Experience 2021 yang tak bole dilupakan - random diary

Assalamualaikum =D

Hai korang.

diary

Awal sehari aku update diary 2021. Bukan selalu kan, huda buat diary ni. Asyik cerita pasal makanan je, kita ceritalah pasal personal pula. Walaupun tak adalah menarik sangat cerita aku. I still huda, macam yang korang kenal (siapa yang kenallah). Tapi Alhamdulillah nak cakap 2021 ni, walaupun still dalam JB tak sempat nak pergi vacation kat mana - mana lagi, tapi still rasa bertuah.

Nak cakap ada ujian, yes semua orang, Allah akan bagi this and that ujian. Allah pilih kita untuk certain ujian, sebab Allah tahu kita kuat. 

Bila kita tengok orang lain diuji, kita pun diuji sebenarnya. 

2021 ni, banyak mengajar. Nak tulis semua pun, public. So segan la kan, hehe. Tapi the best thing is, Alhamdulillah walaupun rasa berat ujian, nangis kejap, tapi Allah still bagi kekuatan untuk hadapi sesuatu. Berat. Kadang berat sangat rasa. Tapi sometimes, benda tu yang mengajar.

I thanks, dekat korang yang help me so much, direct indirectly. Walaupun I still single, tapi I still rasa bertuah je. Sebab rezeki tu, always ada. Tak bermakna you belum kahwin, you have nothing. Actually you got so many thing! =D

Walaupun masih single, banyak benda yang aku nak fikir. Banyak benda yang aku nak buat. Alhamdulillah, aku bersyukur sebab apa yang aku nak, Allah always bagi pada masa yang tepat.

Kadang aku rasa, tak kuat sangat untuk certain ujian. Tapi bila dapat melepasi ujian tersebut, aku bersyukur Allah dapat bantu aku lepasi ujian tu. Bila flash back, kuat rupanya aku ni.

Conclusionnya, hargai orang yang hargai kita. Sehebat mana pun ujian, Allah tetap ada dengan kita. Family still ada dengan kita.

2021, sentiasa ajar aku untuk improve self. Walaupun kekadang orang cakap, aku lambat nak adapt, tapi apa aku kisah. Dalam motivation book, tak ada istilah lambat kalau kau nak berubah ke arah lebih baik. Tak pernah ada perkataan terlambat. 

Setiap orang ada journey tersendiri. 

Anyway hargai orang yang hargai awak =D

Koleksi novel farah
Koleksi Novel yang aku dah pass dekat orang. Rindu gila yeeee saya punya novel semua! =D

Kalau stress, aku suka tengok movie, baca novel, buku motivasi, atau drive jauh - jauh cari pemandangan hijau. Dan banyak lagi, hahaha.

Menulis pun boleh buat aku tenang. That is why I have a blog. 

Hope 2022 will be better. 
Hope 2022 will have more idea updating my blog =D

4 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

  1. Yeah, menulis untuk ketenangan. eceehh mandai je. Aamiin akak doakan farah terus sukses dan dimurahkan rezeki dalam apa jua bentuk and 2022 will be a great year. In shaa Allah!

    ReplyDelete
  2. Salam Tahun Baru 2022...semoga yang baik2 shj di tahun mendatang..insyaAllah

    ReplyDelete
  3. Wahh, hargailah yang menghargai kita...
    Selamat Tahun Baru cik Huda!
    Moga tercapai doa dan harapan for 2022 ni. AMIN!

    ReplyDelete
  4. salam tahun baru. jemput join segmen kita

    ReplyDelete

Post a Comment

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.