TOP 5 entry blog byfarahh Apr 2021 | Entry yang paling lekat dekat hati Huda

May 09, 2021

Assalamualaikum, =D

Kekadang ada juga kenalan yang tanya huda, "dekat blog tulis apa". Personally huda tak tahu nak jawab, unless cakap personal dan makanan. Yes, dua benda ni jelah yang banyak huda cover sekarang. Sebab its simple, dan dekat dengan hati huda. 

Well family all known that, dari kecik huda suka makan. Cuma masa kecik, takdelah nak review sangat. Kalau makan apa mak, nenek, atok, or even mak sedara aku masak of course aku tak masukkan dalam blog. Sebab dah nampak makanan sedap, terus makan. hahaha. 

Jadi entry yang paling lekat dekat hati huda adalah tentang life seorang student dan makanan. Its true

Susah untuk huda cover benda lain. Sebab huda kot, apa yang berkenan kat hati, dan rasa nak update, tulah huda update. Tapi nak consistent dengan blog seriously a bit struggle, but ya hope InsyaAllah one day, huda dapat capai apa yang huda nak dalam dunia blogging.

TOP 5 Entry blog byfarahh - Apr 2021

tp entry byfarahh.com

1. A blog for my story
Aku pun pelik, kenapa entry A blog for my story ni jadi top tetiba dalam masa masa terdekat. 

A blog for my story, mengisahkan luahan hati tentang laptop rosak, kena virus, dan semua file hilang. Masa tu, huda semester 7 dan berada di tahun akhir. Huda frustated sangat, sampai decide nak buat blog khas untuk karya huda. Yes, I did it.

Ada blog untuk karya sendiri, cuma jarang nak update. 

Ada juga dah mengarang, tapi tak upload dekat Blog karya byfarahh.

2. Cuti dan hadiri kelas membuat kuih. 
Time ni huda free sangat kot, mak suggest untuk huda join kelas buat kuih. Buat dua jenis kuih untuk beberapa jam, RM70 tak silap masa tu. Masa ni belajar buat durian crape dan kuih kochi. Tapi jangan tanya sekarang, confirm huda lupa. Hahha. 

Kalau tanya huda pandai buat kuih tak, jawapannya tak.

3. Resepi Spaghetti Carbonara (Pedas)
Oh yeah, ini memang dah lama gila top. Setiap bulan, malah setiap tahun. Maybe taste melayu kot, sebab tu ramai cari Resepi Spaghetti Carbonara (Pedas).

Resepi ni, huda rajin buat time study. Ala, resepi paling senang kot. Balik kelas, boleh buat kejap. Kalau bosan tak tau makan apa, huda masaklah benda ni. 

Tu lah jadi sampai resepi kat blog huda. Tujuan update resepi byfarahh, sebab huda ni jarang masak. Kalau lupa, sendiri boleh refer, hahaha. Ye, selalu je huda buat. 

4. Promo Ramadhan - Awagyu Restaurant
Hari tu before Ramadhan 2021 menjelang, PR jemput pergi review food dekat sana. Actually dah beberapa kali jugalah di jemput, tapi baru hari tu berkesempatan nak pergi. 

Apa pun, makanan kat Awagyu Restaurant best. 

5. Tips nak buat proposal FYP.
Huda jenis kalau sharing kat blog tu, memang niat mana tahu boleh buat rujukan in future, atau baca balik semata untuk lepas rindu. Sebab tu juga, huda buat entry ni - Tips nak buat proposal FYP dan tips buat FYP

p/s: proposal FYP dan FYP adalah sama. Cuma kiteorang buat berbeza semester. Proposal FYP, melibatkan chapter 1 - 3 (yang kami buat masa semester 7).  Manakala FYP adalah sambungan kepada Proposal FYP (yang kami buat pada semester akhir), melibatkan chapter 4 - 5. Dalam masa buat FYP, ada juga kiteorang touch up balik chapter 1 - 3, yang kami buat pada semester sebelumya. 

Tips belajar, dan cerita seorang student pun, antara menjadi favourite sampai sekarang. Huda rindu sangat suasana study masa kat Pahang. I know that struggle, I face that struggle, I enjoy study there, and enjoy with the environment walaupun kekadang ada conflict there. 

Bayangkan masa diploma, I even care my studies. Tapi bila dah ada kesedaran, huda jadi kuat untuk hadap semua benda. Alhamdulillah Allah tolong. 

Blog ni huda dedikasikan buat diri huda. That is why, blog ni dah macam boyfriends huda. Huda tak boleh far from this blog. Masa time study dulu, ada masa lapang je blog, blog, blog, dan blog. Even dah kerja hampir 4 tahun pun, blog juga. 

Huda makin semangat nak blogging, bila dah ada dekat dengan community blogging. Inilah dream huda masa study dulu. Haha. Sebab for me, bila dah duduk dalam satu community, kita akan dapat rasa dekat vibes kita. Support each other. Thanks kat kawan - kawan blog (JDT Blogger), yang share tips dan bagi semangat untuk terus keep update blog. 

Bila asyik bebual, ini antara ayat dan tips paling kena dengan jiwa semua blogger - "Kena hari - hari update. Keep maintain update blog. 1 hari 1 entry pun ok. Sebab kita tak tahu mana entry kita yang akan jadi TOP".

Thanks dekat readers byfarahh yang keep singgah kat blog huda, yang diberi nama byfarahh =D

You Might Also Like

6 Comments

  1. Kihkihkihhh...jom lah update kalau ade masa.. itu jeee pesanan penaja paling mahal untuk kite kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, pesanan penaja paling mahal but worth. Sangat valueable

      Delete
  2. Whoaaa..all the best! Sharing is caring...terus meletopss gituh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe takde la letop terus non. ambil masa juga, but we as blogger try our best. All the best too nona.

      Delete
  3. Spaghetti carbonara tu favourite jigak. Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, sedap. lagi kalau kena dengan style melayu, pedas pedas. hehe tak rasa muak sgt kalau makan.

      Delete

Hi guys, thank you for visiting my blog and read my entry. You are welcome to comment, give opinion or feedback at byfarahh.com. All comment which unnecessary or spamming comment will be automatically deleted by me.