Setiap bulan ada Promosi Hi Tea Set Theme dekat Double Tree by Hilton, JB

March 02, 2019


Assalamualaikum, =D

Hi semua,

Dah bulan March dah ni, kejap je masa berlalu. Bercakap tentang bulan March, Double Tree by Hilton ada buat promosi hi - tea untuk setiap bulan, bermula dari bulan March hingga August. Dan setiap bulan, set yang disediakan adalah berbeza. 

March
Untuk bulan March, Hi Tea dan hidangan yang disediakan adalah, Mad About Chocolate. Bermaksud, dessert yang disediakan semua adalah berasaskan coklat. So kepada penggemar coklat, korang jangan lepaskan peluang yang ada ni.

Hi Tea Set Theme - March
Mad About Chocolate

RM68nett for two person


April
Untuk bulan april pula, tema yang diketengahkan oleh Double Tree by Hilton adalah Coffee Toffee. So kepada penggemar coffee, korang boleh rasai dessert yang disediakan dengan berasaskan perisa coffee.


Hi - Tea Theme Set - April
Coffee Toffee

RM68nett for two person



May
Foret Tropicale Theme untuk bulan May ni pula, ianya berasaskan buah - buahan tropika dekat Malaysia ni. Dessert pun pelbagai, ada Petit Apple Cumble, ada Sago Gula Melaka, ada Vanilla Scented Macarone, dan beberapa lagi dessert yang disediakan. 



Hi Tea Theme Set - May
Foret Tropicale

RM68nett for two person


Oh ye kalau korang nak tahu, hidangan dan dessert hi tea theme ini disediakan oleh dua chef professional iaitu Chef Siti Zaidah dan Chef Ayub. Mereka menyediakan pelbagai hidangan khas untuk para pelanggan dengan menggunakan sumber barangan asas. 

Korang boleh ber - hi tea dekat lobby Double Tree by Hilton, iaitu The Axis Lounge. Kerana di situ adalah tempat yang sesuai untuk bersantai bersama kawan dan keluarga, sambil menikmati hidangan makanan, dan dessert yang disediakan untuk para pelanggan. 

June
Dengan bertemakan Mint Tango, hidangan untuk bulan June ini pula dihidang dengan berasaskan mango. 



Hi Tea Theme Set - June
Mint Tango

RM68nett for two person


July
Spicy Sazzy adalah tema yang telah dikhaskan untuk bulan July, 2019. 

Hi Tea Set Theme - July 
Spicy Sazzy

RM68nett for two person



August
Death by Chocolate - again tema yang berasaskan coklat macam bulan tiga. Tapi of course hidangan dan dessert yang disediakan adalah berbeza. 

Hi Tea Set Theme - August
Death by Chocolate.

RM68nett for two person


Untuk maklumat lanjut atau tempahan korang boleh direct call mereka di talian 07 - 268 6868, atau email mereka di JohorBahru.FB@hilton.com.

Location: Axis Lounge, DoubleTree by Hilton Johor Bahru

4 comments:

  1. Semua sedap! Jom setiap bulan kita gi High-Tea hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis.
      Semua sedap, tapi huda minat dengan theme coklat dengan mango tanggo tu. Peh, memikat betul hehehhee

      Delete
  2. tak sempat nak rasa semua hari tu...sempat maka dessert je yang ujung2

    ReplyDelete
  3. Eeeeeeeee,,, bestnyaaaaaa.... Nasib tengah berdiettt.. Kaloo takkkkk rasa setiap bulan nak dtg hitea sini.. Gituwww..hahahhhah 😂

    ReplyDelete

Powered by Blogger.