Pergi Desaru pagi, semata - mata nak picnic kejap

Assalamualaikum, =D

Hai korang. Hari tu kiteorang memang ada plan untuk staycation dekat Amansari Desaru, dan nak ke Desaru Coast juga. Memandangkan masih ada masa sebelum check in tu, jadi kami bertiga (huda, ain, dan zaki) plan la untuk ke Pantai area Desaru. Iyelah, dah alang - alang sangat. So kita ambil masa sikit, untuk lepak dekat Pantai area sana kejap.

Pergi Desaru pagi, semata - mata nak picnic kejap
Sampai je pagi tu, kami terus ke Tanjung Balau. Bila sampai sana, tengok dengan tak ada kereta dan rupanya masa tu Tanjung Balau masih lagi di tutup untuk orang awam. 

Dengan bantuan waze, kami ke Pantai Awam Desaru pula,  yang tak jauh dari Tanjung Balau.

p/s: huda pergi bulan 10/2021. Kiranya ini cerita throwback hehe.

Pergi Desaru pagi, semata - mata nak picnic kejap
Nak picnic, tapi kami terlupa bawa tikar. Terpaksalah kami bertiga, duduk beralaskan selipar masing - masing . Mujur, pasir pantai kering masa tu.

Letak makanan dalam bag, dan plastic je.

Makanan di sponser oleh ain dan zaki, hehe thank you =D

Pergi Desaru pagi, semata - mata nak picnic kejap
Dah ada kat area Pantai. Of course lah, jalan - jalan sambil berangan tengok budak - budak dok main pantai.

Thanks ain, amikkan gambar kita =D
Entah, apasal terpejam pula si huda tu ye.

Pergi Desaru pagi, semata - mata nak picnic kejap
Masa pergi ni bulan 10 tau. Akhir bulan 10/2021.
Sampai je pantai, rasa tenang. Tenang yang dicari, sebab dah lama sangat nak tengok something yang menghijau, nak tengok pantai. Nak duduk lama kejap, kat situ.

Alhamdulillah, rezeki that time dapat menikmati keindahan yang Allah ciptakan.
Tenang.

Kita walaupun sibuk kerja, kadang perlukan hari untuk sendiri. Berehat, tenangkan fikiran, dan mencari balik 'mood' kerja. Ada masa kita lack, ada masa kita down. Dengan 'cuti' kejap, InsyaAllah ianya akan naikkan semangat kerja semula. Well we are human being kan. Sesibuk mana pun, perlukan masa berehat, dan bertenang walaupun kejap. 

Kalau baca motivation book tu, mesti akan cakap 'focus on yourself'. Sayang diri, hargai diri, walaupun sibuk dengan kewajipan seharian.

Apa pun, take care guys =D.

Balik je dari bercuti, memang rasa fresh gila! 

3 Comments

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Post a Comment