Assalamualaikum, =D
Hai korang. Last week, huda berkesempatan untuk join buka puasa dekat The Topp, Toppen Johor Bahru. Personally, huda baru tahu rupanya Toppen banyak anjurkan event - event dekat The Topp. Menariknya, kali ni The Topp anjurkan event buka puasa dekat The Topp, Toppen. Alhamdulillah di atas kesempatan yang ada.
.jpeg)
Konsep iftar dekat The Topp ni bertemakan 'picnic'. Kelengkapan, seperti tikar akan disediakan. Korang just bawa makanan, dan enjoy buka puasa dekat The Topp, Toppen sambil menyaksikan beberapa persembahan yang dianjurkan oleh pihak Toppen Johor Bahru.
Event dekat The Topp ni berlangsung sepanjang Ramadan hingga 15 May 2022.

Cara nak naik The Topp, Toppen - Naik dari escalator betul - betul sebelah pentas, naik atas sekali then belok kiri. Nanti nampak The Topp ni.

Inilah dia tempat buka puasa dekat The Topp.
Makanan tidak disediakan. Korang kena bawa makanan sendiri. Semua sendiri. Tempat sahaja disediakan. Makanan tu, korang boleh beli, atau bawa dari rumah.
Basically hari tu, huda join event buka puasa bersama anak - anak yatim dari Rumah Perlindungan Fitrah Kasih dan Jagaan Kasih Setanggi. Beberapa aktiviti yang dijalankan di sini, selain berbuka puasa bersama mereka.
Antara aktiviti yang dianjurkan pada hari tersebut :-
Mewarna batik,
Pemberian hamper dan duit raya dari Toppen,
Dan buka puasa bersama adik - adik,
Persembahan Gamelan












More Info boleh layari Facebook Toppen Johor Bahru
Post a Comment
Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.