Penggemar Seafood? Jom Shellout di Restoran Bara Ikan Bakar , Stulang | Assalamualaikum, bagi penggemar seafood ini ada satu Restoran yang best area JB yang huda nak share dengan korang. Dan yang lagi bestnya ada Promo Sempena Merdeka dan Hari Malaysia tau, iaitu Bag of Shell Sea / Shell Out. Harga pun berbaloi, dengan few seafood item selected untuk setiap Bag of Shell Sea tersebut.

Serious berat hahahaa. Rasa berat dia 1 kg kot.
Ni bag of Shell Sea Lobster.
Untuk promo Kali ni, ada 3 pilihan Shellout tau, antaranya - Bag of Shell Sea Lobster, Bag of Shell Sea Crab, dan Bag of Shell Sea Prawn.

Bag of Shell Lobster - RM499

Bag of Shell Sea Crab - RM299

Bag of Shell Prawn - RM219
Promo Sempena Merdeka dan Hari Malaysia
Bermula 16 Ogos hingga 30 September 2026.
Experience Makan Shell Out di Restoran Bara Ikan Bakar
Pada Huda, untuk setiap satu hidangan ni boleh makan 3-4 orang. Hidangan dia besar, dan setiap satu set, sekali dengan Nasi. Sedap bila rasa kuah dia, pekat, dan berasa. Rasa sambalnya, ada pedas- pedas manis sikit, tambah lagi sedap bila Sambal dia di campur dengan telur yang dihancurkan. Memang kenalah dengan selera Huda.
Walaupun ada elergic dengan Seafood, tapi bila dah nampak hidangan ni depan mata terus lupa rasa elergic tu. Hahahaa. Siap bertambah tau.

Dan sepanjang promo ni di jalankan, ada juga beberapa jenis air special yang boleh dipilih. Antaranya Frizzy Strawberry, Frizzy Manggo, Blue Lemon, Milky Pineapple, Milky Manggo, dan ada lagi beberapa jenis air yang boleh dipilih nanti.
Pilihan Huda - Milky Manggo, since I suka Manggo hahahaha.
Untuk tempahan, boleh call mereka di talian
016 - 402 0350
Restoran Bara Ikan Bakar Senibong
(Bersebelahan dengan Kolam Pancing Pak Akob)
Alamat
81750, 13, Jln Persiaran Senibong, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor Darul Ta'zim, Malaysia

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.