Pertama kali beli kasut online dari My Ballerine. Best ke tidak? Ni personal review dari Huda lepas guna kasut tersebut dalam beberapa bulan.
Assalamualaikum. Pengalaman beli kasut online - My Ballerine Eleanee Comfy Ballerina - Dah lama juga Huda perasan jenama My Ballerine ni, yang kadang muncul dekat my IG Feed, kadang dekat feed Shopee kita tu. Tapi dijadikan cerita masa tu tengah survey kasut flat online, kebetulan pula memang rasa nak beli sebab nak tambah lagi satu lagi koleksi flat shoes, untuk di pakai hari - hari, supaya senang nak tukar - tukar pakai dengan yang lama nanti.
Ralit betul Huda pilih design flat shoes dia, yang kena dengan budget Huda time tu. Ambil masa seminggu dua jugalah duk survey online. Before beli, Huda baca review satu - satu di ruangan comment Shopee tu. Huda nak yakinkan diri betul - betul sebelum beli, supaya in future tak menyesal sangat invest beli kasut online ni ✌️.

Jujur cakap, design - design kasut My Ballerine tu semua memikat hati Huda. Review dari pengguna pun kebanyakan ok. Dalam banyak - banyak design tu, Huda ambil yang ini (seperti gambar di atas). Design ni, nampak simple siap ada ribbon. Huda ambil warna hitam, sebab senang nak match dengan apa - apa jenis warna dan design baju.
Kasut ni selesa tak?
First thing first. First impression masa dapat, mestilah kita tengok dulu masa penghantaran dia, dan packaging dia bila dah terima.
Masa penghantaran ambil masa 2-3 hari, selepas buat bayaran. Cepat.
Packaging dia, kemas. Ada bubble wrap, kotak pun dibalut kemas. Bila unboxing tu, rasa puas hati. Kasut pun sampai dalam keadaan baik. Gambar yang huda share ni, selepas unboxing dan kasut dah dikeluarkan dari kotak.

Pengalaman sendiri.
- Kaki huda jenis lebar, so untuk selesa huda pilih size yang besar sikit - yang ni size 39. Kalau beli flat shoes, memang huda ngam dengan size ni. Bestnya bila pakai kasut ni, walaupun kaki lebar tapi bila pakai selesa dan kasut tak kembang. Nampak terletak elok.
- Pertama kali pakai, sakit sikit dekat kaki sebab biasalah kasut baru. Macam yang ramai cakap di ruangan comment shopee platform mereka, kasut ni bukan jenis lembut sangat, tapi yang penting tapak dia tebal dan selesa bila berjalan.
- Yes, tapak dia tebal sikit, jadi bila berjalan tu tak adalah rasa sangat “tar atau batu”di jalan. Huda tak suka flat shoes yang jenis tapak dia nipis, sebab pernah beli dulu. Bila pakai flat shoes yang tapak dia terlalu nipis, rasa tar or batu bila jalan, dan effect dia sampai sakit kaki. Memang tak selesa langsung.
- Kasut ni untuk pakai harian ok je. Cuma untuk lebih selesa, pakai stokin. Sebab kasut baru kan, masa awal - awal pakai tu, boleh rasa melecet kalau tak pakai stokin. Sebab belakang kasut ni, tak ada second layer. So better pakai stokin untuk elakkan kaki melecet especially bila pakai lama.
- Overall, Huda rate 7/10 untuk kasut ni. Kasut ni ok je, minimal design dia. Cuma mungkin mereka perlu tambah baik untuk keselesaan para pengguna.

Belakang tapak begini, dan ada logo My Ballerine.
Untuk beli lagi? Akan difikirkan dulu, sebab ni pun Huda guna as kasut kedua je hihi. Tapi… since design - design kasut dekat My Ballerine pun nampak cantik, comment mostly ok dan menyakinkan, dan tapak dia pun selesa - maybe Huda boleh consider untuk beli design lain pula in future, dan tengok pada keperluan time tu juga.
Korang yang pernah beli kasut dari My Ballerine, kasut mana yang korang pernah beli? Jom share comment korang dekat ruangan comment blog ni.
nampak selesa kasutnya huda..
ReplyDelete