Suasana Cafe JB - Cozy dan harga sangat berpatutan |Assalamualaikum and hai. Suasana Cafe yang terletak di Bangunan 33 A, berada di tengah Bandar Johor Bahru, dan ianya merupakan salah sebuah Cafe yang sangat strategic, suasana cafe Cozy, dengan harga lunch yang murah, dan berpatutan di tengah Bandar JB.

Pemandangan dari Suasana Cafe, Tingkat 33A.
Nampak suasana tengah Bandar Johor Bahru. Nampak laut yang tenang, border SG. Dan ianya maybe boleh jadikan tempat healing untuk makan, or dating, or makan bersama keluarga, dan rakan ✌🏻😊.
Dengan nota, kalau gayat jangan tengok dekat bawah hehe.
Kenapa kena makan dekat Suasana Cafe ni?
🍽️ Hidangan berkonsepkan Cafe Hotel
🧾 Harga yang berpatutan setiap menu, dari RM9.90 - RM14.90
🍽️ Promo setiap bulan berbeza, menu akan bertukar, tapi harga yang ditawarkan untuk lunch masih sama.
🍹Air free flow dan dapat ice cream untuk setiap harga set lunch
🅿️ Parking free untuk semua pelanggan Suasana Cafe. Free parking untuk 3 jam.
Nota : Sebelum keluar, scan QR. Scan, tapi korang check in no plat kereta, once korang sampai tempat parking. Durasi selepas scan QR (untuk dapat free parking) - 15minit sahaja.
Menu dekat Suasana Cafe apa?
Lahhhh cerita panjang, tapi tak story pasal menu ek Huda ni haha. Ok ok, jom story pendek pasal menu.
🍽️ Untuk setiap promo, menu tak sama. Ni promo untuk sepanjang Oct

5 menu utama untuk Promo dari 21 Sept - 31 Oct
Set Curry Lamb
Crispy Chicken Chop
Set Chicken ButterMilk
Set Steamed Fish Sambal Nyonya
Spaghetti Chicken Bolognese
Note :
Semua makanan tak pedas, sesuai untuk kanak - kanak - terutama menu Crispy Chicken Chop, Butter Milk Chicken dengan Spaghetti Bolognese.

Setiap promo akan Include - Free Air & Ice Cream

Pilihan menu yang huda minat,
1. Ikan Nyonya Sambal
2. Ayam Butter Milk Chicken
3. Crispy Chicken Chop
Kena booking ke?
Better booking, untuk more info,
Boleh contact mereka di talian :
+607 - 267 0148 , atau +601126400688

Lokasi Suasana Cafe
Waze : Suasana Cafe
Alamat :
Level 33A, 82C, Jalan Trus, Bandar Johor Bahru, 80000 Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim, Malaysia
Untuk parking,

Hari tu pergi Huda park di Level 3, follow signboard.
Masuk pintu ni, naik lif dan tekan level 33A.
Suasana Cafe ni under Suasana Suite Hotel ke?
Dulu, yes. Tapi mereka dah merge, dan Suasana Cafe run the business as Suasana Cafe. Tapi mereka masih beroperasi di Tingkat 33A

1 selfie bersama pemandangan Bandar Johor Bahru ✌🏻


And satu dua photo bersama geng makan makan saya 🫰🏻.
Info lain?
Ni mesti korang ada cari - tempat romantik nak dating/ tempat nak buat surprise tapi harga berpatutan. Ok korang boleh juga book dekat Suasana Cafe TAPI mungkin harga sedikit berbeza. Untuk harga makan macam ni, Huda not sure 🙏🏻.

Menarikkan?
Ok untuk sebarang pertanyaan korang boleh contact Pihak Suasana Cafe di talian +607 - 267 0148 , atau +601126400688
Sekian sahaja dari saya, terima kasih baca entry kali ni.

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging.