Platform Media Social yang huda paling active

Assalamualaikum =D

Hari tu, ada yang tanya huda, tak active media social lain ke, selain blog? Jawapan huda, yes. Huda active je media social lain. Kadang lebih banyak spent dengan media social, dari blog. Ya ampun. Cuma sebolehnya, huda push juga diri huda untuk active blogging, dan menulis di blog. Sebab bila huda menulis, 'energy' positive tu, tiba - tiba datang. Huda active je dekat media social, cumanya kalau pilih antara media social dan blog. Huda lagi suka blogging. 

Iyelah, pada huda menulis dekat blog ni bukan sekadar menulis. Kiteorang ni 'perah otak', nak cari content, nak cari topik, nak adjust setiap patah perkataan dalam blog ni. Kalau media social, pun ada jugalah berfikir, tapi simple. Kalau content blog ni, pada huda lagi menarik.

Sambil huda writing, huda siap boleh layan lagu. Lepas tu, time nak structure semula content, atau entry, huda akan off kejap lagu. Focus. Bila dah yakin baru huda publish.

Platform Media Social yang huda active
1. Blog
2. Instagram
3. Facebook
4. Tiktok
5. Twitter

Rasa semua media social ada, cuma rajin update dan tak je. Public lain, private lain.

Platform Media Social yang huda paling active
2016 - dekat Pahang.
Location : Bilik, Asrama Blok Ilmiah
#throwback. ye, sejenis huda dari awal active balik blogging (around 2012) memang suka ambil gambar laptop time blogging. Poyo kan? Tapi kenangan kot.

Dari zaman study kat Pahang, huda dah kurangkan blogging. Tapi masa lapang still blogging. Alhamdulillah 2016, nilah job online ada juga masuk. Syok betul aku. Antaranya, Zalora hehe. Collaboration kat blog.

Study? Alhamdulillah masa ni pointer oklah (cuma bukan budak dean list).

Ada juga yang tanya, bila je huda spent masa dengan blog?
Huda selalu akan blogging time huda betul - betul free. Weekdays (normally tengoklah, kalau tak stress, tak penat sangat), baru huda writing. Weekend, ni time huda bermanja - manja dengan blog (kadang culas juga. Tak setiap weekend pun huda writing sebenarnya. Tengok mana yang ada idea). 

Kalau tengah stress, memang huda tak buka blog. Berangan nak update hari - hari, tapi kadang bila balik kerja, tak larat. Tu hadap phone, layan social media, haha. Adoi.

Kenapa huda blogging? 
Sebab huda suka menulis. Berangan nak jadi penulis, since sekolah. Bila huda menulis, huda rasa 'energy' positive. Rasa seronok la dapat share content dengan audience. Walaupun kekadang pageview sebulan tu 25k - 30k. Tapi tetap semangat. Kalau semangat menulis aku datang, 1 hari je boleh update 3, atau 4 entry. Time weekend la tapi, sebab boleh 'bermanja' dengan blog.

Kalau nak suruh huda stop blogging, sorry I cannot yah. Cuma kalau suruh kurangkan blogging tu boleh. Memang kalau korang perasan, huda update bila sempat. Tapi dalam sebulan tu, kadang ada masa huda pulun juga menulis. Bukan apa, sebab huda ada purpose sendiri kenapa huda keep blogging. 

Personally, huda kejar pageview. Walaupun income seciput lagi, tapi its ok. Lama - lama, jadi bukitkan? Kalau tak ada aral, huda memang nak maintain blog ni. Penat huda usahakan, yakinkan family yang huda memang suka menulis. Bab yakinkan family ni satu hal. Kalau cerita panjang. So ni kira short story. More info - boleh baca pengalaman dapat first job secara online.

Bertahun - tahun huda usahakan byfarahh.com , memang susah nak stop ye. Doakan pageview I naik setiap bulan. Tahun ni, hampir 13tahun huda blogging. Masih lagi belajar algorithm blog ni. Slowly. Time free, update. Dah nama, part time blogger.

Sekian.

2 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. dulu akk aktif blog sempat jgk merasa collab ngn zalora 2x.. lepastu gigih masuk segala mcm giveaway.. plng best menang duit rm300.. kenangan la semua.. haha..
    skrg dh kurang blogging sbb busy ngn urusan family dan keje..
    tp kalo kat ig, fb, aktif je mcm bse.. haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.