Drama Review 7 Hari Mencintaiku 3

Farah
0
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Di atas permintaan ramai, 7 Hari Mencintaiku 3 kini kembali. Siri ke 3 ni, ada 35 episode. Episode awal je dah banyak conflict guys. Ni aku baru nak follow up episode 8. Tengok online je, dekat website Iq.com . 7 Hari Mencintaiku 3 ni, antara favourite drama aku, dan of course korang juga kan? Memang best. Banyak conflict, tapi semua tetap layan kerenah Mia, dan Khuzairi tu. Ok jom aku nak review sikit Drama 7 Hari Mencintaiku 3.

Sebelum tu, nak bagitahu yang semua pelakon mostly sama, dan ada tambahan beberapa pelakon. Antaranya Dr Fatin (Cinta Monyet) si Dr Khuzairi, semasa zaman Universiti. Eeeee menyampah aku tengok Dr Fatin tu. Menjadi betul, dia bawa watak tau. Dengan gediknya, dengan kononnya cinta Dr Khuzairi, akan beralih arah kat dia. Geram tau. Kesian dekat Mia.

7 Hari Mencintaiku 3
Huda baru nak tengok episode 8.

Antara Watak Dalam Drama 7 Hari Mencintaiku 3 -
Mia Adriana - Siti Saleha
Dr Khuzairi - Shukri Yahya
Sofi Amylia - Wan Sharmilla
Helmi - Syazwan Zulkiefli
Mak Leha - Liza Abdullah
Pak Samad - Kazar
Dan ramai lagi

Drama 7 Hari Mencintaiku 3, akan ditayangkan setiap Hari Isnin - Ahad (Slot Akasia), 6.58pm di TV3, bermula 16 April 2022.
Kalau terlepas nak tengok live, boleh tengok online.

Drama Review 7 Hari Mencintaiku 3

Dari episode 1 hingga episode 7, yang huda dah tengok. Awal - awal dah ada conflict. Fitnah sana sini, tak puas hati dengan Mia Adriana. Nak rebut kasih Khuzairi terhadap Mia Adriana. So far, aku geram sangat dengan watak Nadia (adik bongsu, kepada Dr Khuzairi). Dia ada masalah keluarga, tapi sebab fitnah, dia memusihi akak iparnya. Boleh pula ek, dia percaya dengan hasutan orang - orang sekeliling (antaranya Maksu Dr Zaidi), yang tak suka dengan kak long (Mia Adriana - wife Dr Khuzairi). 

Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Tak sudah dengan Nadia. Dr Fatin yang baru muncul dalam 7 Hari Mencintaiku 3 ni pun, dah bawa watak yang kononnya nak rampas Khuzairi, dari Mia Adriana. Dah tak dapat nak pikat hati Dr Khuzairi, dia ambil pula hati Mak Leha (Mak Tiri, Dr Khuzairi). Bila tak berjaya nak ambil hati Mak Leha, dia tak mengalah tau. Dia ambil hati Nadia pula, siap tabur fitnah. Kononnya, Mia Adriana ni jahat, nak Nadia dan suami bercerai. Nadia memusuhi akak iparnya, dengan fitnah - fitnah yang ditaburkan oleh orang sekeliling.

Dr Zaidi (suami kepada Nadia), turut pening dengan kerenah isterinya. Masalah yang dihadapinya, bila Nadia tak nak jaga ibunya yang sakit. Isterinya itu turut percaya dengan fitnah yang ditaburkan oleh Maksunya, dengan menyalahkan Mia Adriana terhadap permasalahan rumah tangga mereka. Hingga dia terfikir untuk memilih antara 2. Bunyi dah lain tu. Dr Khuzairi cuba memujuk adik iparnya, agar tidak buat keputusan yang melulu. Sebagai abang kepada Nadia, dia rasa bertanggungjawab untuk tegur adik bongsunya. Bagaimana pula cerita Dr Zaidi dan Nadia nanti?

Kemunculan Dr Adam juga, telah membuatkan Dr Khuzairi tergugat. Itulah, bila Mia cemburu dengan Dr Fatin, dia kata Mia tak matang. Dia boleh pula cemburu dengan Dr Adam tu. Hahaha. Orang kata, kalau cinta, normal la tu wujud perasaan cemburu kan? Lagi dah kahwin, sama - sama ada perasaan cinta terhadap pasangan. Tak gitu? Tapi betul ke Dr Adam masih ada hati dekat Mia Adriana?

Cerita Sofi dan Helmi pula lain. Bila dah ada anak, Sofi sibuk dengan anak, sampai Helmi rasa terpinggir. Ayah Sofi masih sakit, dan masih dibawah jagaan Sofi dan Helmi. Helmi pula, nak tolong syakila (ex tunang Helmi), so far Sofi terima persahabatan Helmi dan Syakilla. Katanya, dia tak macam Mia Adriana yang cemburu buta. 

Actually ada lagi beberapa conflict yang wujud dalam drama 7 Hari Mencintaiku 3 ni.

Korang semua kena stay tune tau.

Drama 7 Hari Mencintaiku 3

Based on apa aku baca review dekat Wikipedia, selepas Khuzairi kemalangan, dia jadi seorang pemarah. Khuzairi lumpuh, dan rasa dirinya tak berguna. Pak Samad pula sakit, dan perlukan pembedahan. Pak Samad siap tulis sepucuk surat khas buat keluarganya. Antara sebab surat itu di tulis, kerana ingin setiap ahli keluarganya mencari makna sebenar cinta, dalam 7 hari.

Huisyh conflict macam mana pula akan terjadi dalam keluarga Pak Samad dengan Mak Leha ni? Baru episode 7, aku sendiri dah geram. Tapi geram, geram pun tetap nak tengok juga tau, hehhee.

Ok korang, kalau korang ketinggalan nak tengok secara live dekat TV. Korang boleh tengok online, dengan layari laman web iq.com

Akhir kata, Selamat Menonton next episode 7 Hari Mencintaiku 3 .

Mana yang belum tengok 7 Hari Mencintai 1, dan 7 Hari Mencintaiku 2, korang boleh tengok dekat laman web iq.com juga tau.


OST 7 Hari Mencintaiku 3 - Kaulah Syurga

Credit - Iq.com , Wikipedia, Youtube (related topic 7 Hari Mencintaiku 3)


Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !