Cerita ringkas POV tulis sambungan karya angan - angan byfarahh

Farah
0
Aku pula, dah biasa dari dulu, Bila dengar lagu galau je, aku auto ‘create story’ dalam karya aku.

Cerita ringkas POV tulis sambungan karya angan - angan  byfarahh | Assalamualaikum and hai. Gitulah huda, bila ada mood, dan masa, dia seolah leka mendengar lagu, sambil tangan laju bermain di keyboard, dan create beberapa scene sambungan cerpen. Perkara ni bukan baru untuk aku, tetapi berlaku dari aku Tigkatan 3. Kalau dulu, aku tulis short story di beberapa helai kertas, but since dah ada laptop, or even tablet, why not. Oh ye, ini sambungan salah sebuah Cerpen yang ada dalam blog aku. Tunggu aku edit Cerpen tu, baru aku share oke. 

Dari baca novel, dia auto ada idea untuk buat benda ni dulu. 

Hadiah satu ketika dulu
Dan Ferari ni, hadiah aku menenangi pertandingan menulis cerpen semasa Tingkatan 5. Masa tu cikgu BM Ganti, buat pertandingan menulis cerpen dalam kelas kami.

Tema : kekeluargaan
Tak ingat keseluruhan, tapi sedih cerita aku. 

Aku dapat replica kereta tu, RM10, dan coklat kitkat. So dari situlah rasa, ohhhh aku boleh ni berangan - angan menulis cerpen ahahahaa. Tapi, itulah bila dah busy belajar, kerja jadi kita boleh berangan dan menulis di Words sahaja. Pastu yakin adalah published kat blog 2, ke 3 cerpen. Bila baca balik, out ye cerpen aku masa tu hahahaa. 

Watak Hazieqa, Iqmal, dan Wawa, tak lengkang dari minda aku since 2013. Tiga  watak ni wujud, masa aku dok bosan kat collage, dengar lagu, dan jiwa aku leka menaip cerita di laptop, masa tu. Kawan aku, siap tolong baca, dan edit kan. Pastu time tulah aku published kat blog. Jiwa muda masa tu hehe.


Cerita ringkas POV tulis sambungan karya angan - angan  byfarahh
Since sekarang dah ada ChatGPT, why not kita gunakan. Bila dah type dekat words, kita paste dan kita suruh ChatGPT susun ayat kita, with original content. Aku suka sebab ChatGPT siap comment. Hope so aku ada peluang join kelas, aku memang dah dream sekian lama tau. Sebab tu juga la one of sebab aku buat blog ni. Nak Cari pembaca, pastu adalah orang baca karya angan - angan saya. Hehehee. Gitu wakkkk. 

Kita kan ada medium, why not kita gunakan………

Gitu….

Tapi lama ye, Huda ‘sesat’, siap join collabs lagi, buat food review, dan lain lain kat blog ni, hahahaha.
But one of niat asal ada blog tak pernah lari.

Ok ni aku share sikit versi edited by ChatGPT. Jujur bila baca balik rasa sedih. Cuma after aku rasa ok, baru aku akan edit balik semua. Bila dah susun scene by scene aku created, baru aku yakin nak publish. 

So this is one of the scene. 

“Wawa kan ada. You jangan risau,” ujar Iqmal. Dia teringat bahawa sahabat baik Hazieqa, Hazwa Alaika, turut berada dalam kumpulan kerja yang sama dengan Hasya Jazlina.

“Eh, apa kena-mengena Wawa dengan Hasya tu? You kena ingat tau, walaupun Wawa ada sekali, perempuan tu bukannya peduli dengan niat dia sendiri. Wawa pun jenis malas nak layan si Hasya tu,” balas Hazieqa.

Iqmal terdiam seketika.

“Dahlah, tak perlu kita panjangkan isu ni. Tak baik untuk hubungan kita. Kita ada beberapa bulan sahaja lagi sebelum melangkah ke jinjang pelamin, sayang,” pujuk Iqmal.

Iqmal bukan lelaki yang hanya pandai memujuk hati Hazieqa dengan kata-kata. Baginya, setiap janji perlu disusuli dengan perbuatan. Dia tahu Hazieqa bukan sekadar mahukan pujukan, tetapi lebih daripada itu, dia perlukan bukti.

“Entahlah, Iq. Hati perempuan ni cemburu. I memang tak suka dengan Hasya tu. Perangai dia bukan setakat gedik, tapi I tak suka sikap dia yang selfish. Dia nak sesuatu, dia mesti nak dapatkan juga. Kalau dia dah berkenan, maknanya dia memang nak!”

Nada suara Hazieqa semakin tegas.


Ok sekian. 
Nanti sambung tau, sebab beberapa hari ni aku sambung lagi create scene sambungan Cerpen aku tu.



Post a Comment

0 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!