampai habis =D


Sajian Masakan Kampung
"Mai Makan - Makan" bawa korang untuk rasai makanan kampung yang popular dekat Malaysia ni.

Antara makanan yang disajikan:-
Udang Masak Lemak Nenas

Ayam Golek yang menjadi favourite semua time berbuka puasa. 

Telur Masak Kari

Dan diorang juga bawa korang terbang ke Hong Kong, dengan masakan Braised Beef with Hong Kong Style.

Sup Gear Box dan Spare Part Station
Apa yang best dekat sini, korang kena rasai sendiri sup ekor yang diorang buat. Peh sedap tau. 
Korang juga kena rasa "Sup Tulang Merah" iaitu menu terbaru dari Renaissance Hotel. 

Cili Crab ni pun sedap kalau korang makan dengan nasi panas - panas, atau makan macam tu je. 
Peh nikmat. 

Korang jangan tak tahu, dekat sini pun ada dihidangkan Nasi Briyani Arab di "Briyani Station" tau. Pelbagai lauk - pauk yang turut dihidangkan antaranya Briyani Kambing, Dalca Sayur dan Ayam Masak Merah.

Korang juga kena rasa Lamb Kuzi with Mandi Rice ni.
This one kalau korang nak makan gitu je pun boleh. Dah sedap dah. 
Atau korang boleh juga makan dengan lauk - pauk beriani yang dihidangkan, lagi nikmat tidak terkata. 

Bukan tu je, kalau korang nak rasa makanan yang simple -simple pun boleh. Antaranya, korang boleh pergi dekat "Mee & Rice Kawah Station". Korang boleh rasai "Mee Kawah" yang diorang hidangkan.

Kuey Teow Goreng

Mee Goreng.


Atau korang boleh singgah dekat "Pizza Fiesta Station" dan rasai pizza - pizza signature yang diorang buat khas untuk para pelanggan. 


Ok ni antara pizza - pizza yang diorang sajikan masa berbuka puasa nanti.

Popia basah, pelbagai jenis salad, sushi, dan kuih - muih turut dihidangkan.

Ha, nampak popia basah yang mengancam tu? 


Macam yang huda cakap tadi, dekat sini juga turut disajikan pelbagai jenis salad untuk korang. Jadi bagi korang yang tengah diet tu, tak payah risau sebab dekat sini turut dihidangkan makanan yang sihat buat korang.

Antara yang turut disajikan adalah salad ayam

Antara hidangan Kuih - Muih dan Dessert yang disediakan:-








Kan tadi huda kata, "Mai Makan - Makan" nak bawa korang terbang ke Jepun. Sebab dekat Renaissance Hotel ni, korang boleh dapatkan pelbagai jenis sushi yang diorang hidangkan. 

I already choose my own sushi even this is my favourite sushi lah. 

Bukan tu je tau, siapa minat makan Teppanyaki ni, korang boleh singgah dekat Teppanyaki Station dan rasai sendiri Tappanyaki dari Renaissance Hotel. 


Fuh, rasa lapar semula lah bila tengok gambar - gambar makanan ni balik. 

Ok korang, meh huda straight to the point jelah. Huda nak share dengan korang ni, pasal promosi - promosi hebat Bulan Ramadhan dekat Renaissance Hotel ni. 

Nak tahu bila promotion untuk Early Bird ni? Ha, korang boleh tempah sekarang hingga 8 May 2019. Cepat - cepat tau tempah, kang lambat dah tamat pula promosi tu. 

Date buat tempahan:
Now until 8 May 2019

Harga untuk Mai Makan - Makan dinner buffet:
RM165nett (untuk dewasa) dan RM78nett (untuk kanak - kanak).

Early Bird Promotion:
Purchase Date: 1/3/2019 - 8/5/2019
Dinner Date: 8/5/2019 - 15/5/2019
Purchase 10 voucher and entitled for 3 complimentary vouchers.

Purchase Date: 1/3/2019 - 15/4/2019
Dinner Date: 8/5/2019 - 3/6/2019
Purchase 10 voucher and entitled for 2 complimentary vouchers.


Purchase Date: 1/3/2019 - 15/4/2019
Dinner Date: 8/5/2019 - 3/6/2019
Purchase 10 voucher and entitled for 1 complimentary vouchers.


15% discount for Standard Charted Bank card holder 
20% discount for Club Marriott Member

Untuk Tempahan/Booking
Call: 07-3813312 / 07-3813317
Email: rosliza.lazim@renaissancehotel.com or evelyn.soh@renanissancehotel.com

Ok guys, sampai sini je yang sempat huda update. Nanti huda update lagi ye. 

Thanks guys singgah dan baca blog huda =D



5 comments:

Powered by Blogger.