Habis Drama Siri Dua, Repeat Drama Siri Satu Semula - 7 Hari Mencintaiku

by - August 22, 2020

Kalau orang kata drama melayu tu klise, aku pun akan cakap drama tu klise. Tapi for me setiap drama, berbeza jalan ceritanya. Setiap drama, ada kekuatannya sendiri. Setiap drama, ada pengikut dan penontonnya sendiri. Sama seperti drama yang tranding sejak beberapa bulan lalu, hinggalah tamat episode 7 Hari Mencintaiku 2. 

Memandangkan aku dah follow dari siri 1, jadi aku tak sabar nak tengok yang siri 2 ni. Aku tak sabar nak tengok jalan cerita Mia dan Khuzairi yang seterusnya macam mana. Apa lagi rencah kehidupan pasangan suami isteri tu. Masalahnya aku tak boleh bla betul, si mak khuzairi tu takde kerja lain ke, boleh pula suruh khuzairi menikah lagi. 

Dia tak ingat ke apa Ila buat? Dia tak nampak ke Nurul tu macam mana? Dia tak nampak ke baiknya si Mia, walaupun annoying? Dia tak sedar ke, yang dia tu pun such an annoying person. Lepas tu dia bolehkan suka si Nurul. Lepas tu dia boleh nak jodohkan Mia dengan Dr apa tu nama dia? Eeee emosi sungguh aku tengok drama 7 Hari Mencintaiku 2 ni. 

Walaupun geram tapi still follow juga drama tu. Tak taulah 'berhantu" apa cerita ni, haha. 

Tak habis dengan tu, aku boleh pula repeat tengok 7 Hari Mencintaiku Siri 1. Aku nak flash back, sebab ada scene yang aku terlupa. Dah habis siri 1, nanti ada masa kita repeat siri ke2 balik.

Apa - apa pun, aku sendiri happy dengan ending 7 Hari Mencintaiku 2 ni. Happy ending guys....

Tonton Online :-

7 Hari Mencintaiku 2

tekan gambar untuk watch online

7 Hari Mencintaiku 2

tekan gambar untuk watch online.

7 Hari Mencintaiku 1.

Selamat Menonton Guys

Korang macam huda juga ke? Dah habis tengok 7 Hari Mencintaiku 2, lepas tu boleh nak repeat 7 Hari Mencintaiku 1?  hehehhehee.

Anyway thank you singgah blog huda =D

You May Also Like

6 Comments

  1. alamakk huda ingatkan kita episod last tak sempat tgk lagi. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha kena sambung tu didi once ada time nanti #hudacubamenghasut hahaha :P

      Delete
  2. family bv pun follow drama ni dr siri 1, walaupun bv taktengok tapi tau jugak plot dia atas cerita family yg geram tiap minggu dgn perangai karakter2 dlm drama ni 😂😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, geram. even repeat pun masih geram kan. kita yang emosi tgok haha. jadi betul watak diorang tu memasing.

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Hye semua, thank you for visiting byfarahh.com. Feel free to visit my social media =D