Huda cuba update MY SEJAHTERA banyak kali sampai dapat vaksin

Farah
4
Assalamualaikum, =D

Hai korang. Percaya tak, dengan update MY SEJAHTERA je kita akan dapat temu janji vaksin? Mungkin ianya mustahil, tapi tak mustahil juga kalau kita cuba.

Bila huda start update MY SEJAHTERA? Since bulan 6 kot rasanya. Ada satu masa kan, kita 'berebut' nak dapat kan vaksin AZ. Huda cuba juga try apply, dan ‘berebut’, tapi time tu huda tak dapat. Yang dapatnya, abang je masa tu.

Since tu, huda keep update MY SEJAHTERA. Update, tapi tak serious.

Bila kawan - kawan office start dapat, mak abah huda pun dah dapat. Huda risau betul, sebab huda tak dapat - dapat. Huda keep je update MY SEJAHTERA.

Pernah juga try 'help desk' tu. Tapi sia - sia je weh. Dapat balik email dari diorang "sila tunggu, ramai lagi yang tak vaksin, bla bla blaaaa...". So huda pun pasrah. Tapi dalam masa yang sama, still keep update MY SEJAHTERA.

Rasa dekat 2 bulan juga huda keep update MY SEJAHTERA. Huda cuba - cuba je update, dalam masa update tu, doalah hope dapat. Risau. Huda the only one keluar masuk rumah, sebab kena masuk office. Huda kerja under 'essential service'. 

At last, Alhamdulillah huda dapat. 3 Ogos (Selasa).

Huda cuba update MY SEJAHTERA banyak kali sampai dapat vaksin
bila tengok balik gambar,  kenapa mata aku terpejam. Nak minta tolong nurse amikkan lagi sekali, segan. So biar jelah. 

Alhamdulillah, dapat first dose vaksin.

p/s: for me memang kena keep update MY SEJAHTERA. Walaupun dah selalu update, update je. Huda pun, update sampai bosan kot. Sampai rasa malas lerrr nak update.

Tau - tau 1hb Ogos 2021 hari tu, terus dapat tarikh Vaksin. Alhamdulillah.

Huda daftar 25 Feb 2021. Daftar tu pun, sebab bos kiteorang cakap try try je daftar. Dapat vaksin 1 Ogos 2021.


Cara update MY SEJAHTERA untuk Vaksin
1. App MY SEJAHTERA kena update dekat App Store atau Apple Store.
2. Update macam berikut.

Cara update MY SEJAHTERA untuk vaksin
- Kena selalu update condition korang dalam MY SEJAHTERA
- Kena update details, alamat, poskod, dan segala benda dekat "Vaccine for .... " (even yang tak preggy or menyusukan update je kot. Huda main update jelah hahhaa). Semua benda huda main update je.

- dekat laman web rasmi vaksin pun, update jela korang. 

Cara update MY SEJAHTERA untuk vaksin
Tekan je daftar sekarang. 
Dia update sama je macam korang update "vaccine for...." dalam MY SEJAHTERA.

Kawan huda pun, diorang update kat sini sampai 3 kali kot. Lepas tu baru dapat.
Dia pun update banyak kali.

Actually benda ni, ikut kekosongan. Or even huda tak tahu macam mana cara pemilihan, random, atau macam mana. Not so sure. Tapi bila baca - baca, memang rata - rata cakap, keep je update.

Personally, huda pun main keep update je korang. Iyelah, kita ni 20++, so maybe diorang utamakan umur - umur mak ayah kita. Jadi kita muda ni, maybe kena keep update je sampai dapat. 

Semoga berjaya. Huda doakan korang cepat dapat vaksin.

Simptom selepas vaksin tu, tak sama untuk semua orang. So kalau korang, 1st dose tu ok. Alhamdulillah. Huda sampai MC. Sebab pening kepala + loya. Pening tu, sampai nak berdiri lama sikit pun, tak boleh. Sebab kalau berdiri lama sikit, terus rasa loya. Bila rasa macam tu je, huda memang decide tidur jela. Tidur dan rest. 

Huda jumpa doctor, hari kedua vaksin. Doctor pesan, kena banyakkan minum air, dan makan panadol. Kalau rasa tak sihat lepas vaksin, tu normal. Jumpa doctor pun, doctor bagi ubat tahan sakit, dan MC sahaja. Selebihnya memang kena banyak rehat. 

p/s: Walaupun dah vaksin, tak bermakna 'selamat' ye. Still kena pakai mask, jaga jarak, follow SOP, dan buat new normal routine as usual. Elakkan dekat tempat sesak. 

Pakai double mask, jika kena pergi tempat sesak.

Take care korang.

#wecare #kitajagakita



Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Salam, alhamdulilkah, bertekad, dah dapat ikhtiar, terus bertawakkal, boleh bagi tips yang menunggu lama, keep update.kan. Thanks for info

    ReplyDelete
  2. Betul. Yang register dengan MySejahtera ni jangan give up je. Keep update!
    Betul. Help desk tu mcm tak membantu betul

    ReplyDelete
  3. Tahniah Huda.. janni dah cucuk okay lerr..
    Tu belum balik dah ngantuk ke tu hehehehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !