Apa maksud red flag

Farah
3

Assalamualaikum, =D


Red Flag ada pelbagai maksud bergantung kepada sesuatu context. Dalam pengertian umum Red Flag bermaksud signal amaran, atau signal bahaya. Ianya juga boleh merujuk kepada fizikal flag , iaitu warna merah yang seringkali membawa maksud berhenti, atau ianya menunjukkan sesuatu tanda amaran kepada bahaya. 


Sebagai contoh, dalam context keselamatan - jika terdapat bendera merah yang diletakkan di laut, menandakan itu adalah tanda amaran yang menunjukkan paras bahaya. Di mana, para pengunjung tidak boleh berenang melebihi paras bendera merah tersebut.


Jika dirujuk kepada context kesihatan pula - Bila kita mempunyai indek jisim (BMI) yang tinggi mungkin itu signal red flag kepada masalah kesihatan. Sebagai contoh, jika kita mempunyai berat badan yang berlebihan (BMI yang tidak stabil), mungkin akan ada masalah kesihatan yang melibatkan penyakit jantung, angin ahmar, diabetis, dan penyakit yang related. Walaubagaimanapun, masalah ini boleh dibendung dengan menjaga diet seharian dan mengambil makanan yang sihat. Dinasihatkan juga, untuk membuat ujian kesihatan (medical checkup), setiap tahun untuk memberi kesedaran terhadap tahap kesihatan individu. Dengan membuat medical check-up (setiap tahun), ianya dapat membantu kita untuk mengurus gelaja kesihatan dengan lebih effective atas bantuan doctor perubatan yang bertauliah. 


Manakala dalam context relationship pula - Seseorang menunjukkan sesuatu tingkah laku yang tidak sihat dalam sesebuah hubungan. 

Apa maksud red flag

Contoh red flag dalam hubungan


1. Komunikasi yang tidak jelas

2. Tidak dapat restu dalam perhubungan

3. Curang

4. Tak ada matlamat yang jelas dalam hubungan (ketika bercinta)

5. Tak jujur, banyak pula simpan rahsia.

6. Etc etc.


Kebiasannya, bila kita dah nampak ada ‘red flag’ dalam hubungan. Kita akan rasa hubungan itu tak seronok, atau tak perlu untuk diteruskan lagi. Red flag ni juga, boleh dilihat dalam context, seseorang mempunyai kekurangan pada diri mereka. Walaubagaimanapun, setiap orang ada kekurangan dan kelebihan masing - masing. Jika kita mampu hadapi kekurangan itu, maka terima dengan hati yang ikhlas. Beri pandangan lebih pada kebaikan dia. Jika tidak, move on dan jauhkan diri dengan cara yang baik. 




Post a Comment

3Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !