Pameran buku Big Bad Wolf turun Johor pula - 2019

Farah
9


Assalamualaikum, =D


Hai semua,

Huda ni dah la suka kumpul buku, asal pergi kedai buku je mesti akan capai sebuah buku. Lagilah bila dengar Big Bad Wolf nak turun JB, peh lagi aku sukalah aku. Buku pula murah - murah, time macam nilah nak borong buku, hehe.

Big bad Wolf, berlangsung di Mydin Mutiara Rini Johor Bahru.
Dari 21 March - 31 March 2019. 

Banyak buku - buku ditawarkan. Dari buku bacaan dan latihan buat anak - anak, hinggalah bahan bacaan buat remaja dan dewasa. Semua ada dekat sini. Jangan tak tau, dekat sini those yang ada adik - adik ambil PT3 dan SPM, korang juga boleh dapatkan buku latihan dekat sini dengan harga yang sangat - sangat berpatutan. 

Kiranya harga dekat Big Bad Wolf ni tersangatlah murah. Korang boleh borong buku tau. Ha bila lagi nak borong buku, time - time pameran buku nilah masanya. Betul tak?


Buku latihan PT3 dan SPM




Buku bacaan dan latihan kanak - kanak



Novel bacaan remaja dan dewasa

Oh ye, Iqra' dan Al Quran pun ada jual dekat sini. 
Buku - buku Islamik pun ada jual dekat sini.


Those yang minat this cerpen or novel boleh dapatkan dekat sini juga.
Fixi, buku - buku Teme, dan macam - macam lagi korang boleh dapatkan dekat sini tau.



Ha premium zone pun ada guys. 


Kalau korang nak tau dekat premium zone ni, buku - buku yang dijual dalam range RM100 ke atas. 

Fuh, lepas dah borong semua akhirnya tiba juga di zone membayar. 
Habis kiteorang bertiga dok borong buku, dengan buku anak sedara yang kecik tu kiteorang belikan sekali. 

and yes yes, nak bayar of course lerrr korang kena beratur. 
Biasalah bila semua orang dok borong buku, jadi lama sikitlah beratur. Kalau tak nak lama beratur, datang awal ok. 

Time ni, huda nampak ramai ibu bapa dok borong buku anak - anak. 

So korang yang belum pergi tu, masih berpeluang nak pergi. Ada lagi beberapa hari ni sebelum 31 March. Cepat - cepat pergi memborong buku di Big Bad Wolf Johor. 

Untuk maklumat lanjut layari Facebook, diorang ok - https://www.facebook.com/bbwbooks/

Oklah sampai sini je huda sempat update. Ha, tak macam laju pula aku type entry ni. Sebab sis nak pergi kerja ni. Cawww cin cawww guys. Nanti ada masa huda type entry lagi ok (ada lagi, ada lagi haha). 

Thanks korang singgah dan baca entry - entry huda. 

Salam =D


Post a Comment

9Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kita dah pergi juga semalam...blur kejap sibuk mencari buku Dino si Mia hahahahaha

    ReplyDelete
  2. memang laju berdesupppp..hahaha..gi weekdays siang, kurang sikit orang beratur...petang ke malam pengunjung akan semakin bertambah...

    ReplyDelete
  3. masa ni nampak banyak buku tersusun lagi kan..masa akak pegi memang dah tak tau nak pilih mana...

    ReplyDelete
  4. Tak sabar nak shopping buku utk anak bila dah besar sikit.hehe

    ReplyDelete
  5. Memang pening head tengok buku, macam-macam adooo....
    Dapat juga beli untuk Mia , anak dan diri sendiri ...

    ReplyDelete
  6. Masih elok susunan buku kan.. Masa akak pegi dah berterabur. .Sampai nak mencari pun payah.. Banyak ek shopping buku

    ReplyDelete
  7. jelesnya semua org dah pegi bbw ni.. minta2 sempat la akak nak pegi nanti.. haha

    ReplyDelete
  8. ya ampunn, seronoknya! saya belum pergi lagi. mintak2 lah dapat pergi sebelum tamat.

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum.farah....mmg seronok ke.sini.semua buku ada...meriah sgt...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !