Sihat lepas pergi 2 klinik Panel

Assalamualaikum, =D

Alhamdulillah, huda dah ok sikit. Sebelum ni rasa 'lemau', rasa tak sihat, sebab effect dari vaksin. Huda dapat Pfizer. 1 dose Pfizer yang lain ok, huda 'lemau'. Tak boleh gerak banyak sangat, pening sangat - sangat, rasa loya. Sampai pergi 2 klinik panel, sebab tak puas hati pening kepala aku tak kebah.

Memula pergi Klinik A, lepas tu Klinik B. Klinik A tu, dah ler doctor tak check tekanan darah, duduk pun satu meter dari doctor. Kau rasa? Tau lerrr tengah COVID19 kan, tapi pesakit kot! Pakailah PPE.

Aku makanlah juga panadol yang di provide Klinik A. 3 hari juga aku makan panadol tu, tapi pening aku, rasa loya tak kebah - kebah. Rasa 'lemau', rasa nak baring je. Sebab kalau berdiri, tengok laptop lama sikit, memang nak rasa pitam terus. So aku tak puas hati, aku pergilah klinik B. Klinik B, oklah. Sebab ada check tekanan darah semua. Doctor memang tanya betul - betul. Baru diagnose. Tak adalah duduk 1 meter dari doctor. Sumpah pelik klinik A tu. Aku pun first time pergi cawangan Klinik A belah sana, since adik aku dia ada hal. Jadi nak senang, pergi je dekat mana- mana cawangan berdekatan. Tak adalah adik aku, ulang - alik. Klinik A bagi aku panadol je.

Alhamdulillah, bila pergi klinik B. Puas hati. Dapat ubat pening. Kira oklah kan. Doctor pun consult ok, so aku puas hati. Alhamdulillah, bila dah makan panadol + ubat pening tu, oklah sikit. Boleh duduk tengok laptop, boleh buat kerja office, boleh update blog, boleh basuh baju, sidai baju. Alhamdulillah. 

p/s: Office yang aku kerja ni, ada 2 klinik panel. So selalu pergi yang A ni. Klinik B, jarang pergi. Tapi memang dah blacklist laaaa klinik A cawangan tersebut. Dah berapa cawangan klinik A aku banned ni. Kat tempat lain, so far tak pergi. Tak tau lagi.

Yelah klinik swasta, sepatutnya layanlah betul pesakit. Pesakit tu bayar kot. Even bawah company pun, company yang bayar. Keluar duit. 

Oh aku pernah sekali, pergi klinik A bayar sendiri (means tak letak bawah company). Dapat ubat best - best, sebab bayar sendiri. Tapi kalau under company, memang limited. Pehhh memang geram.

Yelah, as pesakit bukan nak terus baik. Tahu proses tu lambat. Tapi kekadang bila jumpa doctor macam ni, macam mana ekkkk. Paling tak boleh bla, aku duduk 1meter jauh dari doctor. Sumpah weh. Kalau lah aku boleh amik gambar. Bapak aku yang dengar pun, geram. Doctor Klinik B pun ketawakan doctor Klinik A. Sebab aku story kat doctor Klinik B. Aku siap tunjuk ubat yang aku dapat, dari Klinik A.

Aku rasa kalau pergi Klinik A kena bayar sendiri, baru dapat layanan yang ok kot, ubat pun mahal sikit.

So kesimpulannya, lepas vaksin setiap orang berbeza simptom. As doctor Klinik A & Klinik B cakap, kena banyak rehat. Kena makan panadol. 

Tapi kekadang perlukan additional ubat. Example ubat pening. Supaya redalah sikit. Contoh macam kita demam, sekali dengan batuk. Takkan nak ubat demam je kan, mesti kena ada ubat batuk sekali. Betul tak?

Mujurlah company aku kerja, ada 2 klinik panel. Yang Klinik Panel B, so far ok.

Alhamdulillah, aku dah sihat sikit lepas makan ubat pening doctor Klinik B bagi + panadol biasa yang beli kat kedai. Kalau lah kita boleh pilih klinik favourite, memang aku dah pergi Klinik dekat rumah aku ni. Bayar mahal sikit, tapi berbaloi. Disebabkan kita as pekerja, so kita redho jela pergi klinik panel, minta ubat. Paling penting, nak MC.

Sekian cerita saya. 
Take care korang.

3 comments:

  1. Ada jer klinik yang buat rawatan macma tu..dia x examination kita...katanya sebab Covid19, macam mana nak dapat ubat betul kalau x check betul2 kan...so far mana- mana klinik SA pi memang akan check betul2

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah Husband, mak & pak mentua dapat pfizer dorang seem okay. Boleh buat kerja. Cuma mil la nampak lepak sikit.

    Anyway, take care farah. Musim covid ni kalau pihak klinik cek mcm tu siapa la kita nak pecaya. Bayar kot! buat bazir duit aku je. eh duit kompeni. haha

    ReplyDelete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.

Powered by Blogger.