Program Cerahi Kehidupan Bersama TOP kini kembali buat tahun ke 5 untuk menceriakan kehidupan Kanak - kanak Orang Asli

FARAH
0


Assalamualaikum, =D

Hi semua,

TOP merupakan penerima Putra Brand Award 2019 Platinum untuk kategori isi rumah telah bekerjasama dengan TESCO menerusi kempen CSR, untuk mengumpul dana sumbangan pakaian seragam dan keperluan persekolahan kepada Kanak - kanak Orang Asli di Pahang dan Perak.


Menerusi program CSR "Cerahi Kehidupan Bersama TOP" yang telah berlangsung sejak empat tahun lalu, kini telah memberi fokus kepada komuniti Luar Bandar. Dalam program ini, mereka akan membantu penduduk di kawasan Pos Tenau, Kuala Rompin, dan Sungai Lembing dengan menyediakan seragam sekolah, kasut, stokin, beg sekolah dan alat tulis yang baharu.

(gambar sekadar hiasan)

Dengan setiap pembelian barangan terpilih product jenama TOP secara luar talian dan atas talian, 30 sen akan didermakan dan disalurkan bagi membeli barangan keperluan kembali ke sekolah untuk Kanak - kanak Orang Asli, menerusi program CSR tersebut. Progam CSR ini akan berlangsung selama sebulan, iaitu bermula dari 15 November hingga 15 December 2019.

Melalui program ini juga, pihak TOP percaya ianya dapat memberi motivasi kepada kanak - kanak daripada Komuniti Orang Asli dengan menyediakan segala kelengkapan sekolah mereka untuk seisi persekolahan pada tahun depan, dan sekaligus dapat menaikkan semangat para pelajar untuk lebih semangat datang ke sekolah dan menaikkan prestasi akedemik mereka.



“Objektif kempen ini adalah untuk menggalakkan kehadiran ke sekolah melalui sumbangan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah yang dapat meningkatkan keyakinan dan imej diri.. Selain daripada itu, ia juga mendidik kanak-kanak orang asli kepentingan  pendidikan dalam kehidupan serta mempunyai penampilan diri yang bersih dan kemas,” kata Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li.

Untuk maklumat lanjut, layari laman web https://www.southernlion.com.my, 

Facebook: https://www.facebook.com/TOPdetergentMY/ atau,

hubungi talian khidmat pelanggan 1800-88-0133.

Another Entry TOP Malaysia
Sentiasa Berada dalam Penampilan Terbaik dengan TOP Liquid Odour Buster

Post a Comment

0Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !