Pengalaman buat Carbon Snow Treatment dekat MBH Medispa

March 12, 2019


Assalamualaikum,

Hi semua,

Ahad lepas, huda berkesempatan buat Carbon Snow Treatment dekat MBH Flagship Boutique (MBH Medispa), Johor Bahru. 

Apa itu Carbon Snow treatment?
Untuk pengetahuan semua, Carbon Snow Treatment ini adalah satu treatment yang membantu:-
1. Sekatakan tona kulit wajah yang tidak sekata.
2. Mengecilkan pori yang besar.
3. Hilangkan part - part yang berminyak kat wajah.
4. Hilangkan sunburn pada wajah. 
5. Buat muka korang nampak bersih dan tak kusam. 

Process treatment Carbon Snow. 

1. Consultation bersama pakar beautician yang terlatih di MBH Flagship Boutique, JB.


First time buat facial ni sebenarnya. Before this busy study dan kerja. And kalau kat rumah, pakai mask dan jaga muka ikut step dekat blog Iman Abdul Rahim, haha. 

Tapi sebenarnya facial ni tak sama dengan jaga muka sendiri. Facial ni lagi bantu jaga wajah kita, boleh jadi flawless gitu. So once huda pergi sini and buat consultation that time barulah nampak the truth, apa yang tak kena dengan muka ni. 

Selama ni huda tau kulit macam kering je, and ada oily sikit dekat area hidung. Yang sebenarnya, ikut pakar beautician cakap, kulit huda ni jenis combination dan oily. Blackhead, whitehead, kulit mati, jerawat, semua ada.

Masa sesi consultation tu juga, diorang suggest apa treatment yang sesuai untuk kulit huda. 

2. Sesi rawatan bermula

Mula - mula diorang akan bersihkan muka korang dan cuci dengan cleanser yang dikhaskan.

Lepas cuci cleanser tu, diorang akan pakaikan korang scrub. 
Time nilah, diorang akan urut wajah korang. Peh best seh masa diorang urut tu, rasa macam hilang stress kerja aku kejap. 

Lepas scrub, diorang akan steamer pula muka korang. 
Steamer ni akan membantu buka proi - pori wajah korang tu. Bila pori - pori korang dah terbuka, senanglah diorang nak buang segala whitehead, blackhead, serawat yang ada kat kulit wajah korang tu.

Vacum khas akan digunakan untuk process buang whitehead and blackhead yang ada kat wajah korang.

Oh ye, sebelum pakai vacum, diorang akan pakai cara manual untuk buang blackhead dan whitehad, which is diorang akan picit menggunakan tools, sebab diorang kata itu cara yang lagi berkesan. Then barulah diorang guna vacum khas. 

Masa dia buat manual ways tu, Ya Allah habis bergenang air mata tahan sakit, hahahaa. 

Tapi lepas hilang semua whitehead, blackhead (yang sangat degil tu), dan jerawat, rasa macam lega sangat muka ni ha. 

Dari satu process ke satu process, diorang akan bersihkan wajah korang dulu. Once wajah korang dah bersih, barulah diorang akan buat next step untuk sesuatu treatment tu. 

Ok time ni, diorang letak carbon dekat wajah aku.

Bila dah pakai carbon, diorang laser pula muka aku menggunakan tools khas. 
Ha, sebab tulah nama treatment ni carbon snow. 

Dia akan bantu kecilkan pori kulit wajah, buang minyak - minyak dekat muka, sunburn, dan sekatakan semula tona kulit wajah kita yang tak sekata. 

Time buat laser ni tak sakit pun, cuma kadang - kadang terasa sikit dekat part - part jerawat yang dia picit.

Ok lepas buat treatment carbon tu, diorang akan apply serum kat muka. Then diorang akan gunakan mesin oxygen ni untuk sekatakan serum tu sekitar wajah kita. 

Peh, time ni pun syok gak. 

Lepas pakai mesin oxygen tu, diorang akan gunakan mesin terapi cahaya LED Biru ni pula.

Function Mesin LED 
- Menganjalkan kulit wajah
- Mengurangkan kedutan
- Melancarkan peredaran darah

Lepas habis rawatan ni, last sekali diorang akan pakaikan korang shooting lotion yang dikhaskan dan sunblock. 

Fuh, lama gak huda buat rawatan ni ye. Actually huda pergi berdua dengan Farah Didi. So treatment kiteorang memang lama.

Lepas treatment semua ni, muka rasa segar sangat tau. Dah tak rasa minyak dah kat muka. Whitehead dan blackhead, semua dah hilang. 

Dari kulit kusam, jadi segar dah muka aku. 

Thanks MBH Medispa. Nanti kalau ada masa, huda singgah lagi =D


So kalau korang nak buat rawatan muka, huda sangat suggest dekat korang semua, buatlah dekat MBH Medispa ok. Diorang pun sporting kot. Oh ye, huda ada buat video lah kat youtube. ok, korang boleh singgah laman youtube huda, tekan sini.



Atau korang boleh click, play je video dekat sini. 


Huda dan Farah Didi, bersama team MBH Medispa JB.

Info Medispa Flagship Boutique (MBH Medispa, JB)

No Phone:
07-2448573 @ 018-7764670

Alamat:-
12-02 Jalan Padi Emas 1/4, UDA Business Centre, Johor Bahru


Thanks luangkan masa singgah blog huda dan baca entry kali ni. InsyaAllah nanti huda update lagi ok =D

Bye guys,
Salam =D

6 comments:

  1. Waaa bestnyaaa...nak cuba jugalah nanti...

    ReplyDelete
  2. eee bestnyaaaaa...nampak sungguh kesan dia lepas treatment tu

    ReplyDelete
  3. uihhh, memang lain kulit jadinya. sel sel kulit mati takde habis

    ReplyDelete
  4. bestnya...nanti plan nak buat treatment ni jugak la...

    ReplyDelete
  5. hi huda...boleh taw berapa harga pakej ni sebab masalah kulit sy hampir sama..combination type and more to oily...whitehead semua ada la..

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga pakej ada yg untuk 3 sesi & 6 sesi... boleh hubungi 0189773326 untuk maklumat lanjut

      Delete

Powered by Blogger.